Ekoran seksis, MP gesa Najib gugurkan Bung PRU depan
mk hari ini, 2:19 pm
Anggota Parlimen Kulai Teo Nie Ching menggesa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak agar menggugurkan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, ekoran sekali lagi mengeluarkan kenyataan seksis di Dewan Rakyat semalam.
Teo yang juga Setiausaha Wanita DAP juga mendesak Bung memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.
Namun, anggota parlimen Kinabatangan itu nampaknya tidak melayan desakan tersebut.
"Berambus dan go to hell," katanya ketika berkongsi pautan laporan kenyataan Teo itu di Twitter.
Ketika mengulas isu larangan bertudung oleh hotel di Dewan Rakyat semalam, Bung yang merupakan anggota parlimen Kinabatangan menyifatkan larangan tersebut sebagai penindasan dan berkata pemakaian tudung tidak tidak mempengaruhi kecantikan seorang wanita.
"Apa masalah pakai tudung? Kalau dia perempuan cantik, walaupun pakai tudung, tetap cantik juga. Kalau pun dia tidak cantik, telanjang pun, siapa tak mahu?”soalnya.
Menyifatkan kenyataan Bung itu sebagai menjijikkan, Teo membangkitkan beberapa kenyataan bernada sama oleh Bung di Dewan Rakyat sebelum ini.
Antaranya tentang wanita yang "bocor setiap bulan" pada 2007 dan pemandu wanita yang "berbahaya dan boleh mengundang kemalangan" pada 2011.
"Terbukti partinya gagal mencerahkan dirinya, atau Bung memang tidak boleh dididik lagi," katanya.
Teo berkata, Najib perlu menggugurkan Bung apatah lagi selepas mengisytiharkan 2018 sebagai 'Tahun Memperkasa Wanita' ketika pembentangan belanjawan hujung bulan lalu.
Antara inisiatif tersebut adalah mewajibkan syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus ahli lembaga pengarah di kalangan wanita, mencadangkan sektor swasta menambah cuti bersalin mandatori kepada 90 hari dan memberikan pengecualian cukai kepada wanita yang kembali bekerja selepas berhenti buat suatu tempoh.
"Najib perlu bermula dengan menggugurkan Bung Mokhtar sebagai calon jika beliau benar-benar ingin membela maruah wanita," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Teo berkata langkah memperkasa wanita yang diumumkan Najib sempena 'Tahun Memperkasa Wanita' itu akan menjadi tidak bermakna jika beliau gagal mengambil tindakan terhadap Bung.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa