Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 8, 2011

Pak Din Dan Keluarga Kena Sihir!

Malam itu Bomoh tadi Pak Din balik bawa ke rumah. Dia menyatakan syarat berubat mesti melalui beberapa langkah.

1. Mengenal pasti penyakit - Dalam diri atau Sihir
2. Mengenal Jenis Sihir dan Bahan yang digunakan
3. Pengkeras mengikut apa yang bayar oleh Manusia yang menyihirkan kita
4. Membuang atau menyahkan Penyakit/Sihir dari badan Pesakit dengan cara Tutung (sedut dari atas Ibu kaki)
5. Mengenal pasti tempat di mana bahan sihir di letak/taburkan di kediaman kita
6. Menghapuskan kuasa sihir di kediaman kita dan meminum sejenis air penawar yang didoakan.
7. Memagar kediaman menggunakan 7 anak batu sungai yag diambil di dalam air deras
8. Menekap pada tempat yang sakit dengan asap bahan ubat yang dibekalkan oleh Bomoh selama 3 petang/senja
9. Mandi berlimau dan Tepung Tawar

Mengenal pasti penyakit - Dalam diri atau Sihir

Seperti diceritakan pada N3 sebelum ini. Kami terpaksa makan sirih pinang yang telah dijampi. Setelah kenal apa penyakit sebenar, Bomoh akan panggil semangat siPelaku dan bomoh akan memrikan gambaran sifat luaran siPelaku. Kita akan tahu siapa dia.

Mengenal Jenis Sihir dan Bahan yang digunakan

Macam kes kami ini bahan yang digunakan ialah Debu Besi Bud dan Abu Mayat yang di tabur sekitar rumah dan di empat paip air di luar rumah. Termasuk pada salah satu kereta kami di tayar dan bahagian driver.

Pengkeras Ubat

Biasanya jumlah yang sama akan dikenakan kepada pesakit berdasarkan julah yang bayar oleh Manusia yang menyihirkan kita kepada bomoh yang kenakan kita. Kita diberitahu dari mana asal datangnya bahan yang mengenakan kita.

Membuang atau menyahkan Penyakit/Sihir

Pak Din diminta duduk dengan cara belunjur di hadapan bara yang dibubuhkan ramuan ubat dan perasap. Sambil itu Bomoh menggosok dan melurut badan Pak Din dari kepala kebawah sehingga ke Ibu kaki. Di Ibu kaki inilah Bomoh menyedut di bahagian atas Ibu Kaki dengan kuat.

Selapas itu Pak Din dikebas/libas pula dengan sejnis daun di seluruh badan. Selepas dilibas, kedua-dua belah kaki Pak Din diasapkan dengan bahan perasap tadi.

Mengenal pasti tempat di mana bahan sihir di letak/taburkan di kediaman dan menghapuskan kuasa sihir

Di rumah Pak Din Bomoh round sekitar dalam rumah dan di luar rumah termasuk laman. Pak Din nampak sekiranya ada bahan sihir di situ, Bomoh akan muntah.

Jadi di situ Bomoh akan menabur Beras yang dijampi dengan kuat (dibaling). Ini adalah cara menghalau Jin atau Syaitan yang hantar ke situ.

Bila dah selesai dengan menabur beras, kami diberikan air penawar yang telah dijampi/doa untuk diminum dan basuh kepala serta muka.

Memagar kediaman

Pak Din diminta buat sendiri pada malam itu juga memagar kawasan rumah dengan menggunakan 4 biji batu sungai dari 7 biji yang diambil sebelumnya di 4 penjuru rumah dengan membaca Qulhuwallah dan Ayat Alkursi. Sambil itu berdoa memohon Allah memberkatinya.

baki 3 biji lagi batu adalah digunakan untuk alas tempat letak air minuman (water dispenser) di dalam rumah.

Menekap pada tempat yang sakit dengan asap bahan ubat

Pak Din dibekalkan dengan sejenis bahan ubat untuk ditaburkan ke dalam bara untuk perasap seluruh badan dan di tempat yang sakit 3 senja berturut-turut.

Bahan ini sekiranya diletakkan ke dalam bara, asapnya cukup melemaskan. Menyakitkan dada. Tapi kerana nakkan sembuh maka dipaksakan diri untuk buat juga.

Dan sekiranya sakit berulang perlulah diperasap lagi sehingga baik.

Mandi berlimau dan Tepung Tawar

Upacara ini dibuat pada minggu berikutnya.
Pak Din dimandikan dengan air 7 jenis bunga dan 7 biji limau purut yang telah didoakan.
Selepas dimandikan, Pak Din ditepung tawar pula. Maka tamatlah upacara berubat sepenuhnya.


Alhamdulillah selepas upacara tamat, Pak Din anak beranak semakin pulih dan sihat. Sehingga hari ini boleh dikatakan 80% sudah pulih dan beransur pulih.

2 comments:

  1. Salam Pak Din,

    Alhamdullilah..jodoh pak Din dgn bpengamal perubatan tu serasi dan dikabulkan Alah SWT. Saya masih sakit sampai sekarang walau dah berubat di merata tempat....rezeki di tutup..perniagaan saya merundum sampai kehabisan wang ringgit. Doakan saya bertemu dgn yang serasi dalam perubatan saya dgn orang2 bijak pandai dalam hal ini.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Sebelum sembuh 80%, Pak Din sakit apa? Tanda2 sakit la

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa