Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 19, 2014

Korang Tengok Ada 'Nur'kah Pada Muka Mereka Ni?

Tak habis-habis buat kenyataan yang memalukan Islam
Kelakuan dan kata-kata langsung tidak membawa dan mendukung cara Islam
Kalau atas dasar Melayu, aku tak heranlah sebab perangai Melayu mana ada malu!

Lepas ugut dan ugut ni apa hal?
Di mana polis, di mana undang-undang?

Gedebe dan berani sangatkah mereka?
Yang aku nampak jenis muka yang akan lari tak cukup tanah kalau terdesak

Jangan perlekeh kesabaran Melayu, kata NGO Islam ‘tampar dan sembelih’

OLEH TRINNA LEONG DAN SYAHIRAH RASHID
FEBRUARY 19, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 19, 2014 08:59 AM
Setiausaha Agung Permas, Zulkifli Sharif (kanan) dan Presiden Perkib, Mohd Mokhtar Ghazali ketika ditemubual. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 19 Februari, 2014.

NGO Melayu yang mengupah tampar Teresa Kok mengingatkan, masyarakat Melayu umpama "gunung berapi" yang akan meletus jika isu perkauman terus dilagakan di Malaysia.
Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Zulkifli Sharif memberi amaran kepada pemimpin Malaysia agar jangan memperlekehkan bangsa Melayu dan agama Islam, kerana kesabaran orang Melayu ada batasnya.


"Budaya orang Melayu suka mendiamkan diri dan selalu mengalah. Kita ibarat gunung berapi, bila satu meletup, semuanya hancur," katanya kepada The Malaysian Insider.
Antara NGO lain yang terlibat adalah Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyah (Pekida).Permas adalah salah satu daripada 30 NGO dalam Majlis Jemaah NGO Islam yang menganjurkan perhimpunan 'tampar dan sembelih' pada awal Februari lalu demi membantah klip video Tahun Baru Teresa Kok.
Zulkifli berkata, gerakan mereka mempunyai lebih daripada 500,000 ahli yang tidak sewajarnya diambil remeh kerana mereka akan terus membuat bantahan sekiranya terdapat provokasi daripada mana-mana pihak.
"Kita bergerak sebagai kumpulan pendesak, tidak kira sama ada terhadap kerajaan mahupun Pakatan Rakyat (PR). Sesiapa pun boleh mencetuskan keharmonian dan kestabilan negara.
"Kita tidak mahu keamanan digadaikan dan mahu rakyat Malaysia hidup dengan aman seperti mana kita hidup pada zaman dahulu," katanya.
Menyentuh isu perhimpunan 'tampar dan sembelih', beliau berkata, klip video Tahun Baru Cina oleh Kok, yang bertajuk "Onederful Malaysia" itu, menghina masyarakat dan ketuanan Melayu.
"Beliau (Kok), menyebut 'Melayu sial' dan 'Melayu Si' yang bermaksud 'Melayu mati'. Ini satu provokasi. Tidak kiralah bahasa apa sekalipun, kita harus peka dengan budaya dan agama," katanya.
Sebelum ini, Kok pernah berkata bahawa video beliau hanya sekadar jenaka itu disasarkan kepada penonton yang fasih berbahasa Cina.
Kok berkata, perkataan yang digunakan dalam klip videonya, iaitu "Ma Lai" bermaksud "kuda datang", manakala "sai lei ah" pula bermaksud "sangat hebat".
Beliau juga membidas dakwaan bahawa klip videonya menghina masyarakat Melayu, tentera negara serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bagaimanapun, Presiden Perkib, Mohd Mokhtar Ghazali, berkata klip video Teresa Kok itu adalah rancangan yang disengajakan.
"Berjenaka itu menampilkan diri kita yang sebenarnya. Jadi saya tidak anggap ini lawak. Klip video itu mempunyai skrip sendiri, jadi sesuatu yang mempunyai skrip itu adalah dirancang. Kok adalah ahli Parlimen paling bodoh kerana mencetuskan isu perkauman," kata Mokhtar yang juga ahli Umno Bahagian Jerantut.
Berikutan marah dengan tindakan Kok, Majlis Jemaah NGO Islam menawarkan RM1,200 kepada mereka yang berani menampar ahli Parlimen Seputeh itu serta melumurkan darah kepada sepanduk yang mamaparkan wajah pemimpin DAP dan PKR.
Zulkifli berkata, sehingga kini tiada seorang yang tampil untuk menuntut ganjaran tersebut, dan ganjaran sudah dinaikkan kepada RM2000.
"Kita bukan mahu tamparan yang boleh mencederakannya, atau yang boleh memudaratkan, ini hanya setakat amaran. Ini bukan ancaman nyawa, mungkin beliau merasakan bahawa ia satu ancaman kerana privasinya dicerobohi," katanya dan menambah bahawa demonstrasi mereka mendapat sokongan daripada semua ahli kumpulan di seluruh Malaysia.
Sebelum ini, Majlis Jemaah NGO Islam pernah terlibat dalam beberapa insiden termasuk, demonstrasi kepala lembu pada 2010, isu suara azan di Masjid Kampung Kerinchi pada 2011, serta menyertai perhimpunan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di luar Mahkamah Persekutuan tahun lalu, setelah mahkamah memutuskan larangan menggunakan kalimah Allah dalam akhbar Katolik, Herald.
Bagaimanapun, Zulkifli berkata, tujuan asal kumpulan mereka adalah aktiviti kebajikan dan membantu rakyat, tetapi akan meneruskan demonstrasi sekiranya provokasi dan penghinaan terhadap raja Melayu dan agama Islam berterusan.
"Mungkin aktiviti kami sebelum ini tidak terserlah kerana kita tidak pernah membuat sesuatu perkara yang menimbulkan kontroversi. Contohnya seperti gimik bantahan 'sembelih ayam'," katanya.
Mokhtar berkata, kumpulan mereka tidak bersifat perkauman tetapi hanya mahukan Malaysia yang dilalui pada zaman kanak-kanak mereka terus kekal.
"Saya tidak mahu satu hari nanti, Cina dan Melayu tidak boleh duduk di satu meja kerana pergolakan agama dan bangsa,” katanya.
Bekas tentera itu berkata, beliau berjiran dengan kaum India dan Cina dan tidak pernah mengalami sebarang masalah, tetapi bimbang sekiranya ketegangan agama berlaku disebabkan provokasi daripada pemimpin politik terutama daripada DAP.
Zulkifli dan Mokhtar menyuarakan kekecewaan mereka terhadap penguatkuasaan undang-undang berkaitan alam siber dan menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengkaji semula undang-undang mereka agar pesalah dapat dikenakan hukuman yang lebih berat.
Mereka juga mengharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis menguatkuasakan Akta Kesalahan Keselamatan 2012 (Sosma) dengan berkesan dan menjanjikan sokongan padu daripada NGO Islam.
"Bila orang Melayu hilang kesabaran, pertimbangan dan mengamuk, mereka mungkin boleh bertindak diluar batasan. Itu yang kita takut. Sejarah Melayu pun ada sebut tentang Jebat yang mengamuk.
"Kita tidak mahu itu terjadi. Takut generasi akan datang tidak akan hidup berdamai dan ada sikap dendam," kata Zulkifli.
Zulkifli dan tiga lagi baru-baru ini disoal siasat oleh polis berikutan protes "ayam dan tampar". - 19 Februari, 2014

7 comments:

  1. Pertubuhan pukimak...memusnahkan bangsa melayu...bangsa asing dok gelak jer...bodo punya Pertubuhan melayu...

    ReplyDelete
  2. Siapa berani ludah kahak kat muka depa berdua ni akan dapat ganjaran lima kupang 5 duit. Ok ada brani.

    ReplyDelete
  3. jebat mengamuk kerana keadilan n satu lagi yang sorok tuah pun satu pasai jugak apa pasai tak bagi tau jebat.ini semua cerita.
    orang melayu mengalah sapa suruh mengalah dengan penjajah britis dulu
    mana ada nur tengok muka pun tak cun

    ReplyDelete
  4. Marah tak tentu fasal; bongok. Dahlah tak faham bahasa cina, bacalah terjemahan penuh dialog video tersebut dalam Bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh DAP. Asyik2 percaya dengan permainan fitnah utusan meloya,berita hairan dan tv3/4.Dah tu tak faham2 kenapa tak ada orang nak hadiah RM1500 tu untuk buat kerja bacul. Hei, mangkuk!! Kenapa awak sendiri tak berani pergi tampar?? Cakap berdegar2, tapi telor sendiri kecut dan surok dalam poket.

    ReplyDelete
  5. muker demer berdua ni, mcm muker khinzir, lbh2 lg di paras hidung yg gambar kanan tu! sesuai sgt la menyokong umporno, coz fitnah memg dh jd darah daging demer, ahli2 umporni!

    ReplyDelete
  6. muka tak handsome tak pe, asal akhlak mulia. sudahlah rupa paras teruk, perangai pulak hudoh, inilah orang yang jauh dengan islam dan dekat dengan umno. Kerana umnolah melayu jadi harubiru. akidah teruk, akhlak teruk, dan jauh dari hidayah Allah.

    ReplyDelete
  7. Kalau setakat Tresa Kok nak hina Rosmah dan Rajagopal (free loader) tu, aku akan sokong 1000%. Tak payah lAh nak bermusuh dengan Cina kalau setiap isi rumah ada yg jadi kuli di kedai-kedai Hardware dan pasaraya-pasaraya milik taukeh Cina. Setiap dasar atau bisnes yg dibuat oleh parti Iblis UMNO maka ianya pasti menguntungkan Cina sebab? Sebab Cina Cukup kuat dan bijak merasuah dan Melayu pula cukup kuat makan rasuah. Maka jangan salahkan Cina di atas ke kafiran Melayu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa