Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 13, 2009

Berita Terkartun Hari Ini

Terbaik dalam apa, fikir dan nilailah...... hah, persepsi lagi!

Utusan menang anugerah laporan terbaik

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Wartawan Utusan Malaysia mendominasi anugerah bagi kategori laporan terbaik pada Malam Penghargaan Media Massa UMNO 2009 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Bagi kategori laporan itu, Pengarang Berita, Rozaman Ismail diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, manakala wartawan Meja Rencana, Mohd. Khuzairi Ismail untuk tempat ketiga.

Jurufoto Utusan Malaysia, Izham Jaafar juga turut memenangi tempat kedua bagi kategori foto.

Kesemua pemenang pertama menerima wang tunai RM3,000; kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000 dan sijil penghargaan bagi setiap kategori.

Dalam pada itu, tempat kedua bagi kategori laporan dimenangi Ketua Pengarang Berita Berita Harian, Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Bagi kategori video, tempat pertama dimenangi Buletin Utama TV3; Berita Nasional RTM (kedua) dan Awani 7:45 Astro Awani (ketiga).

Tempat pertama bagi kategori foto dimenangi Norafifi Ehsan (The Star) dan ketiga, Osman Adnan (New Straits Times).

Dalam pada itu, penulis kolum politik The Star, Joceline Tan dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas UMNO 2009 berikutan banyak menulis laporan politik tanah air.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM5,000, komputer riba dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib-naib Presiden parti.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

Majlis itu adalah bagi meraikan petugas media yang membuat liputan Perhimpunan Agung Khas UMNO 2009 dari 13 hingga 16 Oktober lalu dan memilih siaran berita terbaik sepanjang persidangan itu.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan sketsa pendek, nyanyian berkumpulan, tarian dan muzik oleh anggota media massa dan artis terkenal tanah air.

18 comments:

  1. Salam saudara Mountdweller,

    Kah Kah Kah Kah...
    Lawak ler ceriter kartun ni!!!

    ReplyDelete
  2. dah nama Malam Penghargaan Media Massa UMNO 2009 mestilah Utusan.. kroni

    ReplyDelete
  3. Hahahaha..Geli geletek ketiak aku wakakakaka..

    ReplyDelete
  4. Kah..kah..kah..Umpama Ketua Penyamun bagi anugerah kepada penyamunnnn...

    Hanya Melayu Umno Bodoh dan Bangang sahaja tak dapat menilai mana surat khabar yang jadi "BARUA dan PENCACAI" pemimpin Gila BN...Kuah3

    ReplyDelete
  5. Salam ayahnda,
    Perompak yg dpt merompak paling banyak harta tentulah dianggap terbaik di kalangan mereka,

    Sesiapa yang paling pandai buat Fitnah tentu juga akan di anggap terbaik di kalangan tukang fitnah profesional.

    Penilaian mereka dan kita berbeza .
    Tak ada yg pelik.

    ReplyDelete
  6. hahah
    wartawan yg siar cerita india kecoh dapat hadiah selipar tak?

    ReplyDelete
  7. Salam Ayahanda,

    Memang kartun pun. Adus... nak terputus usus perut gelak....

    Minta link n3 ini.

    TQ

    ReplyDelete
  8. W'salam A Mum Of Three Mohd

    Mengalahkan Majalah Gila-Gila yang menanam padi di Padang Pasir.

    ReplyDelete
  9. mr edz

    Siapa lagi nak ikut telunjik mereka kan?

    ReplyDelete
  10. Anonymous

    SiPenerima tak kah terasa malu menerima anugerah yang dia sendiri tahu apa yang dia buat?

    ReplyDelete
  11. Hang Malang

    Tak kanlah nak bagi kat wartawan yang melawan arus!

    ReplyDelete
  12. W'salam anakanda ijoks

    Betul. Penilaian mereka dan kita berbeza bergantung kepada apa yang kita mahu.

    ReplyDelete
  13. baginda®

    Kasut buruk adalah kot?

    ReplyDelete
  14. W'salam anakanda Isa

    Memang kartun tahap 4.

    Silakan...

    ReplyDelete
  15. Salaam Sdraku,

    Sudah kena sangatlah tu. Penyamun mesti iktiraf penfitnah dengan anugerah hebat.

    Salaam Takzim

    ReplyDelete
  16. hehehe..sampai bila ler UMNO nak 'divide & rule' & cengkam media massa & elektronik? Bila ler TV1,TV2, media prima, Astro, BH, Utusan Melayu, Utusan M'sia, NST etc. nak bebas daripada takut ancaman & kena layan kempen kerajaan BN ni?
    BN bila ler nak 'gentlemen'/berdikari sendiri hingga tak salah guna kemudahan kerajaan untuk parti sendiri?
    Orang ramai bebas minda dah lama muak nak layan cerita/ berita etc. mereka..Depa tak mau terima bulat-2 dah..Depa sanggup baca baca/dengar drp byk sudut..terutama media alternatif, internet etc. Depa tau setiap isu cam duit sen, ada 2 sides of the coin.

    ReplyDelete
  17. W'salam sdr.ku Mohd. Sofi

    Itulah dunia bagi hanya yang memandang dengan sebelah mata. Ganjaran di dunia dapat tetapi apakah ganjaran juga untuk akhirat?

    Wallahu aklam...

    ReplyDelete
  18. Hanz

    Kalau nak berdikari, mampukah untuk temberang kepada segala orang? Dengan menggunakan segala media yang ada pun masih terkial-kial!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa