Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 28, 2017

Ini baru selesai kes dadah........

2 tertuduh bakar sekolah tahfiz dilepas, dibebas kes dadah

  | November 28, 2017
Dua tertuduh yang masing-masing berusia 12 tahun dan 16 tahun dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan memasukkan ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL.
KUALA LUMPUR: Seorang remaja 16 tahun yang menghadapi pertuduhan membunuh 21 pelajar dan 2 guru dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah itu, hari ini dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret Kanak-kanak atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.
Majistret Zilfinaz Abbas juga membebas dan melepaskan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun atas pertuduhan dadah itu, selepas laporan Makmal Patologi Hospital Kuala Lumpur mendapati kedua-dua lelaki itu bebas pengaruh dadah.
Peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin yang mewakili kanak-kanak itu dan Joanne Chua Tsu Fae yang bertindak bagi pihak remaja tersebut berkata, pihak pendakwaan juga menarik balik pertuduhan terhadap kedua-dua anak guam mereka.
Svetlana dan Joanne ditemui pemberita selepas prosiding secara tertutup di Mahkamah Majistret Kanak-kanak hari ini.
“Laporan patologi terhadap anak guam saya negatif dan pendakwaan tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya dan dia dilepas dan dibebaskan,” kata Svetlana yang turut menyampaikan rasa syukur ahli keluarga kanak-kanak terbabit dengan keputusan itu.

Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu tidak boleh dibebaskan kerana menghadapi pertuduhan membunuh 21 pelajar dan 2 guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah.
Kanak-kanak dan remaja terbabit didakwa memasukkan 2 jenis dadah, iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada 11.35 pagi, 16 September lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum 2 tahun serta perintah pengawasan polis selama 2 tahun.
Chua juga memaklumkan seorang lagi anak guamnya yang berumur 16 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dan mahkamah menetapkan 5 Januari depanuntuk pengurusan kes dan serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah serta Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Nordin Ismail.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa