Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidil Fitri

Assalamu alaikum w.b.t.
PAK DIN DAN KELUARGA
mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI
kepada semua 116 orang Followers blog ini
dan semua rakan cyber

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pak Din nak kungsi kenangan lalu semasa Pak Din masih kanak-kanak menyambut Aidil Fitri.

Biasanya selepas Solat Raya kami pulang dulu ke rumah dan menikmati Juadah Raya yang disediakan sehingga kenyang dan berkumpul dengan kawan-kawan. Kami akan berbincang nak menyerbu ke rumah orang yang paling kaya dan pemurah di sekitar kampung. Bila dah banyak dapat duit raya kami akan bersantai di Padang Merdeka sebelum meronda pekan.

Pada Hari Raya yang kedua kami akan ke kubur kerana semacam menjadi adat orang di sini akan menziarahi kubur pada Hari Raya kedua sambil bersedekah dan berzakat. Rezeki dari kubur biasanya menjadikan kami kaya sekajap. Di kubur bagi orang Kota Bharu seolah bertukar menjadi tapak Pesta kecil. Siap dengan orang menjual bermacam-macam termasuklah Nasi dan Air minuman serta permainan kanak-kanak.

Tektik Pak Din senang saja, bukannya meminta tetapi biasanya Pak Din akan pilih kubur orang kaya dengan pelawatnya yang ramai dengan waris. Kebiasaannya setiap kubur orang kaya akan ada Wakaf dan di situ ada disediakan naskah Alqur'an yang dipecahkan ke Juzud-Juzud kecil. Oleh kerana pada masa itu Pak Din sudah khatam qur'an sejak umur sembilan tahun, Pak Din sudah lancar dengan bacaan yang agak baik (mengikut Guru Qur'an Pak Din), Pak Din akan duduk di Wakaf dan membaca Alqur'an tanpa diminta oleh sesiapa.

Kebiasaannya sedang kita membaca akan datanglah waris-waris simati menghulurkan RM1.00 atau RM2.00. Kekadang tu ada yang lebih pemurah akan menghulurkan RM5.00 atau RM10.00 bergantunglah kepada nasib dan rezeki. Bayangkan berapa banyak Pak Din boleh kumpul dengan seharian di kubur. Kalau Pak Din rajin, pada Hari Raya ketiga Pak Din akan pergi ke kubur lagi.

Selepas Hari Raya bila sekolah telah dibuka, Pak Din dan kawan-kawan memang joli. Pada masa itu bukannya berkira nak menyimpan!

16 comments:

  1. Selamat Hari Raya! semoga sihat selalu hendaknya :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya - pak din - semuga apa yg lalui selama ni diberkatiNya dan saya secara peribadi memohon ribuan kemaafan...

    ReplyDelete
  3. salam pakdin,
    kecik2 lg dah pandai cari duit ye..
    selamat hari raya utk pakdin sekeluarga..

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Din


    Selamat Hari Raya ,

    mohon maaf kalau pernah tersalah komen hingga menyinggung perasaan Pak Din ....

    ReplyDelete
  5. selamat menyambut lebaran buat uncle sekeluarga...

    ReplyDelete
  6. saya nak songlap gbr kad raya dlm entry ni, boleh kan? tq - irsha

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya buat pak din dari baduk dan keluarga..

    ReplyDelete
  8. Basuh Baju

    Selamat Hari Raya dan terima kasih di atas doa.

    ReplyDelete
  9. Sdr. jinggo

    Saya pun memohon maaf sekiranya ada patah kata yang tidak berkenan di hati.

    ReplyDelete
  10. aku

    Selamat Hari Raya semoga "aku" berbahagia selalu.

    ReplyDelete
  11. W'salam pB

    Sesama mohon maaf. Pak Din sebenarnya tidak akan terasa walau pun dengan kritikan. Kalau dicerca dan dicaci tu mungkin terasa.

    ReplyDelete
  12. hanis

    Terima kasih. Untuk hanis juga uncle doakan supaya selamat, gembira dan sejahtera selalu

    ReplyDelete
  13. Anon (irsha)

    Sialkan irsha. Tentu tidak ada charge punya.

    ReplyDelete
  14. baduk

    Selamat Hari Raya juga untuk baduk dan keluarga. Semoga hari-hari yang akan dilalui selamat hendaknya.

    ReplyDelete
  15. Salam MountDweller,
    Selamat 'Eidil-Fitr. Maaf semua salah silap. Semoga anda dan keluarga ceria selalu!

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari raya,maaf zahir batin

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa