Perjuangan mereka bukan kerana kepentingan rakyat marhaen tetapi korporat dan NGO yang berkepentingan
Padan muka Cina bawahan!
Ahli MCA protes tolak EGM Ahad ini
mk - 2:17PM - 20 Feb 2014
Hanya tinggal tiga hari sebelum berlangsungnya mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA untuk menyemak semula ketetapan menolak jawatan menteri dan sekumpulan kecil ahli parti itu mengadakan protes duduk di ibupejabatnya hari ini bagi menentang EGM itu Ahad ini.
Menggelar diri mereka sebagai jawatankuasa tindakan akar umbi MCA, berkumpul di hadapan bangunan ibupejabat parti itu pada jam 11 pagi untuk memulakan protes.
integriti parti", untuk menggesa kepimpinan parti itu menangguhkan rancangan untuk menerima jawatan dalam kabinet.
Salah seorang penganjur protes itu, Tong Ka Yan, mengancam untuk bermalam di bangunan tersebut sehingga EGM pada 23 Februari depan.
Ditanya bagaimana kalau bangunan itu ditutup pada waktu malam, beliau berkata: "Kita akan tinggal di luar bangunan itu, kita tak kisah walaupun digigit nyamuk. Ini adalah untuk parti!"
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata EGM itu perlu, berdasarkan permintaan perwakilan pusat, ahli perniagaan dan persatuan Cina, yang mahu MCA dalam kerajaan.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa