Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 8, 2009

Demo

Apa kata Dr. Aziz Bari tentang demonstrasi di jalanan yang berlaku akhir-akhir ini. Saya petik dari Dunia Berwarna Luna Version 2 sepertimana di bawah.

Baca bahagian awalnya di sini

Para penyokong Barisan yang turut ke jalanan itu sepatutnya ingat hakikat itu. Mereka perlu buktikan bahawa Lim Guan Eng dan Nik Aziz sudah kehilangan sokongan. Tetapi ia perlu dilakukan di dalam dewan. Bukan di luar. Ketua Polis Kelantan dan Pulau Pinang pun kena tahu hakikat ini. Undang-undang ini terpakai kepada kedua-dua pihak, Barisan dan Pakatan.

6 comments:

  1. Salam. terima kasih mencatat komen di blog saya.

    Saya setuju dengan penyataan saudara. Kedua-dua pihak BN & Pakatan mesti buat sesuatu sebelum pihak luar yang lain campurtangan.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,
    Saya suka kalau UMNO terus berdemo bantah TGNA.

    Kerana,
    1. Rakyat bertambah belas pada TGNA
    2. Demo penyokong PAS lebih dapat sambutan.

    Last sekali, yang kalah BN.
    Huhuhuh ..

    ReplyDelete
  3. W'salam setiakasih

    Terima kasih di atas kunjungan balas.

    Dalam kita berpolitik keselamatan negara mesti diutamakan. Tidak ada usaha tanpa kemahuan. Titik pertemuan pasti sekiranya semua pihak bersungguh-sungguh ke arah itu.

    ReplyDelete
  4. W'salam sdr. raden

    Telahan sdr. ada rasionalnya. Tebing yang gagah pun akan runtuh dan rabak dirempuh air yang lembut!

    Yang penting ialah bersatu.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Pakcik Din,

    Sememang setengah puak mudah lupa kerana menyangka apa saja yang dibuatnya akan dapat menonjolkan diri mereka di mata pemimpin yg suka diampu...tak kisah lah jika dia mengikut cara yng dibantahnya dulu janji nama boleh melonjak naik..bukan senang nk dpt projek sekarang ni...

    ReplyDelete
  6. Wa alaikumussalam UXOP

    Kebanyak Pemimpin rebah kerana manusia pengampu di sekelilingnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa