Petikan dari blog shalehudin
Bahan letupan C4 yang digunakan untuk menghancurkan tubuh nya yang mengandung kepada cebisan kecil. Bahan tersebut di bawah kawalan ketat kementerian pertahanan dan orang ramai ingin tahu siapa yang membenarkan bahan letupan tersebut di berikan kepada 2 anggota polis yang dihukum kerana membunuh wanita tersebut. Rekod imigresen wanita tersebut tidak dapat dikesan.
Siapa yang mengarahkan rekod tersebut dihapuskan? Kedua anggota polis tersebut langsung tidak mengenali wanita yang mereka bunuh itu. Apakah motif kedua tertuduh untuk membunuh? Adakah wanita tersebut membangkitkan kemarahan kedua tertuduh hingga mereka menembaknya dan meletupkan mayatnya dengan bahan letupan C4? Atau adakah 2 tertuduh cuma dipergunakan di dalam misi ini? Adakah mereka diarahkan atau dibayar untuk melakukannya? Atau adakah mereka prinsipal dalam melakukannya?
Baca sepenuhnya di sini
Satu yang terfikir, kenapalah hakim tak buat penghujahan bahawa Sirul dan Azilah membunuh Altantuya ketika mereka mengigau berjalan dalam tidur. Kan senang... selesai satu perkara. Tutup kes terus. Dari kata motif pembunuhan tak penting buat orang-orang law seluruh komenwel pening.
ReplyDelete