Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 17, 2011

Dah Agak Dah...Simunafik Tak Ber'telur'


Liwat II: Bekas IGP juga enggan jadi saksi pembela

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim - apabila mereka mengajukan pertanyaan mengenai merit kes semasa sesi temubual.

Menurut peguam Sankara Nair, pada mulanya Musa sedia bekerjasama dengan mereka, termasuk Anwar dengan menjawab beberapa soalan.

NONE“Bagaimanapun, apabila kita tanya mengenai merit kes itu, Musa jawab beliau tidak mahu menjadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual,” kata Sankara.

Anwar mencelah dan berkata, “ Ia sudah dalam skrip.”

Sankara berkata pertemuan dengan Musa hanya berlangsung kira-kira lima minit apabila beliau muncul pada jam 2.30 petang.

Bersama Sankara yang mengendalikan temubual itu adalah peguam Ram Karpal dan Param Cumaraswamy.

Sankara berkata pihak pembelaan agak kecewa kerana meskipun hakim berkata saksi mempunyai hak untuk tidak menjawap, Musa sepatutnya membantu.

“Namanya secara langsung disebut oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Justeru, beliau patut membantu kita,” katanya

“Siapa tahu, apa yang diperkatakannya itu mungkin membantu pihak pembelaan. Tetapi Musa memilih untuk tidak berbuat demikian.”

Mohd Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata dia menelefon telefon bimbit ketua polis negara itu selepas mengadu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, datuk Seri Najib Razak berhubung perbualan yang didengarnya.

Menurut Sankara, temubual dengan Musa berjalan dengan tenang meskipun beliau pernah disiasat berhubung dakwaan memalsukan bukti pada perbicaran kes liwat pertama yang
membabitkan Anwar.

Seorang lagi saksi yang ditemubual oleh pihak pembelaan adalah bekas pembantu Anwar, Mohd Khoharullah Abdul Majid.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd diah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu pemimpin pembangkang itu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga pengadu dalam kes berkenaan, adalah saksi yang bercakap benar serta boleh dipercayai.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

mk

3 comments:

  1. buat malu kaum aje.....penakut, hipokrit dan munafik punya manusia. tuduh pandai tapi bila orang minta beri keterangan...kecut telor..kebatilan pasti akan hancur.Barua dan sesiapa yang melacurkan profesion untuk pangkat pasti akan menerima balasannya tanpa mengira anak guru quran atau sesiapa.

    ReplyDelete
  2. Wednesday, August 17, 2011
    GEMPAR MAUT!!! MUSA HASAN TAKUT DENGAN ANWAR!
    Muahahahahaha...

    Anwar memang gagal. Dia ingat, bila dia 'ARAHKAN' hakim bagi kebenaran kepada dia dan para peguamnya untuk menemuduga yang dikatakan oleh Suara Keldaian, 'disapinakan' beberapa orang saksi yang tiada kaitan dengan kes liwatnya, dia boleh terus tunda-tunda kes. Kemudian, peguamnya pula kata, pendakwaraya yang nak lengah-lengahkan perbicaraan sebab tak heret saksi-saksi yang diinginkan disarankan kepada pihak Anwar. Pendakwaraya pula dipertanggungjawab oleh para peguambela Anwar untuk mencari dan memastikan saksi-saksi tersebut menghadap mereka.

    Musa Hasan adalah salah seorang daripada saksi yang dibenarkan mahkamah untuk ditemuduga. Dan sama seperti saksi-saksi dalam senarai TUNDA Anwar itu juga, Musa Hasan juga mempunyai kebebasan sama ada mahu ditemuramah atau pun mahu menjadi saksi. Kalau dia tidak mahu, Anwar dan barisan peguamnya memang tidak boleh berbuat apa-apa.

    Hari ini, Musa Hasan berjumpa dengan peguambela Anwar. Salah seorang peguambela Anwar, Ram Karpal Singh berkata, Musa Hasan adalah SAKSI PENTING tetapi dia enggan menjadi saksi Anwar...

    Korang nampak tak permainan harami nih?

    Kalau dah saksi penting, mengapa tak minta mahkamah sapina Musa Hasan? Nak kelirukan rakyat Malaysia la tu, antara SAPINA dengan KEBENARAN MENEMUDUGA.

    Patutnya Anwar minta mahkamah benarkan dia temuduga tukang kebun, tukang masak, tukang cuci, pemandu, amah, bidan, tok bomoh, tok dukun, tukang sapu sampah atau pun tiang lampu, tembok, dinding, kipas siling dan sebagainya. Kalau menurut kata-kata Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya, semua saksi-saksi yang tidak mahu jadi saksi itu adalah watak penting dalam Liwat II yang mereka katakan sebagai fitnah. Belum bicara lagi, sudah dikatakan fitnah sedangkan pihak pendakwaraya telah pun menunjukkan bukti yang sangat kukuh serta menampilkan saksi-saksi yang gagal disanggah oleh barisan peguam Anwar.

    Konon-kononnya, hari Isnin nanti pembelaan akan diteruskan walaupun saksi tak mahu jadi saksi. Konon-kononnya Anwar akan masuk ke kandang orang salah dan kemudian bela diri.

    Korang percaya?

    Suatu ketika, bila Anwar ditempelak dan digelak-gelakkan kerana terlalu banyak tunda, Karpal Singh yang merupakan ketua peguambelanya berkata, tiada lagi tunda-tunda... alih-alih, pada tarikh berikutnya, tunda tetap tunda dan sudah lebih 70 kali penundaan dibuat.

    Hari Isnin nanti pun, tunda jugalah... memang Anwar akan tunda... mesti ada helah lain untuk tunda...

    Dan untuk menyedapkan hati, para pencacai Anwar pun berkata, Musa Hasan takut dengan Anwar...

    Muahahahahaha!!!
    Posted by House PK at Wednesday, August 17, 2011

    ReplyDelete
  3. cam babi la komen penngangkut najis leekonyu ni.khark tuihhh!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa