Ratusan perwakilan MCA hari ini keluar daripada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu apabila mereka mahu agenda mesyuarat hari ini ditentukan melalui undi rahsia.Usul tersebut dikemukakan hari ini untuk mengadakan pengundian secara undi rahsia dan bukannya melalui mengangkat tangan. Bagaimanapun, usul itu tidak mendapat sokongan yang diperlukan.
Antara mereka yang memilih keluar, bekas naib presiden Gan Ping Sieu berkata isu sama ada MCA perlu menyertai semula kabinet mencetuskan pertikaian dan beberapa perwakilan tidak mahu dilihat menentang kepimpinan baru parti itu.
"Rakan-rakan dalam parti sepatutnya dapat membuat keputusan mereka tanpa rasa takut atau memihak (sama ada untuk menyertai semula kerajaan) pada masa ini," katanya.
Wartawan tidak dibenarkan untuk mengikuti proses pengiraan dalam dewan di mana ia berlangsung tetapi ramai perwakilan dilihat meninggalkannya sewaktu pengiraan mengenai kewajaran MCA menyertai semula dalam kerajaan sedang berlangsung.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa