Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 1, 2009

Nafsu Pula Mengamuk

Sambil bersantai di hadapan komputer, terfikir pula membuka satu perkara yang mungkin kita tidak sedari. Semua orang tahu di bulan Ramadhan ini dikatakan Syaitan dibelenggu/dipasung. Tetapi hakikatnya Nafsu pula bermaharajalela. Kebanyakan kita menjadi tamak kerana diuja oleh Nafsu.

Bila nak berbuka kita tamak dengan selera kita mahukan apa saja walau di akhirnya kita membazir. Kita menyedia/membeli terlalu melebihi kemampuan makan kita.

Bila bersolat Tarawih kita mahukan Imam yang cukup cantik dari segi bacaan/hafalan, suara, cergas dan mempu membaca surah yang panjang. Kerana apa? Kerana gilakan Pahala. Kononnya bila kita lakukan dengan lebih dan baik, kita akan dikurniakan Pahala yang banyak. Kita lupa yang bukan semuanya yang kita lakukan dengan keikhlasan. Ikhlaskah kita bila kita bersolat, kita mengharapkan sesuatu dari Allah? Layakkah kita yang dilahirkan sebagai seorang Hamba meminta-minta atau berharapkan sesuatu dari Tuannya sebagai upah? Memang Allah berjanji tatapi bukankah semuanya adalah di atas kemurahan, pengasihnya? Lupakah kita dengan "Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada ku" . Ini bermakna semua yang kita lakukan kengikut apa yang dikehendaki Allah adalah tugas kita yang asasi/hakiki.

Bila bersedekah, kita akan mencari siapa yang dianggap golongan yang sebaiknya menerima sedekah. Tetapi kita lupakan jiran dan anak Yatim di keliling kita. Di bulan Ramadhan ini jugalah kita berebut-rebut untuk bersedekah dan sebagainya sedangkan di masa-masa yang lain kita abaikan. Itu juga kerana tamak mengejar Pahala. Bukankah ketentuan Syurga dan Neraka adalah ketentuaNya? Atas rahmatNya. Apakah tanpa keikhlasan, ganjaran yang Allah janjikan akan tertunai?

Pada bulan Ramadhan juga kita rajin membaca Alqur'an. Ini juga kita lakukan kerana pada bulan Ramadhan limpahan pahala berlipat kali ganda. Jadi ikhlaskah kita apabila habis saja Ramadhan kitab suci Alqur'an akan kita tinggalkan sebagai hiasan tanpa kita mendalami isi Alqur'an itu untuk diamalkan?

Begitu juga qiamullail selain dari Tarawih cukup rajin kita lakukan tetapi kenapa tiada istiqamah?

Cara berpakaian juga sama. Berapa ramai dari kita yang lelaki berkopiah ke pejabat sedangkan G.O kata tidak boleh. Selepas bulan Ramadhan kopiah entah ke mana songkok juga ditapakan. Bukankah itu juga satu lakonan untuk mewarakkan fizikal, bukannya Rohani? Siperempuan pula siap bertudung dan mekup pun dikurangkan atau tidak berhias langsung. Betul siisteri hanya berhiasa untuk suami tetapi kenapa di masa yang lain mereka ke pejabat dengan hiasan yang melebihi dari di rumah untuk tatapan suami?

Maaf, apa yang saya ungkitkan di atas semuanya bagus sekiranya kita melakukannya dengan ada keihklasan dan dibuat dengan istiqamah. Tetapi kalau tidak ada kedua-keduanya maknanya kita sengaja membiarkan diri kita diperkudakan nafsu!. Kita menganggap pahala adalah hak kita.

Walau apa pun yang saya katakan, masih terlalu banyak ruang untuk diperbahaskan. Silakan supaya pengentahuan kita bertambah dan fikiran kita bercambah.

26 comments:

  1. Memang dah jadi adat org melayu agaknya bila masuk bulan Ramadhan baru nak berbuat ibadat seolah2 hanya pada bulan ramadhan sajalah baru segala amalan kebajikan diberikan pahala oleh Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam sdr. ijok2009

    Rasanya salah penerangan atau salah fahaman. Ditambah pula orang kita malas merujuk dan malas berfikir.

    ReplyDelete
  3. salam Uncle....mmmm ni mesti kes ikan fresh dalam peti ais...hehehe gurau je uncle...walaubagaimana pun saya setuju dgn uncle..sesuai diulang terutama kepada diri saya yang jahil ni...apa2 perkara dlm hidup nih ikhlas adalah perkara utama...ramai kita nih mulut kata itu rohani kata lain atau tak tau langsung apa kata rohani pun mmg problem jugak...selagi tak beriman kepada rukun islam pertama...maknanya tak pass lagi apatah lagi perkara solat,puasa dan lain...terima kasih uncle

    ReplyDelete
  4. masa di masjid..hati suci bersih,,tapi bila keluar masjid..nafsu serakah menjadi raja dalam amalan..

    ReplyDelete
  5. salam Tuan MW..

    Agaknya itulah yang dinamakan Bulan penuh kerahmatan dari seribu bulan. Walaupun perubahan individu hanya pada bulan Ramadan Al-Karim ini sahaja tetapi hakikatnya kadangkala perubahan itu datang dengan sendirinya tanpa disuruh. Wallahuaalam.

    ReplyDelete
  6. Salam abg. Dah memang mcm tu sikap kita gamaknya. Kadang2 saya tgk, bukan bulan puasa je, ari jumaat pun perempuan2 yg pakai seksi2 pakai baju kurung or pakaian yg lebih sopan. Mungkin dia ingat pahala utk hari jumaat tu boleh cover ari2 lain. :D

    ReplyDelete
  7. W'salam zikri

    Peringatan ini bukan saja untuk orang lain bahkan untuk diri uncle juga.

    Keihklasan adalah penentuan utama keredhaan Allah di dalam apa-apa hal sekali pun terutama di dalam ibadah.

    Tentang rukun islam yan pertama, adakah kita menyoal kenapa Shahadah dirukunkan sebagai rukun Islam pertama? "Aku bernaik saksi tiada Tuan melainkan Allah dan Aku bernaik saksi Muhammad adalah Rasulallah"

    ReplyDelete
  8. Salam Uncle,

    Majoritinya muslim Malaysia (mungkin) telah terdidik dengan budaya turun temurun (Islam Baka).

    Penjelasam serta penerangan dalam bentuk fekah sahaja, itulah sebab pengamalannya kepada yang asas sahaja.

    Kesimpulannya masih ramai yang tidak ikhlas dalam beribadat. Jika hendak di ulas panjang lebar jadinya dan akhir sekali Kerajaan juga yang salah dalam isu penerapan pelajaran dan nilai Islam kepada rakyat.

    Apa pun ramai juga yang sudah celik dan mencari alternatif sendiri untuk menuntut ilmu berkaitan Islam.

    Islam itu terlalu mudah, hanya manusia sahaja yang menyusahkannya.

    ReplyDelete
  9. Pakcik

    Itulah menunjukkan kita tidak menghayati saripati dari beribadah. Ibadah yang tidak melekat di hati.

    ReplyDelete
  10. Sdr. kulatlapok

    Alangkah baiknya sekiranya bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini dijadikan batu asas beribadah dan kezuhudan diri untuk masa-masa yang lain. Beristiqamah saya maksudkan dengan keihlasan dan sesungguhan sepenuh hati.

    Saya percaya jikalau keinsafan datang dari dalam hati sanubari mereka tidak akan berpaling selepas ini.

    ReplyDelete
  11. W'salam alang.

    Adalah amat malang bagi orang-orang kita memilih hari dan bulan saja untuk beramal ibadah sedangkan di hari-hari yang lain kita abaikan/tidak memberatkan.

    Sesungguhnya Allah berkati dan memberatkan amal pada bulan Ramadhan adalah sebagai asas keseronokan beribadah supaya nerterusan di masa-masa lain.

    Dari keihlasan kita beribadah, kita akan menikmati kemanisannya dan pasti kita tidak akan melupainya di masa-masa yang lain.

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumussalam anakanda Isa.

    Uncle rasa pun itu salah satu yang menjadi penyebabnya, Islam baka dan tumpuan terhadap fikah sahaja.

    Satu lagi dari pembelajaran kita hanya tertumpu kepada cara Ibadah, dosa dan pahala serta Syurga dan Neraka. Maknanya kita sentiasa di ajar pelajaran di darjah satu dari kecil sehingga ke tua.

    Kita tidak pernah pedulikan asas mentauhidkan Allah. "Syariat, tarekat, hakikat dan maarifat" Kita tercicir mendalami Syariat, kita tidak menemui Tarekat, kita gagal mengenali Hakikat dan sudah pasti kita gagal ke maqam ma'arifat. Bila kita gagal dalam semua hal di atas, maka di manakah letaknya maqam amal dan ibadah kita?

    ReplyDelete
  13. salam pakdin,

    kita dh dididik utk mengaut pahala sebanyak2nya dlm bln ramadhan ni dari dulu.. (pahala byk bleh beli sorga kot)
    alangkah bagusnya jika amalan baik yg kita digandakan didlm ramadhan ni turut kita amalkan dibulan yg lain..
    tapi pakdin, berapa ramai yg ikhlas dlm ibadat.. nak dpt ikhlas ni payah..
    ko guano?

    ReplyDelete
  14. maaf kalau ini sekadar pandangan..
    kita melihat dlm konteks yg lebih luas.
    penerapan dan pemahaman agama dipersekitaran kita sekarang..
    diantara
    percaya dan kepercayaan.dua penafsiran yg berbeza

    puasa bukan lagi kepercayaan tapi percaya - orang islam malaysia mesti puasa - jadi kita lalui semua berdasarkan urutan.

    begitu juga yang lain - bertutup aurat - budaya - nak ke pekan bertudung , waktu lainnya tidak..

    maaf kalau sensitif.
    sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  15. Salam Pakdin.

    Nak istiqamah memang susah. Kekadang bila nak buat sedekah jariah, hati tertanya-tanya, "duit aku bagi ni, sampai ke pada rumah anak yatim?..."

    Ntah lah... Tapi saya berharap Ramadhan kali ini dapat menyuburkan sifat mahmudah dalam diri, dan mengurangkan sifat mazmudah...

    Itulah doa saya, untuk Pakdin dan rakan lain juga.

    ReplyDelete
  16. memang sedih memikirkan smakin ramai yg jahil agama...apabila kita menegur, katanya 'kau takpelah ..pandai..sekolah agama..' masyaAllah..tuntutan agama bkn pd pelajar sekolah agama saja. contohnya dalam mempelajari bahasa arab sy katakan, ini bkn tgjwb sekolah agama tp tgjwb kita sbg Islam. dgn mempelajari bahasa Arab kita akan lebih memahami maksud bacaan dalam solat. bukankah itu utk kebaikan kita juga.

    ReplyDelete
  17. aku

    Itulah juga masalah bagi Pak Din. Bagi Pak Din untuk ikhlas kenalah kenal dulu.

    Tak kenal maka tak cinta. Bila cinta, kasih dan sayang tentunya apa yang kita buat untuk sidia adalah berdasarkan ikhlas dan sayang. Begitulah juga antara kita dan Allah.

    ReplyDelete
  18. Sdr. jinggo

    Memang itulah hakikatnya. Kita cukup susah untuk berubah dan merubah.

    ReplyDelete
  19. W'salam Sdr. Brahimnyior

    Inilah ketentuan bersihnya ibadah kita. Di antara ikhlas dan pertanyaan inilah setan menyelit.

    Saya juga mengalami masalah yang sama, terlalu banyak soalan dan kaji selidik. "Sampaikah tidak kepada kumpulan/individu sasaran kita" Contohnya derma tsunami dulu.

    ReplyDelete
  20. Luna

    Inilah satu lagi masalah besar yang dihadapi orang kita. Sama ada mengalah dengan kelemahan atau ego. Kita lupa sebenarnya belajar adalah wajib, beramal juga wajib.

    Beramal tanpa ilmu dan berilmu tanpa amal, kedua-duanya tidak berguna dan tidak memberikan sebarang makna.

    Pernahkah kita membuat sesuatu ibadah semata-mata kerana sayangkan Allah tanpa fikirkan apa-apa ganjaran?

    ReplyDelete
  21. salam....tuan,

    entri tuan yang sangat menarik perhatian saya.

    Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh barkah dan kemuliaan. Allah membuka semua pintu syurga, menutup semua pintu neraka dan membelenggu para syaitan. Dengan begitu kaum muslimin diberi kesempatan seluas-luasnya untuk melaksanakan amal ibadat terutama berpuasa. Oleh karena itu, Ramadhan sinonim dengan puasa.(walaupun banyak lagi ibadat2 lainnya) Puasa sendiri bererti menahan diri. Bukan hanya menahan diri dari makan dan minum tetapi juga dari hawa nafsu dan sekaligus menyeimbangkannya. Dan juga menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak baik.

    namun masih ada juga yang tidak menghayti dengan dalamnya bulan puasa. kadang-kadang mebeli dengan banyak dan mebazir di bazar2 ramadahan conthnya..

    saya mengamati entri tuan dengan penuh minat..

    -anaklaut-

    ReplyDelete
  22. Salam Pakdin.
    Semoga dirahmati Allah.Salam ramadhan dari saya buat Pakdin dan keluarga.
    Hepi belated birthday.
    Terima kasih atas artikel ini yang dapat menginsafi diri saya.

    PG
    pg2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. W'salam anaklaut.

    Sememangnya Allah telah memuliakan Bulan Ramadhan dan manusia yang memperhambakan diri kepadaNya.

    Maksud n3 saya ini ialah janganlah kita hanya menjadikan diri kita warak hanya di dalam bulan ini sahaja. Perlukan kelangsungan/istiqamah.

    Kebanyakan kita menjadikan Ramadhan hilang rohnya dan begitu juga dengan puasa.

    Kenapa kita berkira sangat bila beribadah dan menurut perintah Allah. Kenapa kita berkira dengan pahala? Bukankah Allah berjanji setiap kebaikan akan diganjarkan dengan kebaikan yang berganda. Allah tidak pernah berkira dengan kita walau pada bulan apa sekali pun untuk melimpahi nikmat dan rahmatnya kepada kita. Kenapa kita menjadi begitu bakhil dan tamak mengharapkan ganjaran pahala dan sebagainya? Tidak bersyukurkah kita?

    Berapa keratkah di antara kita yang beribadah keranaNya dengan setulus hati? Beribadah kerana kasih yang mendalam kepada TuhanNya?

    ReplyDelete
  24. W'salam PG.

    Terima kasih di atas ucapan dan doa.

    Pak Din dah email kepada PG. Dan bolehlah digunakan email Pak Din itu.

    ReplyDelete
  25. Salam MountDweller,
    Benar, memang benar apa yg tuan nyatakan.
    Ada antara kita berlagak sebagai muslim hebat hanya dlm bulan Ramadhan sahaja.
    Tahniah dan selamat berda'wah.

    ReplyDelete
  26. W'salam Dr.

    Terima kasih di atas sokongan Dr.

    Saya bergegang pada "Sampaikanlah walau pun sepatah perkataan yang kamu tahu"

    Moga semua Muslim dirahmati Allah sentiasa. Bukan di bulan Ramadhan saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa