Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 2, 2009

Akui, Ini Adalah Benar

Saya sebagai Rakyat Kelantan dan tinggal di Kota Bharu. Saya melihat, saya mendengar dan saya berfikir. Maka saya mengakui dan yakin apa yang diperkatakan di bawah adalah benar.

Di bawah adalah n3 dari Kelab Greenboc yang saya copy n paste, izinkan saya.

M
utakhhir ini kelihatan seolah-olah kerajaan Kelantan dibawah pimpinan YAB Datuk Menteri Besar Tok Guru semakin dihimpit masalah. Seluruh peluru media kerajaan pusat khususnya umno dan kuncu mereka semakin galak membawa isu-isu yang boleh menampakkan keburukan pimpinan PAS khususnya dan kerajaan negeri amnya.

Sayugia diingatkan bahawa Tok Guru diserang habis-habisan oleh juak umno adalah kerana Tok Guru telah menolak pelawaan Presiden umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Malaysia.

Program untuk menjatuhkan Tok Guru tak pernah berhenti dijalankan oleh juak umno dimana anak Tok Guru pernah ditangkap dan ditahan selama lebih 5 tahun dibawah ISA.

Kes pelajar dipukul oleh guru sekolah agama berdekatan rumah Tok Guru dibesar-besarkan oleh media cetak arus perdana, kes Air Kelantan diserbu oleh SPRM, isu menggondolkan bukit di Gua Musang dan beribu-ribu isu lain telah dimainkan secara sistematik dengan satu tujuan, satu hala, satu keperluan iaitu menjatuhkan maruah Tok Guru, mengaibkan kerjaan Kelantan kerana tak pandai memerintah negeri. Juak juak umno hampir berjaya menipu rakyat Kelantan kerana mereka berkerja siang dan malam demi mencipta kejayaan.

Umno dan juak mereka akan terus berusaha untuk mengambilalih pemerintahan Kelantan dari PAS kerana hasil minyak yang berlipat ganda. Umno amat bijak menipu dan mengkelabukan mata rakyat yang gilakan mata benda dengan membelakangi hukum Allah.

Mereka menjahilkan diri sendiri dan menyesatkan orang lain demi kepentingan politik peribadi. Juak umno dulu, kini dan selamanya sanggup menipu semua orang di Malaysia, sanggup menutup segala pintu rasuah dari diketahui umum, mereka juga sanggup bersekongkol dalam melakukan khianat terhadap bangsa Melayu atas nama Parti Melayu Bersatu. Sesungguhnya merekalah yang menanam semangat politik sempit demi untuk meneruskan kuasa yang ada.

Kelantan terus membangun walaupun geran tahun dibayar lewat, hutang tetap dibayar kepada kerajaan pusat, kakitangan awam tetap merasai bonus bila diistiharkan, pinjaman kakitangan tiada faedah dikenakan, semua rakyat layak mendapat perlindungan insuran, pengajian agama dimertabatkan kerana ada kuliah mingguan.

Pendek kata hak rakyat didahulukan, Islam diutamakan oleh pimpinan PAS Kelantan yang diterajui oleh Tok Guru. Bekas exco MCA juga didapati sentiasa memberi derma kepada Tabung Serambi Mekah dan semua bangsa dapat hidup aman tenteram dan tak pernah berlaku kekacauan sebagaimana yang diancam oleh juak umno Kelantan.


Percayalah bahawa Umno akan terus berusaha untuk merampas kuasa dinegeri yang diperintah pembangkang kerana mereka bijak tak boleh diajar, bodoh tak mahu belajar dari sejarah silam.

Kepentingan peribadi dan kroni sudah sedaging dalam diri masing-masing sehingga menyebabkan Islam diketepikan, keadilan dipinggirkan, Malaysia yang kaya raya hampir muflis dan papa kedana kerana rasuah yang berleluasa. Rakyat perlu faham semua kejadian ini. -Rakyat Kelantan

6 comments:

  1. Wahai saudaraku che joha che pa, sudahlah khianat kamu. Kamu memang dah dikenali sejak di UM dahulu sebagai seorang yang tiada pendirian. Suka ambil kesempatan.Berubah dan bertaubatlah.Selagi pintu langit masih terbuka.

    ReplyDelete
  2. saya pelik kenapa orang yang banyak ilmu agama makin di tekan? artis pula di puja puja.. orang yang zalim diangkat menjadi pemimpin? memang benar hadis nabi tentang umat akhir zaman

    ReplyDelete
  3. Anonymous

    Saya nampak hanya geng-geng Pasir Mas saja. Keturunan Brahim Ali kot?

    ReplyDelete
  4. mr edz

    Hakikatnya kiamat sudah menghampiri kita kalau berdasarkan Nas.

    ReplyDelete
  5. hanya Allah shj yang akan memberi balasan kpd mereka kelak. masanya akan tiba cuma kita sj yg tak tahu.

    ReplyDelete
  6. muraisenja

    Sesungguhnya Allah yang Maha Tahu dan Maha Adil. Tunggulah harinya nanti. Seluruh rakyat Kelantan yang tidak buta hati akan berdoa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa