Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 3, 2009

Toleransi Agama Di Kelantan

Di copy and paste dari blog Dato' Zaid Ibrahim. (Izinkan saya)

YB Nurul Izzah dari Lembah Pantai begitu murah hati. Dia memuji saya sebagai seorang pemimpin politik Melayu yang berani sederhana dan berprinsip. Saya amat berterima kasih kepadanya. Tetapi sebenarnya ada ramai lagi pemimpin Melayu Islam yang tidak ekstrem dan bersifat sederhana. Mereka berani ,ada prinsip dan integriti. Mereka juga wajar kita beri perhatian dan sokongan .Orang Melayu Islam di negara ini memerlukan kepimpinan yang sederhana dan berperikemanusiaan seperti Tok Guru Nik Aziz dan YB Khalid Samad.

Berbeza pula dengan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein yang bangga kerana dapat menunjukkan kepada kepimpinan UMNO dan kuncu-kuncu mereka di Seksyen 23 Shah Alam, Selangor bahawa dialah yang prihatin dengan nasib orang-orang UMNO. Orang-orang inilah yang berarak dengan kepala lembu membantah cadangan pembinaan sebuah kuil kerana kononnya kuil itu dekat dengan rumah mereka. Hishammuddin sedikit pun tak rasa bersalah atau meminta maaf terhadap tindakan mengancam rusuhan kaum dan menghina kaum serta agama lain. Malah dia pula menjadi jurucakap kumpulan ini dengan berkata mereka tidak berniat untuk menghina sesiapa. Sudah tentu selepas lawatan ke tempat itu dan kenyataan Menteri yang sedemikian rupa, maka siasatan polis juga mungkin selesai begitu sahaja selepas ini. Jika pergaduhan kaum berlaku atas provokasi kumpulan kepala lembu itu, apakah Hishammuddin berani bertanggungjawab?

Pada zaman penjajahan dahulu, iaitu sebelum UMNO bermaharajalela di negara ini, Masjid Kapitan Keling telah dibina di sebelah kuil Hindu Arulmigu Mahamariamman di Pitt Street di Pulau Pinang. Di hadapan masjid itu pula ada gereja Kristian St George’s Church. Orang Islam masa itu bila sembahyang di masjid itu tidak pula rasa tersinggung atau goyang iman mereka. Mereka tidak pula menyembelih lembu dan berarak membawa kepala lembu serta memaki hamun kaum dan agama lain. Yang berkuasa di Pulau Pinang pada zaman itu adalah orang Kristian. Mereka berhak untuk melarang pembinaan Masjid Kapitan Keling dan kuil Hindu di sebelah gereja mereka. Kuasa ada pada mereka. Mereka boleh memberi alasan kononnya mereka tersinggung dann terguris hati jika masjid dan kuil dibina di sebelah gereja mereka. Mereka boleh berkata sembahyang mereka tidak sempurna atau tidak diterima Tuhan kalau ada masjid dan kuil yang berdekatan dengan gereja mereka. Tetapi penjajah Inggeris tidak pula berbuat demikian. Malah dekat situ juga ada kuil Kuan Yin Teng untuk orang Cina. Nampaknya pada zaman dulu, manusia Malaya boleh hidup saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Masa itu orang Melayu Malaya tidak perlu dibawa ke seminar khas Biro Tata Negara untuk menginsafkan mereka tentang nasib agama dan bangsa. Masa itu tidak ada Utusan Malaysia yang mana pengarangnya seperti Zainuddin Maidin dan anak-anak didiknya telah mengajar orang Melayu supaya membenci kaum dan agama lain.

Jika masyarakat Pulau Pinang terdiri dari berbagai kaum, Kelantan pula yang majoriti penduduk adalah orang Melayu turut bersikap terbuka. Kerana sifat unik orang Kelantan ini, maka UMNO tidak sempat tumbuh segar dan dengan itu selamatlah nasib orang Melayu Islam Kelantan. Darah mereka belum tebal dengan rasa benci dan perkauman yang meluap-luap. Jiwa Islam Melayu yang dipupuk dalam suasana kampung masih tenang dan beradab. Kalau orang Kelantan “gedebe” pun, ia tidak ada kena-mengena dengan kebencian kaum dan agama. Orang Kelantan ke masjid dan surau untuk melakukan ibadah tetapi tidaklah pula mereka rasa tersinggung bila melihat kuil Buddha yang besar tersergah di kawasan mereka. Hanya di Kelantan ada tiga wat Buddha yang terbesar; Buddha Berdiri di Kampung Balai, Buddha Berehat di Kampung Berok dan Buddha Bersila di Kampung Jubarak. Semua wat Buddha ini dibina dengan harga berjuta ringgit; berada dalam kawasan majoriti besar orang Melayu Islam. Tetapi Melayu Islam di kampung-kampung ini tidak sama dengan sesetengah Melayu canggih di Seksyen 23 Shah Alam. Melayu kampung di Kelantan mendengar nasihat Tok Guru Nik Aziz untuk hormat agama lain. Mereka tahu apa yang Tok Guru ajar itu memang berlandaskan Al-Quran yang melarang umat Islam mempermain-mainkan agama orang lain. Orang Melayu Islam di Kelantan juga tidak terguris hati mereka bila kerajaan membina sabuah masjid di Rantau Panjang yang bentuk rupa saperti rumah maharaja Cina. Malah mereka bangga dengan sikap toleran dan keterbukaan Islam yang di tonjolkan olih Tok Guru.

Sepatutnya orang Melayu di Shah Alam mendengar nasihat YB Khalid Samad, seorang pemimpin Melayu Islam yang sederhana dan peka kepada tuntutan dan masalah rakyat di negara majmuk Malaysia ini. Khalid telah menulis dengan berani dalam blognya: “Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini di sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?”. Kalau nak tahu lebih lanjut isu kuil dan kepala lembu itu, sila layari: www.khalidsamad.com

Khalid dan Tok Guru adalah antara pemimpin Melayu Islam yang patut kita banggakan kerana mereka mampu menyelamatkan negara ini dari terjunam ke dalam kancah pergaduhan kaum dan pertelingkahan agama yang dashat. Saya yakin ada ramai lagi orang Melayu Islam yang berpendirian sederhana tapi tegas dan benar-benar menghayati prinsip jujur, ikhlas dan toleran mengikut ajaran Islam. Orang-orang seperti inilah yang wajar kita dengar pandangan mereka. bukan penghasut dan pembenci kaum dan agama.

18 comments:

  1. Pakdin,

    Saya bimbang gak dengan situasi tak menentu ni, media sibuk provok, tak kira media Melayu, Tamil atau Cina dan ini boleh mnecetuskan suasana tak sihat.

    Saya tetap berpegang kepada hak Muslim untuk mempertahankan agama Islam, dalam masa yang sama perlu ditunjukkan toleransi antara penganut agama lain.

    Moga Malaysiaku aman sejahtera.

    ReplyDelete
  2. Salam uncle,

    Pergh... panjang lebar dan padat, jika ada lagi yang masih blur dot com tentang tolenransi beragama di Negara ini, elok suruh diorang berhijrah ke negara lain sajalah.

    Tubuhkan umno di Zimbabwe pun bagus juga.

    ReplyDelete
  3. Salam Ayahda,nak baca cerita pasal politik Malaysia?
    Jom singgah sini,macam2 ada..
    http://kakipolitik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Salam
    Btol tue uncle, Tok Guru memang pemimpin paling rendah diri dan teladan yang baik.

    Pasal kepala lembu ni. Orang yang golek kepala lembu tue memang berotak lembu. Kalo kepala tu buat sedekah kan bagus.

    ReplyDelete
  5. W'salam Brahimnyior.

    Kita wajib mempertahankan agama kita sekiranya di hina tetapi di masa yang sama kita wajib juga menghormati penganut agama lain.

    "Aku dengan agamaku dan kamu dengan agama kamu"

    ReplyDelete
  6. bila akal keBANGSAan menguasai akal keISLAMan...= akal lembu la jadinya... hehehe btol ke?

    ReplyDelete
  7. W'salam anakanda Isa.

    Uncle pun pelik bagaimana manusia Melayu Islam di Malaysia berfikir. Mungkin sebab tidak pernah naik kelas kot. Darjah satu dan dua sampai mati.

    Prinsipnya cukup mudah "Hormati orang lain untuk dihormati"

    ReplyDelete
  8. W'salam kakipolitik.

    Terima kasih kerana berkunjung dan insya Allah ayahanda akan lawatinya nanti.

    ReplyDelete
  9. Sdr. Din Binjai

    Islam Hadhari dah lari, Islam Hari-hari (hari-hari yang dirasakan perlu ikut Islam) pula yang mengganti!

    ReplyDelete
  10. W'salam blogger ~0~

    Betul tu kepala lembu ni mahal juga. Tengok tu dengan kepala kambing pun uncle boleh sediakan untuk kawan-kawan makan inikan pula kepala lembu yang lebih besar.

    Tapi sayangnya manusia menjadi lebih bahlol dari lembu!

    ReplyDelete
  11. Anonymous

    Terima kasih kerana tingglakan jejak lawatan.

    Akal kebangsaan menjadikan gila yang tidak berpada. Tapi kalau gila pun dengan akal agama adalah lebih berpada kan?

    Bagi uncle rasanya lebih teruk dari lembu!. Lembu akan kenal najisnya sendiri tetapi ada juga manusia yang gagal mengenali dia punya.

    ReplyDelete
  12. Salam MountDweller,
    Syukur kita kerana Dato' Zaid Ibrahim orang yg berani menyatakan yg benar. Syukur, setinggi-tinggi syukur.

    ReplyDelete
  13. W'salam Dr.

    Kita memangnya bersyukur kerana masih ada pemimpin yang berani berkata benar walau pedih. Saya memang kenal dengan sikap Dato' ni.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Saudara Mountdweller,

    Memang senang kita hendak komen sebab tak kena batang hidung. Apa rasanya kalau Kuil dibina tak sampai 200 meter dari rumah kita? Bila ada Perarakan Upacara mereka amat bising, ada yang mabuk sampai ke pagi, botol arak bersepah di jalan raya. Inilah yang diberitahu pada saya.

    Saya tak hendak memuji sesiapa atau pun sebaliknya. Tiap Pemimpin ada kebaikan dan kelemahan masing-masing, kita semua insan biasa. Tiada siapa yang perfect.

    Saya berpendapat dan berani mengatakan bahawa kita Orang Melayu memang sentiasa baik dan lembut hati dan punyai tolerensi yang amat tinggi dan sanggup berkorban demi rakyat dari bangsa dan Agama lain di Negara kita sejak dari dulu lagi. Satu keistemewaan yang Allah swt kurniakan pada kita. Alhamdulillah.

    Tetapi kita amat kurang bertolerensi bila kena pada bangsa kita sendiri. Senang dan cepat kita melenting. Seolah-olah tiada yang baik PERNAH kita ambil dan rasa dari saudara sebangsa dan agama kita itu. Seolah-olah tidak pernah solat sesaf dengan mereka.

    Kerana nak jaga hati bangsa dan Agama lain dan tempat penyembahan Berhala Agama lain (Waliyazubilah, Maaf Saudara, saya terpaksa gunakan bahasa ini, sebab nampaknya inilah sedang berlaku-pemeliharan kuil tempat mereka menyembah dewa masing masing) kita pula sesama kita di bulan yang mulia ini bertelagah siapa yang lebih baik hati antara kita!! Siapa yang lebih bertorensai dan bijak menangani isu tempat penyembahwan dewa dewi ini. Begitulah baik hati dan berkorban SEGALAnya untuk mereka. Dan kita juga memuji mereka memuji kebaikkan kita bila dapat lagi satu tempat penyembahan berhala berhala bermacam rupa dan bentuk.


    Saya memberi pendapat peribadi sahaja secara umum dan tidak ditujukan pada sesiapa. Memang sedih kerana tiada apa yang dapat menginsafkan kita semua supaya bermaafkan berbaik terutamanya di bulan Ramadan yang sungguh mulia ini. Senang cakap pada tazkirah, supaya bermaafkan, tetapi kita sendiri nak praktikkan amat sukar sekali. Memang Iman yang sebenarnya itu amat mahal hargannya. Tidak terletak pada janggut, jubah, seban atau tudung yang labuh. Tapi berlabuh dalam hati yang benar benar suci berpaksi pada Allah swt yang Satu, yang wajib disembah dan yang wajib diperangi pada yang menyembah pada selain darinya.

    Saudara,

    Saya kagum dengan prestasi Komando 69 tu. Entah macam mana saya teringatkan Along, anak saudara hari ini. Dan sebelum ke Terawih tadi sempat tengok pula Kapal Selam yang dirasmikan oleh YTP Agung. Teringat lagi pada dia.

    Saya kagum prestasi Along. Semoga satu hari nanti seperti yang pernah saya doakan Along dapat peluang bekerja pula dalam Kapal Selam itu. Banyak Ilmu yang dapat ditimba dan bukan sebarangan pengalaman buat sesiapa pun.

    Saudara pun Komando juga, cuma tak ada uniform sahaja, ha ha..saya ni angkat air sebaldi pun dah tercungap-cungap.. beginilah Pemberian Illahi pada tiap kita, Adalah Rahsianya yang tersendiri. Kita hargailah sahaja apa yang dikurniakan pada kita.

    Saya mohon maaf kerana terpanjang sikit komen pada malam ni. Entah mengapa.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusslam Puan melayuangkat.

    Saya amat gembira dengan komen Puan yang panjang lebar ini. Salah satu perkara yang gagal diselami oleh Dato' Zaid ialah persekitaran dan populasi penduduk.

    Kami di Pantai Timur kita Melayu adalah majoriti dan mendominasi kuasa politik. Tidak kiralah PAS atau UMNO, mereka tetap Melayu. Jadi perasaan tercabar tidak ada. Perasaan takut kehilangan memang kurang. Jadi kerisauan kami di sini seolah tidak ada. Kami tidak terancam.

    Lain pula dengan Melayu di Pantai Barat. Taburan penduduk mengikut bangsa mungkin sidah jadi 50-50 atau 50-40 jadi sudah tentu rasa terancam akan menjelma di hati dan fikiran sedangkan tanah ini adalah hak warisan kita. Melayu akan merasa ternancam baik kebebasan bersosial atau beragama. Itulah sebabnya saya berikan tajuk n3 ini sengan "Tolaransi Agama Di Kelantan"

    Tentang Kapal Selam itu saya sudah pun copy gambarnya untuk di abadikan. Memang Along mengidam untuk menjadi crewnya. Saya hanya memberikan galakan.

    Terima kasih di atas titipan Puan yang panjang lebar. "SELAMAT BERPUASA SEMOGA PUAN SEKELUARGA DILIMPAHI RAHMAT" Insya Allah.

    ReplyDelete
  16. Salam,
    Bagaimana dengan bantahan terhadap azan di masjid Alor star kerana mengganggu? (seorang bapa saudara saya menjadi pegawai di masjid itu).

    ReplyDelete
  17. W'salam Demang.

    Nampaknya di akhir-akhir ni hanya kita saya yang bertoleransi tetapi mereka tidak. Panas memang panas tetapi saya masih lagi berpegang kepada "Pesan Rasulallah, jangan menghina agama lain" dan "Aku dengan agamaku dan kamu dengan agama kamu".

    Tapi Demang juga tahu "Sabar ada batasnya"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa