Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 23, 2010

Fining Aku, Siapa Sebenarnya Individu Ini?

Apakah sebenarnya insan ini bersifat 'Camellion' di dalam perjuangan yang ditonyoh dan tanamkan kepada rakyat?

Apakah ini kelibat sebenar beliau di dalam perjuangan? Islam itu retorik jugakah?

Adakah sebenarnya dia bersongkok di hati dan berkopiah di kepala?

Penipukah dia?

Kalau benar begitu, kita tertipu!

Oleh : Tulang Besi

Isu September 16 diperbincangkan semula sekarang ini. MP Katak, Zahrain, semakin acap menaikkan isu ini dengan mendedahkan beberapa maklumat yang kadang kala betul dan kadang kala salah.

Zahrain mendedahkan 8 nama:

"Beliau mendakwa mereka ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku
Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang)".

Saya pernah menceritakan dalam posting saya yang terdahulu bertajuk "September 16: Bukan Anwar Yang Akan Menjadi Perdana Menteri", bahawa Anwar tidak akan menjadi PM kalau September 16 berjaya.

Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sebelum September 16, 2008 PAS tidak bersetuju dengan senarai MP2 yang Anwar ada itu. Penentangan PAS itu adalah kerana kerajaan PR yang baru itu kelak bukan kerajaan majoriti Melayu.

Nama-nama seperti Anifah Aman, Ghapur Salleh, Mokhtar Radin dan ramai lagi tidak dapat memuaskan hati PAS serta Presiden PAS. Ini kerana nama-nama di atas bukan dari kalangan MP2 yang MELAYU walaupun mereka itu Islam. Presiden PAS dilaporkan berkata:
"Muslim sahaja tidak cukup"

Maka, Anwar pun berbincang dengan Mr.X dan Mr.X setuju untuk menjadi PM dengan membawa beberapa orang MP Melayu bersama beliau demi memastikan kerajaan baru PR itu kerajaan majoriti MELAYU (bukan Majoriti Islam).

Namun pada masa itu segalanya sudah terlambat. Nasi dah jadi bubur. Pak Lah telahpun mengisytiharkan bahawa beliau akan turun takhta pada March 2009. Maka, “mood” untuk melompat, di samping taktik-taktik lain dari BN telah berjaya dilakukan dengan mengunakan masa yang terbuang angkara penolakan PAS ke atas kerajaan baru semata-mata kerana kerajaan PR baru itu tidak majoriti MELAYU (bukan Islam).

Mengikut maklumat saya, tanpa sokongan Mr. X pun dan hanya dengan sokongan yang Anwar Ibrahim dapat pun, kerajaan baru itu tetap MAJORITI MUSLIM, yakni majoriti satu kerusi. Tapi, apabila PAS berkata Kami Mahu Kerajaan Majoriti Melayu”, maka Anwar terpaksa meminta pertolongan Mr. X.

PAS kenalah meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan mereka yang mengundi mereka kerana ada saham mengagalkan “September 16”. Itu nasihat saya


TEMURAMAH PRESIDEN DENGAN UMMAHONLINE

Temuramah di bawah yang saya petik dari blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu akan lebih menjelaskan tulisan saya di atas.

Ada pembaca saya telah membawa keratan temuramah Presiden PAS bersama majalah Ummahonline yang disiarkan oleh blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu.Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?

Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.

Di Malaysia, oleh kerana majoriti orang Islam adalah Melayu, dengan sebab itu kepimpinan Melayu Islam adalah lebih utama… kecuali kalau berubah, orang Cina masuk Islam ramai-ramai, dan mereka menjadi majoriti. Maka, sudah tentu mereka yang perlu menjadi teras. Itu pernah berlaku dalam sejarah Islam. Bila orang Turki yang menganut Islam, mereka merupakan orang Islam yang terkuat, maka mereka menjadi kepimpinan.

Di Malaysia, hakikat ini diterima oleh semua parti-parti politik, bahawa teras ialah Melayu Islam. Cumanya, kita mahu Islam dijadikan prinsip kepada penyelesaian masalah-masalah dalam negara. Ini satu perkara yang sering ditinggalkan.

Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?

Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam. Saya yakin, jika Islam dijadikan model… sepertimana yang kita pernah laksanakan di Kelantan, juga di Terengganu, dan seperti yang kita sedang laksanakan di Kedah dan di Perak. Dan, ini tidak menjadi masalah kepada orang bukan Islam. Apa salahnya bila Islam itu kita kemukakan dalam perubahan peringkat pusat? Bahkan peringkat pusat lebih wajar, sebab kuasanya lebih berbanding dari peringkat negeri lagi.

Keseluruhan temuramah tersebut boleh di baca di website Ummahonline.

PENGAJARAN DARI TEMURAMAH TERSEBUT

Ada beberapa kesimpulan dari temuramah tersebut:

1.0 - Presiden PAS menolak kerajaan PR yang majoriti Muslim. Beliau mahu kerajaan majoriti Melayu.
2.0 - Bahawa kedudukan PAS yang boleh keluar dari kerajaan PR bila-bila masa
sekiranya janji tidak tertunai tidak menjadi faktor langsung.
3.0 - Islam TIDAK MENJADI FAKTOR dalam penilaian kerajaan baru PR tersebut. Yang menjadi faktor adalah KEBANGSAAN MELAYU semata-mata.
4.0 - Presiden PAS bersekongkol dengan usaha untuk mengagalkan September 16 dengan memberi alasan-alasan dangkal seperti mahukan kerajaan majoriti Melayu secara sedar atau tidak.
5.0 - Saya yakin Presiden PAS dan kumpulan pro UMNO TIDAK MAHU kerajaan PR yang baru ini dan memberi masa kepada musuh untuk bertindak dengan memberi alasan-alasan yang dangkal.
6.0 - Tindakan Presiden PAS ini MENGUNTUNGKAN UMNO
7.0 - Presiden seboleh mungkin menolak gagasan “Majoriti muslim” tetapi mahukan
gagasan “Majoriti Melayu” kalau kita baca keseluruhan interview itu.


Sumber : Perisik Rakyat
dari sini

6 comments:

  1. Mun fun fining lah . Tak afe lah . makan fanadol dua biji nanti hilang lah fening ana tapi timbul pulak sakit ferut lah .

    ReplyDelete
  2. Tuan , mengikut culaan saya individu tersebut iaitu MR X adalah KU LI . . . itu yang dihebohkan sehari dua ni... huhuhu . . .

    ReplyDelete
  3. Maimun

    Masyaalahnya makan fenadol kena fula gestrik!

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Saya dah syak tetapi perancangannya berlipat riuk!

    Takkanlah ada PM ada pula tali ikat dia kat belakang oleh XPM?

    Ini menunjukkan XPM gila kuasa. Di mulut lain di bontot lain!

    Dasar anak Kutty...

    ReplyDelete
  5. menunjukkan mahathir nak kawal kerajaan, dia nak tiru rakan se selimutnya lee kuan yiew masa beliau menjadi penasihat kerajaan singapore, hakikatnya mahathir mengimpikan projek, beliau ada anak2 yang perlu beliau salurkan projek , agihan yang banyak hanya boleh didapati jika berkuasa malah paling berkuasa hingga melebihi PM, tapi KU LI bukanlah orang yang seperti mahathir!

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Hakikatnya tamak dan gelojoh masih tidak hilang dari benak tuanya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa