Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 21, 2014

Malukah Najib?

Dua kali Najib dimalukan
 | February 20, 2014
Bukan sahaja beliau meletakkan jawatan malah Pengerusi Hindraf itu mendesak Najib berundur.
ANALYSIS
PETALING JAYA: Dua kali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dimalukan. Kali pertama pada bulan November lalu apabila Ustaz Elias Kazim menolak perlantikan ahli majlis tertinggi Umno sedangkan Umno sudah membuat pengumuman rasmi mengenai perlantikan tersebut.
Kali kedua, minggu lepas apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy meletakkan jawatan kerana kegagalan Najib memenuhi janji-janji dengan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).
Bukan sahaja beliau meletakkan jawatan malah Pengerusi Hindraf itu mendesak Najib berundur. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin merupakan menteri yang pertama mempertahankan Najib.
Menurut beliau, Waythamoorthy sebaliknya perlu menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal bekerja sebagai satu pasukan dan tidak efektif dalam membawa perjuangannya ketika diberi peluang menganggotai Kabinet.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno mendedahkan, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertindak menuntut kesemua bajet kerajaan melibatkan masyarakat India untuk diletakkan di bawah kawalannya.
“Waythamoorthy ingin mengawal semua transaksi kewangan dan membelakangi kementerian-kementerian dan agensi kerajaan. Kerajaan tidak beroperasi sebegini. Apabila beliau tidak mendapat perkara tersebut, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri,” katanya dalam akaun Twitternya semalam.
Hari ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan desakan Wathyamoorthy itu sebagai biadab dan melampaui batas.
Katanya, sikap Waythamoorthy yang cuba menyalahkan kerajaan khususnya Perdana Menteri pada hakikatnya, merupakan permainan politik beliau untuk menutup sikapnya yang mementingkan diri.
Naib Presiden Umno itu berkata tindakan beliau selaku Timbalan Menteri yang menuntut agar semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik, seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.
Menurut Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam ,P. Waythamoorthy hanya bergerak sendiri tanpa merujuk kepada MIC berhubung permasalahan kaum India sepanjang menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, jika betul Waythamoorthy ingin memperjuangkan isu-isu masyarakat India di negara ini, beliau seharusnya berusaha mendapatkan maklumat daripada MIC.
Kata beliau, sikap pemimpin Hindraf itu menggambarkan beliau seolah-olah bergerak secara peribadi dan bukan mewakili keseluruhan pemimpin masyarakat India di negara ini.
“Beliau tidak gunakan peluang yang diberikan untuk membantu masyrakat India, beliau hanya bergerak secara peribadi tanpa mengambil kira pandangan pihak lain, perlu diingat segala prosedur kerajaan kena diambil kira,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Bagi Ketua Penerangan PPP, Datuk A. Chandrakumanan pula, P. Waythamoorthy diminta mencermin dirinya sendiri sebelum menuding jari terhadap Perdana Menteri, kononnya gagal menaik taraf kaum India.
Beliau mendakwa, Waythamoorthy sebenarnya telah mengkhianati amanah terhadap kaum minoriti itu kerana lebih mementingkan agenda peribadi beliau.
“Siapa dia untuk mengeluarkan kenyataan agar Perdana Menteri perlu meletak jawatan? Dulu dia gunakan alasan yang sama dan membuat demonstrasi. Kemudian ‘melarikan diri’ dan hidup mewah di London.
“Kemudian dia kembali lagi, diberi pula jawatan Timbalan Menteri dan Senator. Waythamoorthy menggunakan alasan sama kononnya masyarakat India terbiar hanya kerana permintaan kewangan tidak dipenuhi, saya minta dia cermin diri dulu,” katanya dalam satu kenyataan.
Nampaknya isu peletakan jawatan Warthamoorthy akan menjadi isu yang panas seminggu dua ini. Siapa yang bersalah dalam soal ini? Adakah Najib penipu seperti kata Warthamoorthy atau adakah beliau tidak faham bahawa beliau bukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri?
Beliau adalah sekadar timbalan menteri. Apa yang timbalan menteri boleh buat? Bukannya beliau seorang menteri penuh seperti Khairy atau Hishammuddin yang ada kuasa eksekutif untuk mengawal bajet kementerian. Meletakkan semua bajet yang ada di kementerian masing -masing semata-mata untuk membantu kaum India memanglah tidak lojik.
Contohnya, pinjaman TEKUN terletak di kementerian lain, maka sudah tentu bajet itu tidak dapat dipindahkan di bawah kawalan Waythamoorthy. Begitu juga peruntukan sekolah tamil terletak di bawah Kementerian Pelajaran. Takkan peruntukan itu hendak dipindah ke Jabatan Perdana Menteri.
Tambahan pula takkan Najib mahu membelakangkan MIC kerana MIC dianggap parti yang mewakili orang India di Malaysia. Seperti kata Dr Subramaniam, Waythamoorthy sepatutnya merujuk kepada MIC untuk mendapat maklumat mengenai bantuan kerajaan kepada orang India.
Dari dahulu ramai yang berkata langkah Najib melantik beliau sebagai timbalan menteri memang satu tindakan yang silap kerana Najib mengiktiraf Hindraf sedangkan pertubuhan itu tidak berdaftar dengan ROS. Sudah tentu tindakan Najib itu menyinggung MIC yang begitu lama setia dalam Barisan Nasional.
Oleh itu biarlah Waythamoorthy berada di luar kerajaan. Kalau beliau rasa Hindraf itu kuat, maka biarlah Hindraf mencabar MIC dalam PRU ke 14 nanti. Biar masyarakat India menentukan siapa yang patut mewakili mereka, sama ada MIC atau Hindraf?

3 comments:

  1. Menurut Datuk Seri Dr. S. Subramaniam , jika betul Waythamoorthy ingin memperjuangkan isu-isu masyarakat India di negara ini, beliau seharusnya berusaha mendapatkan maklumat daripada MIC. Dey, lu ingat mau tipu sama itu Warthamoorthy boleh curi itu duit ka? Apa MIC sudah bikin sama itu Maika lagi mau main tipu. India sekarang tarak bodoh kasi percaya sama MIC ciit poodahh!

    ReplyDelete
  2. Itu la..jgn lepaskan anjing tersepit, nanti slps tu betis kita pula dgigitnya

    ReplyDelete
  3. Memang kena sangat dan amat sesuai dengan permainan politik "play safe" Najib. Baru padan muka..........

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa