Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 4, 2010

Kifarah Dan Solat Hajat

Tiba-tiba meletup berita YB Haji Mohsin berpaling tadah dari parti yang diwakilinya dengan mengistiharkan dirinya adalah YB bebas. Betul ke? Baca statements pun bagai tergeliat lidah..

Betul atau tidak bergantunglah kepada fahaman dan persepsi YB Haji Mohsin sendiri. Tetapi bagi manusia majoriti yang mengundi beliau dulu, tindakan Haji Mohsin itu tidak betul. Beliau menjadi YB di atas parti PKR. Jadi persoalannya adakah undi yang memenangkannya dulu untuk PKR atau undi untuk dirinya(kekuatan peribadi)?.

Kalau rakyat mengundinya dulu kerana kebetulan beliau mewakili PKR, dan rakyat memberikan undi kepada PKR yang disinonimkan dengan "Ke arah Perubahan" dan rakyat mahukan perubahan yang mahu dibawa oleh PKR, maka jadilah Haji Mohsin YB yang tidak betul iaitu YB bebas.

Kalau inilah keadaanya, kita harus kesihankan YB ini. Sebab selepas ini semua hasil yang diperolehi dari apa jua yang melibatkan kedudukannya sebagai YB adalah hasil haram. Sudah lanjut usia masih bergelumang dengan hasil haram.

Beralih kepada Solat Hajat dan kifarahnya. Allah yang tentukan. Makbul atau tidak adalah bergantung kepada kehendak Allah, kadar Allah. Tetapi barang diingat, Allah akan makbulkan semua permohonan/doa manusia "Yang Beriman".

Agak menggerunkan bila Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang menyatakan, beliau diberi tempuh selama 7 hari untuk meletakkan jawatan sebagai YB atau menghadapi Solat Hajat yang akan melibat seribu Murid Sekolah Agama dan Pengundi Bagan Serai. Sebabnya ialah takkanlah dari ribuan jemaah yang bersolat nanti tidak ada yang membawa barakah. Yang dianugerahkan barakah inilah nanti Allah akan qabulkan doanya/mereka, Allah akan perkenankan ibadahnya. Apakah kesannya selepas itu, hanya Allah yang tahu.

Pernah diceritakan oleh Arwah Guru saya. Guru saya ini agak mahir membaiki Radio. Pada masa itu Radio adalah mahal nilainya dan amat penting kepada penduduk kita. Semasa peristiwa ini berlaku Guru saya diminta oleh seseorang untuk membaiki radio yang rusak. Selepas radio itu berjaya dibaiki, beliau meletakkan radio itu di atas meja di ruang tamu sebelum tuan empunya radio datang mengambilnya.

Esoknya beliau dapati radio itu tidak ada pada tempatnya. Sudah hilang dicuri. Beliau amat malu dan kecewa sebab radio itu hilang ketika berada di rumahnya. Rumah seorang Tok Guru!

Jadi beliau kumpulkan semuanya murid-muridnya dan bertanya kalau-kalau ada sesiapa yang meminjam atau terambil. Kalau terambil sila kembalikan dan beliau akan memaafkannya. Malangnya tidak ada siapa pun yang mengaku.

Setelah beliau yakin yang mencuri radio itu bukanlah dari kalangan Murid-Muridnya, maka beliau bersolat hajat selama 3 malam berturut-turut. Masuk hari ke empet, seorang dari muridnya hilang dan tidak hadir kelasnya. Pada hari ke enam baru beliau tahu muridnya ini ditimpa sakit yang teruk. Beliau mencuba sedaya upaya memulihkan muridnya ini tetapi gagal dan akhirnya murid ini meninggal dunia dengan perut buncit membusung. Inilah salah satu kesan Kifarah dari Solat Hajat.

Cerita ini diceritakan sendiri oleh beliau kepada saya pada suatu petang ketika bersembang selepas kuliah agama. Cara-cara Solat ini pun beliau perturunkan kepada saya. Alhamdulillah.

4 comments:

  1. Boleh tolong ajar saya cara solat hajat tersebut..Pn.Laila

    ReplyDelete
  2. Pn. Laila

    Sila berikan alamat email dengan gunakan email saya di sebelah

    ReplyDelete
  3. saya juga berhajat tuan. harap tidak menghampakan.

    ReplyDelete
  4. Nasron

    Insya Allah. Email saya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa