Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 19, 2014

Calon Lain Akan Hilang Deposit?

Sebenarnya ramalan Dato' Ujang ini aku pun tak yakin
Tapi mungkin selain calon dari BN kot yang akan hilang deposit tu?

‘Anwar akan menang 80% undi Kajang’
 | February 18, 2014
Datuk Ujang Bagong turut meramalkan calon lain akan kehilangan deposit dalam PRK bulan depan.
KAJANG:  Tokoh dermawan Datuk Ujang Bagong meramalkan bahawa calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang 80% undi dalam pilihanraya kecil (PRK) Kajang bulan depan.
“Anwar akan menang 80% undi rakyat. Yang lain akan mendapat 20% dan hilang deposit,” kata anak tempatan terkenal Kajang yang berumur 90 tahun.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah sebelum majlis hi-tea bersama Anwar di Sungai Kantan petang semalam.
Ujang seorang bekas anggota tentera dan banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan.  Beliau banyak menyumbangkan wang kepada masjid dan sekolah.
Selain itu beliau pernah memegang jawatan timbalan pengerusi Persatuan Mencegah Dah Malaysia (Pemadam) peringkat daerah Hulu Langat.
Dalam bidang politik pula beliau menyertai Umno “ketika zaman Datuk Harun Idris (bekas Menteri Besar Selangor dalam era 1970an)” dan meninggalkan Umno tiga tahun lalu.
“Saya hanya menyokong Anwar kerana politik Umno semakin kotor,” kata beliau.
Selain Anwar, calon MCA, bekas naib presiden PKR Zaid Ibrahim, calon Parti Generasi Baru, dan bekas pembantu pasukan peguam bela Anwar, Yuktes Vijay  turut berminat untuk bertanding.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari pengundian pada 23 Mac dan hari penamaan calon pada 11 Mac.
Dun ini mempunyai 38,965 pengundi dan jumlah peratusan pengundi yang mengundi dalam pilihan raya umum tahun lalu 87.9%.
Dari jumlah tersebut, 48% ialah pengundi Melayu diikuti oleh 41.1% Cina, 10% India dan 1% lain-lain.
Ujang menegaskan bahawa Anwar perlu memenangi kerana hanya Anwar berupaya menyatukan dan membela umat Melayu dan Islam.
Ketika ditanya mengenai Zaid, beliau berkata: “Zaid kacau daun saja. Dia dan yang lain akan hilang deposit. Lagipun dia bukan dari sini,” kata Ujang.
Beliau yang ditemui dalam pakaian kegemarannya baju jubah hijau dan songkok hitam merupakan tokoh tempatan yang pertama ditemui Anwar setelah diumumkan sebagai calon.
“Saya beri dia kata semangat dan nasihatkan tiga perkara. Yang pertama, bersatu kembangkan umat Nabi Muhammad saw, sayangkan umat manusia dan jangan bercanggah cakap,” kata beliau.

3 comments:

  1. kalau pun Anwar menang, apa yang dia boleh buat? haa..aku tau:
    1. meluaskan jajahannya untuk menjaja cerita2 mintak kesian
    2. port baru untuk kutuk PM
    3. port baru untuk cakap pasal konspirasi bangang.

    nasihat aku pada Anwar: BE THE SOLUTION, NOT THE PROBLEM POINTER

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kot jilat bontot Kak Ros?

      Delete
  2. Dalam dunia, seseorang yang sangat berpengaruh, mempunyai ramai pengikut, paling ramai penyokong... selalunya bukanlah terdiri dari orang2 yang baik. Banyak dah contoh sepanjang zaman... jadi berpada2lah dalam menyanjung seseorang... barangkali dia adalah fitnah dunia yang Allah turunkan, dan sangat ramai yang telah terjun dalam lembah tersebut....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa