Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 20, 2014

Di Kala Meteri Lain Kelu: Hari Ini Aku Kena Tabik Shahidan!

Menteri arah penguatkuasa agama hukum Kassim Ahmad serta merta
OLEH DIYANA IBRAHIM
FEBRUARY 20, 2014
Umno tidak beri kekebalan kepada Dr Kassim Ahmad, kata Datuk Seri Shahidan Kassim. Gambar fail.

Selepas semua pihak bersuara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa penguatkuasa agama bertindak menghukum Dr Kassim Ahmad serta merta susulan daripada kenyataan berunsur kontroversinya itu.
Beliau berkata, pemikir itu sudah tidak relevan lagi dalam masyarakat di Malaysia malah kenyataan anti hadisnya sejak dari awal lagi ditolak oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Majlis agama kena bertindak menghukum beliau serta merta, kenyataan dia (Kassim) bukan sahaja akan mencetuskan kucar kacir ia juga akan menimbulkan kekeliruan pada umat Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.
 "Umat Islam wajib percaya kepada Al-Quran, sifat Al-Quran itu adalah baik dan benar dan terkandung segalanya tentang  sifat peribadi Rasulallah," katanya. Beliau yang merujuk kepada kenyataan Kassim mendakwa umat Islam di negara ini terlalu mendewakan Nabi Muhammad, berkata ia seolah-olah mempertikaikan apa yang terkandung dalam Al-Quran.
Katanya, mengikut undang-undang syariah, seseorang yang mengeluarkan kenyataan sebegitu boleh dihukum kerana menyebabkan murtad dan memesongkan akidah.
Selain itu, Shahidan menafikan tuduhan bahawa Kassim kebal daripada tindakan biarpun mengeluarkan kenyataan demikian kerana hubungan baiknya dengan Umno.
Beliau menyifatkan Kassim terlalu 'lekeh' sekiranya hendak dibandingkan dengan Ulama Umno lain.
"Kenapa perlu dikaitkan dengan Umno, parti ini tidak pernah memberi sebarang kuasa kepada beliau, kita ada ulama sendiri ," katanya.
Selasa lalu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan kehairannya dengan sikap pemimpin Umno yang dilihat hanya berdiam diri dengan kenyataan Kassim itu biarpun secara jelas ia menghina agama Islam.
Malah bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mempertahankan Kassim dengan mengatakan banyak pihak tidak memahami intelektual Melayu yang pernah menjadi presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu.  
"Tuduhan Mahfuz itu merupakan perbuatan durjana fitnah yang bersifat biadap dan kurang ajar, kita tidak pernah mengiktiraf Kassim dalam parti.
 "Kassim membuat kesalahan apabila ia bertentangan dengan ajaran Islam di negara ini berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dia (Kassim) dengan seolah-olah mengeluarkan fatwa sendiri," katanya.
Katanya, kerajaan tidak pernah berganjak dengan undang-undang Islam negeri yang digubal oleh pemerintah Umno.
Dalam seminar pada Ahad lalu bertajuk "The Thoughts of Ahmad - A Review" anjuran Yayasan Perdana,  Kassim menuduh ulama mengawal Islam di Malaysia menggunakan sistem kasta paderi.

Selain itu, Kassim juga mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita apabila menyatakan rambut bukannya sebahagian daripada aurat.  – 20 Februari, 2014.

5 comments:

  1. Shahdan Khosim oiii.... kalau Pemimpin Pakatan yg keluarkan kenyataan mcm Dr Kassim Ahmad.
    Pagi nii buat kenyataan petang dah kena tangkap. tapi berbeza dgn "mangkok hayun" sorang niiii..... kenapa UMNO diam lama sangat ?

    ReplyDelete
  2. tahniah kpd shhahidan kassim kerana cakna agama. Tapi hairan, kenapa menteri lain masih berdiam

    ReplyDelete
  3. Comfirm tak akan diambil sebarang tindakan oleh kerajaan Umno.

    ReplyDelete
  4. mahathir harus ditangkap..tapi masalahnya kini...ketua bahagian umno bukit aman orang mahathir...

    ReplyDelete
  5. Aku taknak tutup periuk kasi...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa