Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 23, 2011

Statements Yang Buta

Bagi saya ini adalah statements yang buta kerana sejak dari awal pihat barat memang telah campur tangan.

Bantuan memang diterima oleh Pemberontak dari barat dan NATO sejak lama sebelum kejatuhan Gaddafi.

Jadi mana mungkin pihak luar (US dan NATO) tidak akan menyelit selepas ini beralasan membangunkan Infrastruktur, Ekonomi dan Politik yang telah musnah kononnya.

Tambahan pula telaga minyak sekarang tengah terlohong!

Apa lagi nak tunggu. Libya juga akan jadi seperti Iraq dan Afghanistan. Apa pun rakyat Libya telah terjatuh ke mulut buaya setelah terlepas dari mulut naga.

Kesiaaan.....

Libya: PAS harap tiada campur tangan asing

Aziz Muda - Harakah






KUALA LUMPUR, 23 Ogos:
Rakyat Libya diingatkan agar memastikan tiada ruang yang dibuka oleh mereka kepada kuasa luar khususnya negara-negara Barat daripada campur tangan dalam urusan politik, pembinaan negara dan infrastruktur yang musnah dalam kebangkitan rakyat, dalam tempoh peralihan kuasa di negara itu.

PAS tidak mahu campur tangan kuasa luar dalam menentukan jatuh bangun politik dan ekonomi Libya, sebaliknya ingin urusan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Libya untuk menentukan kepimpinan dan membangunkan negara mereka.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sehubungan itu menyeru pemimpin-pemimpin negara umat Islam dan OIC memainkan peranan segera untuk memastikan tiada campur tangan asing di Libya yang akan mengakibatkan kemusnahan kedua selepas kejatuhan Gaddafi.

Menurut beliau, amat malang bagi rakyat Libya dan masyarakat dunia amnya jika berlaku campur tangan kuasa asing selepas kejatuhan regim Gaddafi.

Katanya, PAS mengucapkan tahniah kepada Majlis Peralihan Negara Libya dan rakyat Libya keseluruhannya di atas kejayaan menguasai Tripoli, sekali gus memberi isyarat kejatuhan rejim Muammar Gaddafi yang memerintah Libya secara kuku besi selama lebih 40 tahun.

"Kejayaan ini merupakan satu menifestasi kebangkitan rakyat yang inginkan perubahan dan kebebasan setelah sekian lama dikongkong dan dizalimi oleh pemerintahan Muammar Gaddafi yang juga banyak membunuh dan memenjarakan rakyat yang tidak sehaluan dengannya," katanya.

Setiausaha akhbar beliau, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini, berkata, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan, dunia juga mengetahui bagaimana rakyat Libya memulakan kebangkitan dengan jalan damai iaitu berdemonstrasi di jalan raya.

Namun, ia berakhir dengan penuh kemusnahan kepada negara akibat tindakan ketenteraan yang dimulakan oleh pihak kerajaan sehingga membawa campur tangan asing yang memburukkan keadaan.

Katanya, kini pemerintahan regim Gaddafi telah berakhir di Libya dan PAS mendesak supaya pemimpin diktator yang dijatuhkan itu dibawa kepada proses pengadilan dan tidak dijatuhkan hukuman sebarangan mengikut kehendak masing-masing.

"Mereka perlu dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) bagi melalui proses perbicaraan yang adil sebelum sebarang hukuman dikenakan," kata Abdul Hadi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa