Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 19, 2016

Nampaknya tektik politik gila telah menular ke sebelah sana!

Amanah Tidak Anjurkan Ceramah Mega Perdana Kubang Kerian.

Berhubung dengan satu poster ceramah yang bertajuk "Ceramah Mega Perdana Kubang Kerian 2016 yang menampilkan barisan bekas Ahli Parlimen dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, adalah dengan ini pihak Parti Amanah Negara Kawasan Kubang Kerian menafikan sekeras kerasnya keterlibatan pihak Amanah sebagai penganjur bagi majlis ceramah berkenaan.

Adalah difahamkan bahawa Ceramah tersebut bakal dianjurkan oleh pihak NGO,dan pihak Amanah Kawasan Kubang Kerian sehingga hari ini masih belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung perkara tersebut.

Pihak Amanah Kawasan Kubang Kerian merasa kesal dengan budaya fitnah yang disuburkan dalam keadaan iklim politik di negeri ini yang agak hangat sejak kebelakangan ini.

Amanah komited mempelopori gaya politik matang,budiman dan progresif serta menolak sekeras kerasnya budaya politik kotor seperti yang cuba ditonjolkan oleh sesetengah pihak.

Walaubagaimanapun,sehingga saat ini,pihak Amanah masih menghulurkan tangan sebagai tanda berkerjasama dengan mana-mana pihak yang komited menentang kezaliman Barisan Nasional,dan terus memperjuangkan aspirasi rakyat dalam menumbangkan rejim zalim BN.

Sekian,terima kasih.

Amanah,Progresif,Peduli

Muhd Ariff Bashiruddin Muhd Rusli
Setiausaha Kawasan
Parti Amanah Negara Kawasan Kubang Kerian.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa