Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 14, 2017

Ciss......senang-senang jer rogol anak orang!

Baru 5 hari bekerja, remaja dirogol pengurus kedai
NUR FARHANA ABDUL MANAN  -  9 NOVEMBER 2017
PUCHONG – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berdepan detik hitam apabila dirogol pengurus kedai tempatnya bekerja di rumah suspek berusia 50 tahun itu, di sini, baru-baru ini.

Mangsa yang baru lima hari bekerja sebagai pembantu kedai kek di Seri Kembangan itu dikatakan menumpang kereta suspek yang datang mengambilnya di rumahnya di Puchong Jaya.

Pengurus terbabit kemudian menyatakan dia perlu ke rumahnya untuk mengambil barangan yang didakwa tertinggal.

Sumber berkata, apabila sampai di pangsapuri milik suspek, mangsa diminta masuk ke dalam rumah namun dia pada mulanya enggan menuruti arahan itu.

Setelah beberapa kali dipujuk, mangsa akhirnya masuk ke dalam rumah dan dibawa ke bilik tidur sebelum diraba dan dipeluk.

“Mangsa menepis perbuatan suspek dan cuba melarikan diri namun lelaki tua tersebut terus menariknya dengan paksa dan menolaknya ke atas katil.

“Suspek merogol remaja itu tanpa mempedulikan kata-kata mangsa yang dia sedang datang bulan.

"Suspek juga sempat beritahu kepada mangsa kesakitan pertama kali mengadakan hubungan seks selepas mangsa mengadu sakit,” katanya.

Kata sumber itu lagi, pengurus kedai berkenaan mengenakan kondom apabila mangsa mengatakan dia bimbang jika mengandungkan anak suspek.

“Suspek kemudian merogol mangsa dalam tandas dan mandi bersama remaja itu sebelum menghantarnya pulang ke rumah.

“Sebelum itu suspek sempat memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi menerusi WhatsApp, mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, suspek ditahan di sebuah hotel di Puchong, kira-kira jam 3.45 pagi ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa