Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 21, 2017

Diugut dan tayang pistol

Abang kepada menteri Sabah didakwa tayang pistol, ugut pemandu Uber
FMT Reporters | November 21, 2017

Suspek berusia 75 tahun yang merupakan bekas menteri di Sabah, dibebaskan selepas keterangannya direkodkan.

PETALING JAYA: Polis menahan abang kepada seorang menteri di Sabah bergelar Tan Sri pada malam Ahad bagi membantu siasatan dakwaan beliau mengugut seorang pemandu Uber dengan pistol dalam sebuah kemalangan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dipetik China Press mengesahkan suspek berusia 75 tahun itu dibebaskan selepas keterangannya direkodkan.

“Kami juga akan mengambil keterangan daripada pemandu Uber itu,” katanya sambil menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan siasatan masih dijalankan.

Suspek bergelar Datuk yang pernah menjadi menteri di Sabah itu, didakwa mengugut pemandu Uber berusia 65 tahun dengan pistol.

Pemandu Uber itu yang tampil pada sidang media di pejabat DAP Sabah Sabtu lalu berkata, kemalangan berlaku pada senja Khamis lalu dalam keadaan hujan, berhampiran muzium negeri.

Beliau berkata, lampu belakang keretanya pecah akibat pelanggaran dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota dan ketika berunding, suspek tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol dari pinggangnya dan mengugutnya.

Katanya, beliau hanya mengetahui suspek ialah abang kepada seorang ahli politik selepas kemalangan itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa