Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 4, 2011

Tak Payahlah Sibuk Dengan Rumah Orang!

PAS tak payahlah sibuk dengan rumah tangga orang. Mantapkan keadaan dalam rumah sendiri dulu. Patikan Tiang Seri teguh dan serambi tak goyang.

PAS dakwa ada gerakan jatuh Najib dalam Umno
Abdul Rahim Sabri
Ogos 4, 11
11:59am

PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

NONESetiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi
menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujudnya 'pertemuan sulit' antara Menter Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.

Mustafa mendakwa isu pertemuan tersebut sengaja dibangkitkan bagi mengalih isu dalaman Umno iaitu gerakan menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri yang disifatkan setiausaha agung PAS itu sebagai "agak serius".

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".

"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.

rosmah mansor najib 250609 02Ditanya daripada mana gerakan tersebut, Mustafa mendakwa ia daripada kalangan pemimpin Umno sendiri.

"Pada waktu ini saya tak mahu sebut lagi," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".

Ditanya mengenailaporan sebuah portal berita yang mendakwa Penawar - sekumpulan bekas ahli parlimen Umno yang diketuai bekas menteri kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin - mengetuai gerakan tersebut, Mustafa berkata:

"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengesahkannya. Boleh jadi sama. Saya tidak mahu mengesahkannnya".

Mustafa mendakwa Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut.

- mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa