Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 28, 2013

Adik Ipar Ridhuan Tee Meninggal Jatuh Kondo

Ajal jatuh kondo
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
Ampang: “Arwah sering ke rumah saya kerana dia sangat rapat dengan kakaknya iaitu isteri saya.
“Malah, rumah saya juga tempat pertemuan dia dan empat anaknya yang dijaga bekas suami.
“Dia mengalami tekanan jiwa kerana menghadapi masalah rumah tangga dan sudah bercerai lebih dua tahun lalu,” kata penceramah terkenal Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 46.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kematian mengejut adik iparnya Wahida Nur Akhbar, 39, yang terjatuh dari tingkat 10 kondominium miliknya di Bandar Baru Ampang, di sini, pagi semalam.
AHLI keluarga menunggu di bilik mayat PPUKM
DR Mohd Ridhuan Tee
Dalam kejadian jam 6.40 pagi terbabit, mangsa ditemui telentang di tingkat tiga berhampiran kolam renang dengan kesan kecederaan di kepala.
Dr Mohd Ridzuan Tee ketika ditemui Harian Metro di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya selepas solat Subuh di Masjid Kampung Melayu Ampang, di sini.
“Saya dijemput menyampaikan kuliah, tetapi sebaik mendapat berita mengejutkan itu, saya bergegas pulang ke rumah. Adik ipar saya meninggal dunia di tempat kejadian.
“Saya menghubungi polis dan ambulans sebelum mayatnya dibawa ke PPUKM untuk dibedah siasat,” katanya turut memberitahu adik iparnya itu datang ke rumahnya sejak Jumaat lalu.
Katanya, sebelum kejadian, beliau keluar rumah jam 5.30 pagi untuk ke masjid berkenaan dan hanya isteri, dua anak serta mangsa tinggal di rumah.
Beliau berkata, kejadian disedari isterinya sebaik selesai solat Subuh dan mendengar dentuman kuat sebelum dia menjenguk ke balkoni mendapati mangsa terjatuh.
Difahamkan, mangsa anak bongsu daripada 10 beradik itu menetap di Puchong, dekat sini dan mempunyai empat anak berusia antara 13 dan 20 tahun di bawah jagaan bekas suaminya.
Jenazah mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Taman Bukit Teratai, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR).

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa