Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 31, 2009

Promosi

Tolong promote produk kawan punya




Bedak air berubat khas untuk :

Penyakit kulit seperti Jerawat dan Resdung

DAN
Pil Brain booster berasaskan herba

Keluaran WARIZAN AL-HELMI Sdn. Bhd.,

Dijamin tiada kesan sampingan

Sesiapa yang inginkan keterangan lanjut sila hubungi :

Mohd. Saedi Ahmad
Tel: 60179353832

Bukannya saya nak berniaga tetapi hulurkan pertolongan ikhlas

Kebaikan Bedak Air :
Menghapuskan Jerawat
Menghilangkan :
Resdung
Gatal-Gatal Kulit
Bisul
Kayap
Panau
dan
Penyakit-penyakit berkaitan dengan Kulit

Sunday, March 29, 2009

Mimpi Buruk

Mimpi ular, ramai yang mengaitkan dengan perkara-perkara yang baik tetapi tidak bagi saya. Rasanya tidak semuanya mimpi berkaitan ular adalah baik.

Malam tadi saya bermimpi dililit ular hitam sebesar batang penyapu. Mengikut pengetahuan saya ular itu adalah jenis ular Senduk yang terkenal dengan bisanya. Ular kerkenaan melilit badan dan leher saya tetapi tidaklah mencerut. Walau pun tidak sakit atau sesak nafas namun saya amat takutkan patukannya yang terkenal berbisa dan membinasakan.

Di dalam keadaan itu saya minta tolong dengan semua orang yang ada di sekeliling saya, namun tidak ada seorang pun yang berani membantu. Dalam pada saya berfikir dan berikhtiar untuk melepaskan diri, saya terpandang kepala ular tersebut berhampiran dengan muka saya dan dengan pantas saya memegang lehernya dan perlahan-lahan saya lunsurkan tangan saya dengan tidak membuka pegangan sehingga saya dapat memegang kepalanya. Dengan sekuat tenaga saya memicit kepala ular itu dan tekan ke kerusi sehingga bisanya membasahi kerusi dan kepalanya penyet saya kerjakan.

Bila saya pasti ular itu sudah mati, saya membuka lililtannya di anggota saya. Sedang saya membuka lilitan dan menarik bangkai ular itu dari badan, saya terperanjat. Rupanya ular itu bersarang di dalam badan saya dan jelas kelihatan badan ular itu amat panjang perlahan-lahan keluar dari satu lubang di bahagian rusuk di sebelah kiri saya. Walau pun ular itu tidak besar tetapi ianya panjang tidak sepadan dengan saiznya. Setelah semua badan ular itu saya tarik dari rusuk saya, terus saya campak dan buang.

Apabila saya bangun solat subuh tadi saya terfikir, mungkin kerana kerenah manusia yang dengki atau mungkin juga keburukan dari dalam diri saya sendiri. Tapi saya yakin yang saya telah berjaya melumpuhkan dan berjaya memusnahkannya. Tidak kiralah angkara kerenah orang atau keburukan diri saya sendiri.

Walau apa pun saya dengan besar harapan jika Pak Karamu atau sesiapa saja yang arif di dalam bab begini melintas di blog ini, silalah tinggalkan sedikit jejak untuk direnung bersama.

Friday, March 27, 2009

Fakta Sejarah Adalah Benar

Saya pastekan n3 ini dari Tranungkite.net. Inilah fakta yang saya tulis dalam n3 saya yang lepas bertajuk "Melayu Bergantung Di dahan Rapuh?" .

Saya tahu orang-orang kuat UMNO akan marah sepertimana yang diluahkan oleh
Taiko di ruang komen pada n3 "Melayu Bergantung Di dahan Rapuh?". Tapi sekuat mana pun kita menyokong, fakta adalah fakta dan sejarah adalah perkara benar yang telah berlaku. Jangan pula manusia yang memaparkan fakta sejarah dilebelkan pula sebagai penghasut dan pembuat fitnah. Saya sayangkan bangsa saya, saya sayangkan tanah air saya dan saya terlalu sayangkan Islam agama saya.

Semua organisasi politik boleh dilahirkan dan boleh juga berkubur. Tetapi saya tidak rela agama, tanah air dan bangsa saya berkubur.

Fikir-fikirkanlah dengan hati nurani kata Dr. Mahathir!. Walau pun penulis article ini menamakan manusia yang bertanggung jawab di dalam onar di bawah sebagai Petualang, namun saya masih tidak mahu melebelkannya sebegitu hina.

Walau pun di dalam article ini DSAI dilambung sehingga ke langit namun bagi saya beliau hanyalah seorang insan biasa, seorang pemimpin yang disegani oleh lawan dan tetap melakukan kesilapan sebagai manusia, makhluk yang jauh dari sempurna.

Siapa Petualang Bangsa

Dilulus terbit pada Thursday, March 26 @ 15:34:54 MYT oleh TokPenghulu
Oleh awwal

"Ketua Pondan Umno dalam ucapannya menyatakan ada petualang bangsa di luar sana yang sangat pendendam dan sanggup menjualkan bangsanya kerananya.Sepintas kilat saya tahu yang dirujukkan itu adalah DSAI.

Kerana UMNO sekarang ni sangat takut dengan DSAI. DSAI merupakan tokoh yang begitu berpengaruh sekarang ini,baik dalam maupun luar negera,walaupun berbagai fitnah mihnah dilakukan bagi membunuh ketokohannya.Tokoh yang tidak terdapat dalam UMNO sekarang ini.Mana ada tokoh yang boleh di tandingkan dengan DSAI.Semuanya sama ada budak2 hingusan,bila berucap berbuih2 mulut,atau tua sasau yang bercakap tidak serupa bikin.

Siapa sebenarnya petualang bangsa?

Seawal pemerintahan UMNO,masa itu Perikatan,Menteri Pelajarannya Khir Johari telah menghapuskan tulisan Jawi dan menggalakan Perancangan Keluarga.

Kemudian Tungku Abd Rahman,PM pertama telah dengan percuma menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.

Siapakah sebenarnya petualang bangsa??

DSAI semasa menjadi mahasiswa Universiti Malaya telah berjuang untuk memertabatkan bahasa Melayu.

Kemudian DSAI menjadi penggerak kepada masyarakat mahasiswa mahasiswi dan siswa siswi ketika itu untuk menjadikan Islam sebagai alternatif kepada ideologi kapitalis dan sosialis dalam penyelesaian permasaalahan masyarakat.Pada ketika itu di kampus2 universiti fahaman sosialis begitu meluas dikalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Kalau tidak kerana usaha DSAI untuk itu,hari ini Malaysia akan dipenuhi oleh pemimpin2 yang kuat pegangan terhadap sosialis.Malah Tun Dr Mahathir sendiri dalam tahun2 enam puluhan begitu terpengaruh dengan ideologi sosialis ini.Cuba rujuk tulisan2nya dalam Utusan Melayu ketika itu.

Jadi siapakah sebenarnya petualang bangsa dan agama??

Hari ini setelah lebih lima dekad memerintah,apa jadi dengan bangsa Melayu!!!

Pengajaran Matematik dan Sains didalam bahasa Inggeris.Siapakah yang melakukan itu?

Ekonomi orang Melayu sejauh mana pencapaiannya sekarang?? Siapa yang bertanggung jawab??

Kemana hilangnya lebih separuh tanah reserve melayu dari yang asalnya di wartakan semasa kemerdekaan.Siapakah yang melahapnya???

Siapakah yang mula2 mencadangkan penghapusan hak istimewa orang Melayu dalam parlimen?? Kalau bukan tokoh UMNO yang sangat disanjungi

Jadi apakah DSAI seorang petualang!?

Siapakah yang telah menghapuskan kekebalan raja2 Melayu?? Kalau bukan UMNO

Siapakah yang ucapkan "natang" kepada Yang DiPertuan Agong?? Kalau bukan UMNO

Siapakah yang tendang pagar istana Sultan Perlis??? Kalau bukan UMNO

Jadi siapakah yang sebenarnya petualang bangsa dan agama???

Ini adalah tambahan saya. Yang terakhirnya adalah tenggelamnya Pulau Batu Puteh dari peta Malaysia. Dan ingat, Limbang juga masih di dalam kuali panas!

JAWABNYA TIDAK LAIN TIDAK BUKAN UMNO

Thursday, March 26, 2009

Satu Penemuan

Di bawah ini ada salah satu n3 dari Tranungkite Online

Oleh
lutfi

1. Bukak Microsoft Word.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY ..
Q33 NY ni adalah number pesawat yang
melanggar WtC tu..

3. Tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Highlightkan Q33 NY tu. Tukar kepada font WINGDINGS.

Apa yang anda nampak? Allahuakbar ..
sesungguhnye benda ni dah lama wujud
tanpa sesiapa yang menjangkakannye ...
Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang
melanggar WTC (menara berkembar tu) ..
dah cube dah memang
betul.............
SUBHANALLAH......

Monday, March 23, 2009

Ditabur Pasir Di Kubur Cik Siti

Semasa saya dalam darjah 4 saya ada seekor kambing jantan yang dibelikan oleh abang sulung saya sebagai pet. Kambing ini cukup besar dan dialah teman saya pada setiap petang. Setiap petang saya akan bawanya ke tempat ragut dan saya akan tunggu dia makan atau saya sendiri kaitkan daun derdap kegemarannya dan saya suapkan. Boleh dikatakan setiap tengahari bila balik dari sekolah saya mandikan, kononnya untuk hilangkan baunya yang harum itu!. Entah berapa banyak mandi pun haruman dia tetap tidak hilang.

Pada suatu petang selepas balik dari mengaji qur'an saya dapati kambing saya tidak ada di tempat biasa dia di ikat. Tali ikatan terlerai. Kambing sudah hilang. Saya mencari ke sekeliling kampung pada petang itu namun tak jumpa. Tanya punya tanya orang kampung, saya dinasihat supaya mencari di Tanah Perkuburan Cik Siti. Di situ banyak kawanan kambing dan mungkin kambing saya mengikut kambing betina ke situ. Kerana hari sudah gelap, saya bercadang nak cari selepas solat isyak nanti. Saya diwajibkan oleh guru berjemaah maghrib dan isyak di madrasah bersamanya setiap hari.

Selepas sembahyang isyak dan ikut wirid bersama guru, saya terus ke Perkuburan. Puas saya melilau dan menjengok di setiap kawanan kambing yang berceratuk di bawah wakaf-wakaf yang banyak di atas perkuburan itu, tidak juga saya jumpa sikambing saya itu. Saya berjalan masuk lebih ke dalam lagi. Kubur Cik Siti ini memang luas dan banyak semak.

Tiba di bawah satu pokok ketapang yang besar dan rendang berhampiran dengan sebuah perigi tinggal, saya terasa saya di baling dengan pasir dari atas pokok. Saya tongak dan cuba perhatikan kalau-kalau ada orang atau binatang. Saya tidak nampak kelibat satu apa pun. Bila saya melangkah untuk tinggalkan tempat itu saya dibaling lagi. Saya mengagak ini mesti kerja hantu kubur. Saya teringat kata-kata orang tua, kalau dibaling pasir, tadah pasir itu dengan kain dan pulaskan pasir yang dapat di dalam kain itu kuat-kuat. Bila dipulas hantu itu akan sakit dan akan bertempik serta berteriak mengaduh dan hantu akan serender.

Saya pun pegang bahagian bawah kain pelikat saya dengan dua tangan. Tangan kiri pegang bawah sebelah kiri dan tangan kanan pegang di bahagian bawah kanan. Bila diangkat jadilah kain itu macam penangguk dan sekiranya dibaling lagi, saya akan dapat tadah pasir itu. Saya berjalan dengan keadaan begitu. Bila saya melangkah, saya ditabur lagi dengan pasir. Jadi dapatlah saya tadah pasir yang dibaling itu sikit. Agak sepuluh biji lebih aja.

Saya pun pulaslah kain yang mengandungi pasir tadi. Pulas, dengar.... Pulas lagi, dengar.... tak ada pun suara hantu menjerit? Akhirnya saya pulas kain saya tadi agak-agak hampir koyak. Hantu tidak juga menjerit. Bila tidak ada apa-apa hasil, saya pun buang pasir itu dan berjalan pulang. Kambing tidak jumpa, kena baling dengan pasir pula. Kecewa!

Saya balik terus ke madrasah. Tok Bilal masih ada sedang mengaji. Bila saya naik ke madrasah dengan badan berpeluh, Tok Bilal berhenti mengaji dan tegur saya "Dari mana sehingga berpeluh?" Saya ceritakan apa yang berlaku tadi. Dia ketawa. Saya heran kenapa dia ketawa. Bila dia tengok saya pandang dia semacam bodoh jer, dia berkata "Masa kau pulas kain tadi kau baca apa?" Saya tanya dia balik "Kena baca ayat qur'an ke?". Dia jawab dengan tersengih separuh ketawa "Isy budak nih!, orang pulas dengan baca sesuatu. Mari aku ajarkan. Kalau kau pulas sampai koyak kain pun, kain kamu yang koyak, setan tu tak akan apa-apa"

Kah... kah... bodoh betul saya, berlagak pandai!

Saturday, March 21, 2009

Anak Harimau Dikatakan Kucing

Pada satu musim cuti penggal persekolahan semasa darjah 2, saya ke ladang getah arwah ayah yang di sekelilingnya masih dipunuhi rimba. Di sebuah lurah, di sebalik sebuah bukit yang bersempadan dengan ladang ayah dan hutan rimba itu ada sebuah Becah (kolam kecil) yang penuh dengan ikan. Becah ini memang ditumbuhi semak samun kerana tiada siapa ke sini. Hanya saya berseorangan di sini memancing. Arwah ayah memang tahu tempat ini.

Ikan memang banyak saya dapat tapi saya tidak pula kenal jenisnya. Sedang saya asyik memancing tiba-tiba saya terdengar ayah memanggil nama saya. Saya menyahut dan nampak kelibat ayah di celah-celah semak dan pokok tergopoh gapah datang mendapatkan saya. Saya hanya berdiri sambil pegang joran. Setiba ayah di tempat saya, tanpa bercakap sepatah pun, ayah terus pegang tangan saya dan mengheret saya menuju ke puncak bukit di mana terdapat satu pondok (cabin) yang ayah dirikan untuk berehat dan kadang kala tidur di situ. Saya hanya ikut. Pondok ini juga adalah tempat dua orang penoreh getah ladang ayah. Mereka berasal dari Ulu dan sekarang mereka bercuti balik kampung.

Setiba di pondok barulah ayah ceritakan yang dia nampak seekor harimau melintas di hadapannya menuju ke arah saya yang sedang memancing. Barulah saya faham kenapa ayah bertindak begitu tadi tanpa berkata-kata. Di dalam pondok saya tidak senang duduk. Saya keluar dari pondok dan ingin menyusuri harimau itu untuk melihatnya. Sekali lagi ayah berlari memegang saya sambil memarahi saya. Kami berjalan balik ke pondok. Entah mengapa naluri saya amat kuat ingin tahu.

Dalam keadaan tergesa-gesa tadi masih lagi saya sempat mengambil semua ikan yang saya pancing. Di pondok itu, ibu tiri saya membersihkan ikan-ikan yang saya pancing dijadikan lauk makan tengahari. Sedap!!.

Bila hari petang saya keluar dari pondok dan jalan-jalan sambil meninjau di sebuah bukit berhampiran dengan ladang ayah yang telah gondol ditebas. Kalau tidak silap saya kawasan itu akan dijadikan projek Rancangan Tanah Pinggir oleh FELCRA. Sedang saya asyik meninjau sambil mengelamun, saya ternampak dua ekor anak kucing yang gemuk dan cukup cantik berbintat-bintat gelap dengan bulunya kekuningan. Saya cuba menangkapnya tetapi dia lebih cekap mengelak. Saya cuba pintas tetapi masih tidak dapat. Dia lari dan saya kejar. Tiba-tiba tangan saya dipegang oleh ibu tiri saya dan menarik saya ke arah jalan raya dengan perjalanan yang cepat. Di belakang kami kelihatan ayah menyusuri juga dengan langkah yang juga cepat. Saya heran, kenapa mereka berkelakuan begitu.

Di perjalanan pulang ibu tiri beritahu ayah yang dia nampak saya sedang mengejar anak harimau. Katanya pada kebiasaannya ibu harimau tidak akan berada jauh dari anaknya dan sudah pasti garang sebab melindungi anak-anaknya. Barulah saya faham. Rupanya yang saya cuba tangkap tadi bukan anak kucing tetapi anak harimau!. Lepas itu saya teruk dimarahi ayah. Dia kata selepas ini dia tidak akan benarkan saya mengikutnya ke ladang lagi. Saya terlalu nakal dan terlalu ingin tahu serta terlalu berani, susah untuk dikawal. Tetapi ayah juga lupa yang dia sendiri menjadi buah mulut orang se tempat dan saudara-saudara kami tentang keberaniannya. "Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi"

Friday, March 20, 2009

Penghargaan dari Sakura

Penghargaan dari seorang sahabat,
SAKURA
Teman-teman maya yang saya habiskan beberapa jam sehari dengan mereka di komputer.



Terima kasih Sakura. Nukilan yang indah bermakna

Hadiah

Khas buat Puan melayuangkat
Di atas sifatnya sebagai seorang IBU dan ISTERI


Dari Mountdweller

Hadiah dari Uncle Mountdweller untuk

Anakanda Erisya
Sakura
Kak Yong

Thursday, March 19, 2009

Buat Mak Su Dan Big Mama

Rose Pink hadiah untuk Mak Su
Dan
Big Mama


10 Perkara yang diimpikan semasa menyambut Hari Lahir

1. Mendapat Kad Ucap Selamat dari semua ahli keluarga dan teman-teman
2. Birth Day Cake besar yang cukup untuk 100 orang makan
3. Anak-anak dan Isteri membisikkan doa sambil memberikan kucupan
4. Seluruh keluarga dan Teman berkumpul untuk sembahyang hajat kesejahteraan
5. Menerima hadiah sebuah beach cruise yang lengkap dari anak-anak
6. Dapat masuk ke dalam Kaabah
7. Bercuti di Himalaya bersama keluarga
8. Bersantai di puncak gunung yang melebihi 2500m selama 2 minggu
9. Semua cuti yang diperlukan akan mendapat pelepasan tanpa syarat dari Majikan
10. Bersantai bersama keluarga di salah satu kepulauan Pasific i.e Tongga atau Haiti

Semua itu angan-angan kot?



Sunday, March 15, 2009

Tawakkal

Sumbangan untuk anakanda ISA
Namun sekiranya sesiapa yang berhajat, dengan besar hati dipersilakan

Amalan memperteguhkan rasa tawakkal di jiwa



"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul
dari diri-diri kamu sendiri,
berat terasa olehnya penderitaanmu,
sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,
amat belas kasihan lagi penyayang
terhadap orang-orang mukmin.


Jika mereka berpaling (dari keimanan),
maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku;
tidak ada Tuhan selain Dia.

Hanya kepada-Nya aku bertawakal

dan

Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung"




Saturday, March 14, 2009

Melayu Bergantung Di Dahan Rapuh?

N3 ini bukanlah bertujuan memburukkan sesiapa, tetapi itulah hakikatnya apa yang saya lihat dan alami. Ianya hanyalah sekadar titipan luahan perasaan yang sekian lama terbuku di hati. Saya akui Melayu di jiwa saya masih tebal dan mungkin tidak ada kompromi bila hak dan keistimewaannya disentuh atau dipertikaikan.


Semasa Almarhum Tunku menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, saya masih buta dan tidak tahu apa-apa di sebalik tindakan politik Almarhum. Tetapi selepas itu saya cuba memahami sedikit demi sedikit apa-apa saja perkara yang berkaitan dengan politik. Seingat saya persaan tidak senang bermula dari zaman Allahyarham Tun Abdul Razak lagi bila beliau menaikkan ramai etnik lain menjadi Timbalan Menteri. Semasa itu saya masih remaja dan baru berada di sekolah menengah. Bermula dari situlah segala kejadian di dalam politik tanah air menarik perhatian saya.


Dilemma, ragu, di persimpangan….. itulah perasaan saya ketika ini. Rasanya saya tidak bersendirian di dalam bab survival Melayu di dalam Negara Malaysia. Kepada siapakah yang boleh diberikan kepercayaan untuk membela dan meneruskan kesinambungan kekuasaan Melayu di negara ini? Ke manakah dan di manakah Melayu akan bergantung harap sebenarnya. Dari pemerhatian saya sejak dari merdeka sehingga kini, kita "Melayu" sudah terlalu banyak kerugian dari segi hak, dari segi agama dan budaya.


Memanglah sepatutnya Perlembagaan Negara akan menjaga hak dan kepentingan bangsa kita dan agama kita. Akan tetapi bolehkah diharapkan kepada Perlembagaan sekiranya Perlembagaan itu sendiri sentiasa terdedah kepada pencerobohan dan pindaan-pindaan yang merugikan kita?


UMNO/BN adalah parti yang memerintah Melayasia lebih daripada 50 tahun dari merdeka sehinggalah sekarang. Memang dari segi fizikalnya UMNO telah membangunkan sosioekonomi kita melalui RMK yang dicipta selepas May 13, 1969. Infra structure dimajukan dan juga kemajuan pelajaran yang memang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Tetapi dalam masa yang sama kita juga mengalami kerugian dari segi fizikal dan rohani akibat dari beberapa pindaan Perlembagaan dan diwujudkan pula akta-akta yang mengikat kita.


Rezab Melayu telah menguncup, kebebasan berdakwah telah diikat. Sepatutnya dakwah perlu dipantau oleh pihak berkuasa agama dan perlu bertindak bila perlu dengan kuasa yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu tetapi malangnya kekebalan Raja-Raja dan kuasa-kuasa Raja juga telah dihadkan juga melalui pindaan perlembagaan. Bahasa pun mengalami nasib yang sama. Dianak tirikan dan telah dicacamarbakan dengan istilah-istilah asing pinjaman. Keaslian bahasa juga kian menipis. Keaslian perjuangan UMNO sudah hilang lantaran kemewahan yang kita capai.


Minda kebanyakan pemimpinnya telah berubah dari memperjuangkan kedaulatan negara dan bangsa kepada perjuangan mengumpul harta. Salah satu hasil dari kealpaan UMNO/BNlah Pulau Singapura terlepas dan Pulau Batu Puteh tercicir dari tangan kita. Jadi pada masa hadapan, adakah mereka boleh diharapkan untuk memelihara kedaulatan kita?


Di Parlimen, cuba kita tengok balik peratus wakil Melayu seketika dulu selepas merdeka dari nisbahnya dan bandingkan dengan peratus wakil Melayu di masa kini. Dalam erti kata lain semua yang berkaitan dengan Melayu telah mengalami penyusutan atau penguncupan yang ketara. Orang lain diberi muka dengan hak kita dijadikan galang gantinya. Perkara-perkara ini kita tidak akan terasa sekiranya kita tidak pernah pandang ke belakang dan merenungi masa hadapan.


PAS yang berasaskan Islam dan merupakan sebuah parti yang mempertahan Islam dan cuba memberikan fahaman Islam kepada semua kaum tetapi tidak mengutamakan Bangsa Melayu. Sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan selama lebih 19 tahun, PAS cuba memperkenalkan prinsip kesamarataan di dalam pentadbiranya yang juga merugikan Melayu. Sudah banyak rezab melayu dibebaskan statusnya untuk membolehkan bukan Melayu juga mendapat manafaatnya.


Memang perjuangan asas PAS adalah Islam, tetapi tidakkah Bangsa juga menjadi keutamaan? Kalau tidak takkanlah Rasulallah sayangkan Bangsa Arab sehingga baginda bersabda “Mengutuk/mencaci Bangsa Arab, samalah engkau mencaci aku” Tetapi bagi PAS sayangkan/utamakan bangsa akan dilebel “Asobiyah”. Dan PAS sebagai sebuah parti pembangkang tidak ada apa yang boleh memberikan impak di dalam merancang dan mencadangkan Akta dan sebagainya. Semua itu di dalam bidang kuasa BN sebagai parti pemerintah.


PKR lagi sebuah parti di dalam pakatan longgar PR (Pakatan Rakyat) lagilah tidak boleh digantungkan harap. PKR sendiri adalah parti berbilang kaum dan kaum bukan Melayu mempunyai pengaruh yang besar. Keadilan untuk semua yang diperjuangkannya itu bagus tetapi di dalam konteks survival Melayu, bagi saya amat menggerunkan. Kita tahu Melayu memang jenis bangsa yang naïve bila berhadapan dengan bangsa lain yang penuh kelicikan dengan minda yang memang lebih terkehadapan dari orang-orang kita.


Kekuasaan DAP juga tidak boleh dipandang ringan di dalam PR. Apa yang kita nampak ialah PAS seolah melukut di tepi gantang sahaja. Semua perkara yang melibatkan keputusan politik nampaknya setakat ini PAS terpaksa akur saja. Pendek kata parti-parti bukan melayu semakin kuat dan lantang dengan suara yang keras tetapi parti-parti Melayu pula semakin lemah akibat percakaran akibat dari fahaman politik.


Raja-Raja Melayu pula walau pun dijamin hak dan kuasanya oleh Perlembagaan tetapi malangnya pindaan perlembagaan itu sendiri telah melayukan kuasa dan darjat mereka. Memang pindaan ini memberi impak yang besar kepada kedaulatan Raja-Raja Melayu. Cuba imbas balik perbahasan Ku Li di Parlimen semasa perbahasan pindaan Perlembagaan yang melibatkan Raja-raja Melayu pada satu masa dulu.


Malang juga pada masa ini selepas pindaan perlembagan tersebut istana seolah-olah hanya berusaha cuba mengekalkan kedudukan mereka dengan mengiakan apa saja yang dilakukan oleh pemerintah walau pun mereka sebenarnya masih lagi Raja Berperlembagaan dan juga pelindung Perlembagaan. Tengok apa yang berlaku di Perak sekarang. Pada hemat saya Sultan bukannya tidak mahu menyelesaikan keadaan yang bercelaru tetapi dari sudut yang lain Sultan juga terpaksa akur dengan kehendak pemerintah. Takkanlah seorang Sultan mahukan dan suka rakyatnya di dalam suasana bercelaru tanpa kententuan yang hakiki.


Apa yang saya cuba perkatakan di sini ialah kita mahukan sebuah parti Melayu yang kukuh dan bersatu menjadi wadah tunggal untuk memperjuangkan Islam dan Melayu yang mampu berkompromi dengan kaum lain tanpa menjejaskan hak-hak kita. Kita boleh hidup dengan aman dengan mengekalkan hak-hak dan kuasa kita ke atas tanah air kita dengan tidak mengabaikan juga hak-hak orang lain yang memang termaktub di dalam perlembagaan.

Thursday, March 12, 2009

Kawanan Burung Memberi Amaran

Pagi semalam seorang saudara telah memasang jerat Kijang dan Pelanduk di kaki bukit yang letaknya berselang sebuah bukit dengan jalan raya yang menghubungkan Bandar Jerteh dengan Kuala Terengganu. Lebih tepatnya batu 12 Kuala Terengganu-Kota Bharu. Pada waktu itu saya baru berusia 8 tahun dan Kg. Gemuruh adalah sebuah kampung yang dikira pendalaman, belum lagi disentuh pembangunan semasa pemerintahan Allahyarham Tan Seri Ibrahim Fikri.

Saya berkunjung ke sini semasa cuti penggal persekolahan untuk merasai kehidupan di pendalaman di rumah bapa saudara sebelah ayah yang banyak membeli dan mengambil tanah terokaan yang kebetulan pada masa itu tidak berapa dihajati oleh Anak Terengganu sendiri. Jadi peluang ini diambil oleh Anak-Anak Kelantan yang sememangnya gigih.

Petang ini saya berhajat menjenguk jerat yang dipasang kalau-kalau ada mangsa yang terjerat. Saya masuk ke hutan itu pada jam 5 petang bersendirian meredah denai dan hutan yang masih belum terusik. Saya merasa cukup damai dengan suara burung dan riang-riang yang bersahut sahutan. Setelah melepasi bukit pertama dan menuruni lurahnya, saya dikejutkan dari lamunan oleh sekawan burung yang ramai tetapi saya tidak tahu jenisnya. Cukup bising di atas kepala saya.

Burung-burung itu mengikuti saya ke mana saja saya bergerak. Bila saya berhenti burung-burung itu berhenti. Bila saya bergerak, burung-burung itu juga ikut bergerak dengan suara yang bising semacam. Dalam keadaan itu saya terfikir, mungkin burung-burung ini cuba memberitahu sesuatu. Mungkin juga amaran, sebab burung-burung ini selalu membuat kecuh dan mendahului saya seolah-olah memintas saya. Saya dongak dan saya dapati burung-burung itu terlalu rendah dan dekat dengan kepala saya.

Saya terfikir kemungkinan ada bahaya menunggu saya di hadapan dan burung-burung ini sedang memberi amaran. Saya berhenti dan berfikir cuba memahami apa yang menyebabkan burung-burung ini mengikuti saya. Saya membuat keputusan membatalkan hasrat saya untuk menjenguk jerat dan terus berpatah balik.

Bila saya berpatah balik, burung-burung tadi sudah tidak mengikuti saya lagi. Hilang entah ke mana. Saya terus berjalan pulang dan tiba di jalan besar jam sudah melewati 6.30 petang.

Pagi esoknya sudah riuh di dalam kampung berita mangsa jerat kijang dan napuh yang saya berhasrat nak tengok semalam di baham harimau. Bukan seekor harimau tetapi ada 3 ekor. Mungkin sekelamin dan anak. Kejadian itu diketahui setelah orang yang memasang jerat pergi jenguk jeratnya pada pagi esoknya.

Alhamdulillah rupanya telahan saya betul yang burung-burung itu memang memberikan saya amaran supaya jangan pergi ke tempat jerat yang terpasang itu. Dan memang sang harimau berada di lokasi itu. Pemergian saya ke tempat jerat itu saya rahsiakan. Inilah kali pertama saya dedahkan!

Tuesday, March 10, 2009

Santai

Kita lari dari politik dan kacau bilau berkenaan Bahasa Inggeris di sekolah. Mari kita bersantai dengan sebuah sajak karya Zakaria Bidin di bawah:

Sajak tulisan saudara Zakaria Bidin berjudul pertemuan para roh di majlis baca puisi Prima 17 November 2007 lalu .....

DIALOG ROH ALAM BARZAH

Allahyarham P.Ramlee jumpa arwah Tun Razak.
Beliau bertanya macam mana negara kita.
Arwah Tun Razak jawab, Malaysia tengah nazak.
P.Ramlee termenung dan geleng kepala.

Arwah Tun Razak jumpa mendiang Lim Goh Tong.
Dia bertanya macam mana Genting Highland.
Lim jawab: "ada la sikit-sikit untung."
Tun Razak tersenyum dan mereka ber'shake hand-shake hand.'

Mendiang Lim kemudian jumpa Almarhum Tunku Abd Rahman.
Tunku bertanya, sapa PM Malaysia sekarang.
Lim beritahu: "itu orang ha, tak-tak siuman.
Dia kasi susah sama semua olang."

Tunku tanya lagi, sapa tu? Mahathir ka?
Lim menangis sekuat-kuat hati
Tunku kehairanan dan ulang bertanya: Mahathir ka?
Lim kata: gua tak sure, Abdullah Badawi atau menantu dia bernama Khairy.
Gua kelilu, gua malu mau kasi tau sama lu.
Sikit hali lagi ha, lu boleh tanya Lee Kuan Yew.
"Lee sudah mati ka!" kata Tunku.
Lim kata, kita tunggu, dia mesti mali ma....
Dia macam-macam tahu.

Dengar Lim menangis, P.Ramlee dan Tun Razak pun datang.
Turut sama, mendiang Altantuya Sharibu.
Tunku tanya Tun Razak, Altantuya tu anak ke menantu?
Tun Razak kata: "entah, aku pun tak tahu."
Tubuh dia meletup aje, roh dia terus terpelanting kat aku"
Tengah-tengah sembang, malaikat lalu.

Lim Goh Tong tanya: "sapa tu?"
Tun Razak jawab: "Name Tag dia tulis Jibril tu."
Tunku kata: "Tapi nama kat topi dia, Ali.
Jenama jam dia Jamaludin dan kat kepala tali pinggang tulis Abu Bakar"
P.Ramlee menyampuk: Jibril Ali Jamaluddin Abu Bakar la tu... atau ringasnya
JIBLIJAMBUKA
Mereka semua faham di alam berzah macam-macam boleh berlaku.

(HakCipta Terpelihara oleh Zakaria Bidin dan telah di deklamasikan pertama kalinya Pada 17hb November 2007 di Malam Mentera Puisi anjuran Warga Prihatin Prima di Lorong Dato Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.)

Friday, March 6, 2009

Doa Pelembut Hati

N3 ini adalah untuk menunaikan permintaan anakanda Nurdaniella.



Melembutkan hati anak yang degil dan keras. Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan.


Baca Surah Alfatihah 1 kali dan baca ayat dari surah Tahaa.. di bawah


Terjemahannya:

1. Thaahaa
2. Kami tidak menurunkan Al Qur'an ini kepadamu agar kamu menjadi susah
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah)
4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
5. Tuhan yang Maha Pemurah yang bersemayam di atas 'Arsy.



Kemudian baca doa pelembut hati di bawah



اَللَّّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َÙŠِّÙ†ْ Ù„ِÙŠْ Ù‚َÙ„ْبَÙ‡ُ Ù„َÙŠِّÙ†ْتَ Ù„ِدَاْÙˆُدَ الْØ­َدِيدْ


"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"




Wednesday, March 4, 2009

Sekali Lagi Kehilangan


DALAM KENANGAN
Alfatihah


Yang Pergi


Yang Ditinggalkan
( Nik Mohammad Muzakkir)

Famili kami kehilangan lagi seorang ahli keluarga. Anak buah saya Nik Muhammad Musaddad Mustafa telah kembali ke pangkuan Tuhannya pada jam 4.50 petang tadi 3 Mac 2009 di Hospital Sultanah Zainab II, Kota Bharu akibat komplikasi jantung pada usia 45 tahun. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia 8 tahun.

Pada umur 12 tahun Allahyarham telah menjalani pembedahan jantung berlubang di Manila. Allahyarham adalah anak kedua kepada Abang Sulung saya Cikgu Mustapha dan Allahyarham telah kembali ke rahmatullah berselang 5 bulan selepas ibunya, Allahyarhamah Hajjah Nik Fatimah juga akibat penyakit jantung dan darah tinggi sebagaimana n3 saya pada bulan Oktober 2008.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dilimpahi keredhoanNya. Amiin....

Thursday, February 26, 2009

Ayat Alkursi Wakaf 9

Cara membaca wakaf 9, hendaklah berhenti pada setiap ayat (barisan) dan menyambung bacaannya dengan nafas yang lain.

Di atas permintaan Kak Yong dan Anakanda nurdaniella saya buatkan n3 ini.

Ertinya :

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Ada juga orang menjadikan benteng perlidungan diri dengan kaedah seperti di bawah:

Bagi menjaga keselamatan diri kita, anak isteri, rumah dan harta benda, perniagaan serta urusan dan projek projek yang kita jalankan.
Setiap hari berlaku rompakan, penipuan, perkosaan, pukau, kemalangan, pembunuhan, penzaliman, penindasan serta berbagai musibah keatas umat Islam serata dunia. Tiada daya dan kekuatan yang dapat memberikan perlindungan kecuali dari Allah SWT. Amalkan kaedah ini setiap hari.

i. Baca Istiqfar - 3 kali.
ii. Baca Selawat - 3 kali.
iii. Baca Fatihah - 1 kali.
iv. PASANG NIAT untuk memagar (sebagai contoh):
- Sahaja aku membaca Ayat-Kursi untuk memagar diri, keluarga, rumah dan urusan kerana AlLah -
1. Baca Ayat Al-Kursi 1 kali.
2. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI HADAPAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
3. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-2.
4. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BELAKANG - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
5. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-3.
6. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KANAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
7. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-4.
8. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KIRI - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
9. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-5.
10. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI ATAS - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
11. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-6.
12. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BAWAH - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
13. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-7.
14. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah segenap sendi dan liang bulu roma hambaMu yang banyak dosa ini, Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat ditembusi nafsu amarah yang didalangi oleh syaitan dan iblis.
15. Baca Selawat keatas RasulAlLah SAW.

Selebihnya saya rasa boleh tanya Pak Karamu. Insya Allah beliau boleh bantu.

Wednesday, February 25, 2009

Perdaya Iblis

Setalah dua n3 berat sebelumnya, kita bersantai sekejap.

Iblis memang bodoh..... ikutilah pengalaman saya di bawah.


Pada suatu petang ketika berehat selepas sembahyang zohor, tiba-tiba saya terima panggilan dari guru saya mengajak saya ke rumah seorang teman seperguruan. Mengikut kata guru, isteri muridnya itu kerasukan. Menangis, meraung tidak sedar diri.

Saya bergegas ke rumah guru menjemputnya dan terus ke rumah teman saya itu. Sesampai ke rumahnya, dia bawa guru dan saya masuk bilik. Di dalam bilik kami dapati isterinya seolah sedang tidur dan tidak sedar apa-apa. Tapi bila kami melepasi pintu biliknya, dia bingkas dengan mata yang tajam menghalau kami. Dia kata dia tidak suka kami ke mari, dia akan panas sambil mengaduh dan meraung kepansan. Kami mulakan membaca Ayat Alkursi wakaf 9 dan hembus. Lagilah dia meraung, menggeliat dan menghempaskan badan ke katil.

Kami suruh benda tu pulang tapi dia tidak mahu takut maknya (tuannya) marah. Dia kata dia datang dengan penjaganyaa sekali. Bila didesak mana penjaganya dia tidak mahu jawab dan tidak juga mahu pulang. Cukup degil. Akhirnya guru ambil keputusan kami sembahyang hajat dan selepas sembahyang hajat sama-sama membaca Ayat Alkursi 313 kali seorang sambil buatkan air penawar.

Di luar bilik, teman saya itu mengatakan tadi sebelum kami sampai, dia ajak isterinya ke rumah saya. Tapi isterinya tidak mahu sebab rumah saya dipagari dengan api. Kalau dia masuk dia akan terbakar. Hah... jadi saya dah dapat idea macam mana nak kelentung Iblis itu. Tapi saya akan ikut guru buat apa yang sepatutnya dulu.

Semasa kami sembahyang hajat dan membaca ayat alkursi, saya dapat dengar dia meraung dan menghempaskan badan ke katil. Rasa kesian benar kepada isteri teman saya itu, tapi cukup marah kepada manusia yang menghantar Iblis untuk mengganggu dan merasuk semata-mata kerana dengki.

Selesai sembahyang dan buat apa yang patut, kami masuk semula ke bilik teman saya dan menghembuskan lagi ayat kursi sambil merenjiskan air sembahyang hajat tadi. Lagilah meraung kepanasan dan amat sakit katanya. Kami suruh balik, iblis tu tak mahu balik. Kami tanya di mana pengawal dia tidak juga mahu jawab. Setelah puas di desak dan ugut barulah dia beritahu yang pengawalnya ada ditanam di tengah-tengah pintu pagar di dalam bungkusan kain kuning.

Saya keluar dan gali di pintu pagar. Jumpa bungkusan itu dan saya bawa masuk ke rumah. Saya ambil semangkuk air sembahyang hajat dan bacaan ayat akursi tadi dan rendam bungkusan yang saya temui. Bila masuk saja bungkusan ke dalam air, terus berasap dan seolah olah mendidih. Seketika asap hilang dan air di dalam mangkuk tenang semula. Saya cadang nak buang ke sungai pada petang nanti. Dah mampus Iblis tu kot.

Sekarang saya akan pakai helah pula untuk memaksa Iblis tu keluar. Saya kata sekarang aku nak bawa kamu (sisakit) ke rumah aku dan kamu akan aku bakar dengan api di rumah aku. Mulalah dia termakan tipu. Dia meraung dan dia kata kalau saya bawa dia ke rumah saya dia akan mati, ibunya juga akan mati. Dahlah saya sudah bunuh penjaganya. Barulah saya tahu yang penjaganya yang di dalam bungkusan itu memang sudah gol dek penangan air sembahyang hajat dan ayat alkursi. Saya senyum dia dah makan umpan dan masuk jerat.

Ok, kalau kamu tidak mahu mati, kamu pulang. Sekarang juga aku nak bawa kamu ke rumah aku. Sambil tu teman saya tadi berpura-puralah siapkan pakaian dan mekap isterinya kononnya akan bermalam di rumah saya. Tak semena-mena iblis itu mengalah dan bersetuju pulang sebab dia kata dia tidak mahu Ibunya mati. Dia kata dia balik ke tempat asal dia sekarang juga.

Tiba-tiba isteri teman saya tadi sedar dalam keletihan dan bersyahadah serta beristighfar. Alhamdulillah dia dah sedar. Isteri teman saya kembali pulih dan cergas selepas diberi minum dan dilapkan dengan air sembahyang hajat. Lantas meminta air, terlalu dahaga katanya. Alhamdulillah!

DAP Dan Islam

N3 sebelum ini adalah pandangan dari seorang penyokong BN/UMNO dan n3 ini pula adalah dari seorang penyokong PAS.

Article ini saya copy and paste dari blog misbahul munir. Apa pula pandangan anda?
Adakah Karpal dan Lim Tua bukan dari golongan ini?

DAP LEBIH FAHAM ISLAM BILA BERSAMA
PAS DALAM PAKATAN RAKYAT

UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.

Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.

Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.

Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.

MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.

Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.

Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.

Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar.

Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.

DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.

Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

Tuesday, February 24, 2009

Hancur BN, Hancur Islam?

Article di bawah saya copy and paste dari blog Perak Bangkit.

Baca dan nilailah dengan rasional.

Jangan ketawa dulu…kalau nak ketawa, ketawalah selepas membacanya dulu dan perturunkan komentarnya.

Kehancuran BN dan UMNO akan membawa kehancuran Islam dan Melayu

Di atas premis itulah kami sesungguhnya percaya dan berjuang. BN dan UMNO bukanlah parti politik seperti PKR, PAS, DAP, MCA, MIC dll. BN dan UMNO ialah satu Sistem Politik.

Sistem itu menyatakan pertamanya mestilah ada suatu landasan kolisi yang DITUNJANGI sebuah Parti Dominan Melayu-Islami. Dan UMNO memenuhi konteks tersebut. Kerana Parti yang menjadi TUNJANG itu akan bertindak sebagai KUASA UTAMA di dalam kolisi.

Dengan wujudnya KUASA UTAMA, barulah konsep KONGSI KUASA akan terlaksana. Dan KUASA UTAMA itulah bertindak menjaga Institusi berikut:-

1. Institusi Kesultanan yang menjadi Payung Agama (Islam di Malaysia) dan Payung Ketuanan Melayu (Institusi PTD dan Kepegawaian Kerajaan), Payung Keselamatan (TDDM, TLDM, TUDM, PDRM dan KDRM) dan Payung Negara (Kuasa Kehakiman, Eksekutif dan Legislatif)

2. Instutusi Politik Keadilan Untuk Semua bagi Masyarakat Berbilang KaumCuba kita lihat mampukah Pakatan Rakyat menggalas tugas BN? Siapa ultimate power dalam Pakatan Rakyat? PAS kah? DAP kah? PKR kah? Jawapannya tiada!!!.... Jadi siapakah penentu halatuju politik?

Bagaimanakah kekuatan ini mampu mempertahankan Institusi Kesultanan yang menjadi payung Islam, PTD & Kepegawaian, Keselamatan dan Doktrin Pengasingan Kuasa?Jadi Grand Design yang dilancarkan oleh Musuh Kita ialah PUNAHkan UMNO sebagai TUNGGAK BN... Dengan alasan bahawa PAKATAN RAKYAT boleh menggantikan mereka...

Namun kiranya PR memerintah Malaysia.... Tugas mudah musuh selepas itu ialah.... Menumbangkan PAS..... Bila elemen PAS telah punah dalam Pakatan Rakyat, maka seterusnya Kita akan diperintah oleh Musuh Kita....Siapakah Musuh Kita itu?

Pasti mereka akan terdiri dalam kelompok berikut:

1. Sekiranya mereka Bukan Melayu mereka adalah golongan yang Anti Islam

2. Sekiranya dia adalah Melayu dan Islam dia adalah penganut fahaman Liberal Songsang, Pluralisme Agama dan pastinya mereka adalah generasi Neo Konservatif.


LALU TERJADILAH....................RIOT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! FIGHT FIRE WITH FIRE! DISSIDENT AGGRESSOR! IMPACT IS IMMINENT! BROTHER WILL KILL BROTHER! ANOTHER BRICKS IN THE WALL! SULTAN OF SWING! CHAOTIC SOCIETY! ANARCHY IN THE COUNTRY! BACK IN BLACK! BLACK NIGHT! BLACKENED! ZOMBIE!RIDE THE LIGHTNING! KILL'EM ALL! SOLDIER OF FORTUNE! ROCK N ROLL! BLACK DOG! ARCHILESS LAST STAND! HIGHWAY TO HELL! HARVESTER OF SORROW! SAD BUT TRUE! THE FINAL COUNTDOWN! JUMP! NOVEMBER RAIN! WHISKY IN THE JAR! THE FALLOUT HAS BEGUN! COMFORTABLY NUMB! WE DONT NEED NO EDUCATION!