Artis terkenal era 80an, Noreen Noor meninggal dunia
22 Okt – Pelakon dan penyanyi yang terkenal pada era 80an, Noreen Noor telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi iaitu pada pukul 5.50 pagi di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
Allahyarhamah yang meninggal dunia pada usia 54 tahun akibat komplikasi buah pinggang. Jenazah Noreen dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.
Noreen yang popular dengan lagu "Siang Terbayang Malam Merindu" bukan sahaja terkenal melalui nyanyiannya, malah Noreen yang suatu ketika dahulu digelar sebagai 'artis paling seksi Malaya' juga popular di layar perak.
Antara filem yang pernah dibintanginya adalah filem "Talak" pada tahun 1980, "Hantu Siang", "Wira Angkasa" dan "Pelumba Malam"
Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak iaitu Danial Baharudin, 20, dan Diana, 10.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa