Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 26, 2017

Masjid di Sinai diserang: Angka kematian meningkat kepada 305 orang

Angka kematian serangan masjid di Sinai meningkat kepada 305
Astro Awani, Agensi | Diterjemahkan oleh: Rosmanizam Dali 
Diterbitkan pada November 25, 2017 23:28 MYT
Angka kematian terus meningkat dengan jumlah terkini 305 mangsa termasuk 27 daripadanya kanak-kanak manakala 128 mangsa dilaporkan cedera

KUALA LUMPUR: Angka kematian daripada kejadian serangan di sebuah masjid di Mesir meningkat kepada lebih 300.

Menurut agensi berita Mesir, MENA, angka kematian susulan insiden itu meningkat kepada 305 orang termasuk 27 kanak-kanak.

Kejadian merupakan serangan terburuk di dunia sejak insiden pada 11 September di Amerika Syarikat 16 tahun lepas.

Seramai 128 orang cedera dalam serangan pada hari Jumaat itu yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan Daish.

Dalam kejadian bom diletupkan di Masjid Rawdah yang terletak di Bir al Abed, Utara Sinai sebelum kumpulan itu menembak mangsa yang melarikan diri di perkarangan masjid.

Menurut kenyataan Ketua Pendakwaraya Mesir, Nabil Sadeq, kumpulan itu dilihat menyibarkan bendera kumpulan militan Daish.

Sementara itu, Presiden Mesir Abdel-Fattah el-Sissi berkata mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka keadilan dan berjanji untuk bertindak balas dengan tegas.

“Pihak tentera dan polis akan membela kematian saudara kita dan memastikan negara kita ini kembali selamat dan stabil dalam masa terdekat,” beliau berkata dalam satu ucapan yang disiar secara langsung.

Imam besar Masjid Al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayeb mengutuk keras-kerasnya serangan itu.

Awal Sabtu pihak tentera melancarkan serangan udara di Sinai dan mensasarkan beberapa kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu.

Jurucakap tentera berkata beberapa lokasi yang dipercayai digunakan kumpulan militant untuk menyimpan senjata turut dimusnahkan.

Dalam pada itu Nabil berkata 25 hingga 30 ahli kumpulan militan dikatakan mengepung masjid berkenaan sebelum lakukan serangan.

Mereka turut membakar beberapa kenderaan yang terletak di perkarangan masjid bagi menghalang laluan keluar.

Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas insiden itu yang dikatakan paling buruk dalam sejarah Mesir.

Presiden Abdel-Fattah mengisytiharkan tiga hari berkabung di Mesir dan berkata sebuah makam akan dibina bagi memperingati mereka yang terkorban dalam serangan itu.

Mangsa cedera dikejarkan ke beberapa hospital di Ismailia, berdekatan dengan Terusan Suez.

Jenazah mangsa turut di hantar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk disemadikan pada Sabtu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa