Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 24, 2017

Setiausaha politik siapa pula yang merompak ni?

Setiausaha politik, 3 polis ditahan kerana merompak
TMI · Diterbitkan pada 24 Nov 2017 11:46AM

SEORANG lelaki berusia 34 tahun dipercayai setiausaha politik ditahan bersama tiga lagi anggota polis ditahan kerana didakwa merompak seorang ejen insurans awal bulan ini, lapor mStar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata suspek itu pada awalnya direman lima hari bermula 19 November, kemudian disambung sehingga Isnin depan.

Polis turut menahan seorang lagi suspek berusia 30 tahun dilaporkan bertugas sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Dia direman sehingga Ahad ini. Dia sebelum ini direman sehingga Rabu, lapor mStar.

Turut ditahan reman sehingga Rabu ialah dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Semua suspek didakwa merompak ejen insurans berusia 51 tahun pada 12 November.

Difahamkan tiga lelaki itu masuk ke pejabat ejen, mendakwa sebagai anggota polis dan menerima aduan daripada mangsa seterusnya menjalankan siasatan.

Salah seorang daripada mereka kemudian mengarahkan ejen itu menunjukkan MyKad serta wang tunai yang disimpan di pejabat untuk diperiksa dan kemudian diarahkan untuk mengikutinya ke balai polis, lapor mStar.

Apabila ejen pulang ke pejabat untuk mengambil begnya, tiga lelaki itu melarikan diri bersama-sama dengan tunai yang RM4,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rompakan berkumpulan. – 24 November, 2017.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa