Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 18, 2014

Wah...Kebal Sungguh Taib Sehingga Berkuasa Menghalang Siasatan SPRM?

KM Sarawak sama taraf kebalnya dengan Raja-Raja Melayu?
Patutlah dia besar kepala sehingga menghina Pegawai-Pegawai SPRM yang menyiasatnya diibaratkan budak nakal!
Siapa yang berikan kuasa sebegitu besar?

Hakikatnya kita rakyat di Semenanjung tak payah ambil pot pun sebenarnya
Kita di Semenanjung tak rugi apa-apa pun sekiaranya benar dia menjarah apa saja di sana
Itu hak Rakyat Sarawak dan Taib adalah KM bagi mereka
Mereka yang pilih/undi Taib maknanya merekalah yang merelakan

Benarkan SPRM siasat pejabat KM S’wak
 | February 17, 2014
Siasatan tidak dapat diteruskan kerana pegawai SPRM sebelum ini dihalang masuk ke pejabat Ketua Menteri Sarawak
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak baru, Tan Sri Adenan Satem dinasihatkan supaya membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk menyiasat pejabat itu selepas dihalang Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata, Adenan Satem perlu memberikan kerjasama kepada SPRM menyiasat fail serta dokumen yang ada di pejabat Ketua Menteri Sarawak mengaitkan skandal rasuah dan penyelewengan Taib Mahmud.
“Adakah Satem akan memberikan kerjasama kepada SPRM sebaik saja menjawat jawatan Ketua Menteri dan menyerahkan dokumen walaupun dipercayai sebahagian besarnya dihilangkan pihak tertentu,” katanya di sini hari ini.
Katanya, ia penting ekoran siasatan dakwaan salah guna kuasa tidak dapat diteruskan kerana pegawai SPRM sebelum ini dihalang masuk ke pejabat Ketua Menteri Sarawak menyiasat harta kekayaan Taib Mahmud.
Mahfuz berkata, ini juga masa sesuai memandangkan Adenan juga dilaporkan tidak berhasrat mengugurkan mana-mana anggota Kabinet negeri yang terdahulu.
“Anggota kabinet sebahagian daripada saksi masalah berbangkit.
“Adakah Adenan akan terus mengekalkan budaya sama seperti mana mereka ini tidak pernah berani membantah Abdul Taib begitu juga tak berani membantah sebarang tindakan penyalahgunaan kuasa sepanjang zaman kepimpinan beliau,” soalnya.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga menasihati supaya SPRM, Pejabat Peguam Negara serta beberapa agensi siasatan bersikap telus memastikan Abdul Taib benar-benar bebas daripada sebarang salah laku sebelum mengemukakan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
“Ini sangat penting supaya YDPA ada maklumat cukup dan tak tersilap lantik orang yang boleh mencalarkan institusi di Raja,” katanya.
Minggu lalu, Taib mengumumkan Adenan sebagai penggantinya apabila menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Tuan Yang Dipertua Tun Abang Muhammad Salahuddin berkuat kuasa 28 Februari depan.
Sekaligus menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh sebagai TYT pada tarikh sama.
Adenan sebelum ini memegang jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas Sarawak dan juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), juga mempunyai pertalian keluarga dengan Abdul Taib.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa