Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 8, 2010

Jadi, Apa Masalahnya?

Lihat statements di bawah, kenapa kecuh? Kalau ini adalah benar, apa isunya?

Nampaknya hanyalah kedegilan Ahmad Awang yang membantutkan UG di Perak.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

8 comments:

  1. "PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH BAGI PANDANGANKU"
    iNI ADLAH KATA-KATA TUAN UTK MENEGAKKAN HUJAH TUAN...SAYA INGIN TAU PANDANGAN TUAN DIPANDANG DARI SUDUT MANA? IA HANYA DARI SEBELAH PIHAK....KENAPA TUAN TIDAK KLUARKAN KENYATAAN DARI TUAN GURU DALAM ISU YANG SAMA INI....DARI KEDUA-DUA KENYATAAN ITU BARU LAH BOLEH DIDEFINISIKAN YANG BENAR ATAU SALAH....

    ReplyDelete
  2. baca statement penuh dari harusani tu... secara tidak sedar... dia mengaku... amnu itu zalim... hahahah.... tapi dia masih jugak nak bersama orang-orang yang dia kata zalim tu... kihkihkihkih...

    ReplyDelete
  3. Anonymous

    Terima kasih kerana mengingatkan.

    Itulah sebabnya saya jadikan tajuk "Jadi, Apa Masalahnya?"

    Kalau baca keseluruhan kenyataan TGNA yang ini dan TGHH sebelum ini, mereka adalah selari. Sebab itu sebelum ini TGHH berkata mereka tidak ada pertelagahan pendapat cuma sedikit perbezaan pandangan di dalam isu ini (UG). Jadi sebenarnya tidak ada isu yang patut diperdebatkan di kalangan mereka.

    Cuma bila isu ini timbul di peringkat nasional, TGNA melenting dan syorkan Muktamar Khas di adakan dan orang-orang tertentu disingkirkan. Dalam hal ini saya tidak faham.

    Pada saya kedua-duanya betul dari sudut masing-masing. Cuma yang menjadi pertelagahan adalah dari persepsi dan penerimaan ramai terhadap idea dan isu UG ini saja.

    Contohnya bila saya tidak setuju, maka saya akan hentam dan menentang dengan alasan saya sendiri. Kerana saya ada blogger maka medium penentangan saya adalah melalui blog.

    Tapi hakikatnya saya tidak boleh buat apa-apa dan tidak boleh merubah apa-apa pun sekiranya majoriti Pimpinan PAS bertuju dan laksanakan. Sebab saya ini Ahli PAS pun tidak. Saya hanyalah Penyokong dan Pengundi. Nak memilih Pemimpin di dalam PAS pun saya tidak ada hak!

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Semuanya jadi tonggang terbalik daaa...

    ReplyDelete
  5. Kenapa Nik Aziz tidak berkata ya atau tidak kepada dua perkara yang disebut Harussani: a. Harussani berjumpa Nik Aziz dan b. Kalau berjumpa, betul atau tidak Nik Aziz bersetuju. Mudah kan.

    Mengapa Nik Aziz perlu berkata perkara tersebut antara dia dan Harussani. Mengapa hendak biarkan khalayak sendiri menentukan kebenarannya? Bukankah ini bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan? Nik Aziz berhasrat memberi gambaran bahawa Harussani berbohong tetapi tidak mahu menyebutnya.

    Persoalan mudah yang boleh dijawab dengan mudah tetapi Nik Aziz sengaja mengelirukan hakikat sebenar? Ingat Nik Aziz juga berkata hanya ulama berpolitik boleh diserang dan menyerang. Nik Aziz menyerang Harussani sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. deepthroat

    Itulah juga yang membuatkan saya pening. Kenapa mengundang tafsir dan persepsi?

    Kalau tafsiran salah, atau persepsi yang salah akan tetap berdosa kerana tohmah.

    Aduii... bahaya!

    ReplyDelete
  7. Harussani memang berpolitik cuma lagi dia tak kempen cara terang-terang semasa pilihan raya & jadi calon. Tak salah sebab Islam tak memisahkan politik & urusan ukhrowi. Tapi sebab dia sendiri dah terlihat condong kpd UMNO dalam aliran politik maka perlu dia bersedia diserang kerana dia sudah lama menyerang pun. That's it in the name of the game!!

    UG bukan tak bagus & TGHH memang brilliant dlm mengutarakan gagasan ni. Tapi asasnya kita tak boleh khianat janji dgn orang walau dia bukan Islam sekalipun walau DAP. Tu yg mengundang persepsi negatif terhadap PAS dari semua yg membantah idea UG tu. Kenapa perlu UG di Perak setelah UMNO kalah? Adakah berlaku kekecohan atau darurat kecemasan? Ironinya PR berjaya mentadbir dgn baik walau Nizar di kelilingi ramai bukan Melayu dalam pentadbiran negeri.

    Jadi bila UG diperlukan tanpa khianat janji, kesetiaan et al u name it dgn rakan seperjuangan like DAP? Tu terbuka untuk didebatkan kpd diskusi ilmiah.

    ReplyDelete
  8. Hanz

    Islam tidak menghalang Mufti berpolitik tetapi Jawatan Mufti itu sendiri menghalangnya dari berpihak. Jadi sekiranya merelakan diri dijadikan Himar, maka sebarang tindak balas, tanggunglah sendiri.

    Pada asasnya UG ni juga uncle condong kepada setuju. Tetapi pengalaman yang uncle lalui pada Zaman Asri dan Dato' Haji Mohd. Nasir dulu semasa PAS di dalam BN bersama UMNO, amat meragukan uncle. Sebabnya sekali anjing itu makan tahi, tidak menjamin tidak akan diulanginya lagi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa