Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 22, 2016

Tang ni pula, apa respon Najib dan Apandi?

Najib - Apandi perlu bagi komitmen pada saranan Majlis Raja-raja pinda Akta MKN
 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Mohd Najib Razak (kiri) dan Tan Sri Mohamed Apandi AliDatuk Seri Mohd Najib Razak (kiri) dan Tan Sri Mohamed Apandi AliPas mendesak agar Peguam Negara dan Perdana Menteri tidak mendiamkan diri dan perlu menunjukkan komitmen bahawa Rang Undang-undang Majlis Tindakan Negara (RUU MKN) akan diperhalusi mengikut saranan Majlis Raja-Raja, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Beliau berkata Peguam Negara dan Perdan Menteri perlu memperincikan pindaan yang dijangka dibuat dan tarikh pindaan akan dibentang semula di parlimen sebagai tanda menghormati dan menjunjung Rukun Negara ke-2 – Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
"Pas menyokong saranan Majlis Raja-Raja untuk menyemak semula beberapa peruntukan dalam RUU MKN," ujarnya dalam satu kenyataan.
"Pada 18 Februarilalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau akan mengkaji semula beberapa seksyen di bawah Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN).
" Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pula berkata beliau mengambil maklum mengenai desakan Raja-Raja Melayu.
"Diharap PM dan Peguam Negara tidak menggunakan taktik membisu dan melupa sehingga saranan Majlis Raja-Raja dilupakan sama sekali." katanya.
Selain itu, Pas juga memohon Majlis Raja-Raja menitahkan Peguam Negara untuk menilai semula keputusannya untuk mengetepikan siasatan SPRM terhadap skandal derma RM2.6 bilion dan SRC International yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.
"Isu ini masih penting kerana persoalan yang masih membeleggu rakyat ialah - apakah SPRM yang membersihkan PM daripada sebarang tuduhan atau Peguam Negara sendiri yang mengambil keputusan berlainan daripada hasil siasatan SPRM?
"Jika SPRM menyarankan agar PM didakwa, apa pula alasan Peguam Negara untuk bertindak sebaliknya?" soalnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa