Gesaan PERKASA supaya umat Islam membakar Bible versi Bahasa Malaysia yang menggunakan kalimah Allah, telah mendorong beberapa pihak mempersoalkan ketiadaan tindakan oleh Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap perkara itu.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata Najib tidak lagi boleh berdiam diri terhadap gesaan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang dianggap oleh pemimpin DAP "berunsur jenayah".

NONESehubungan itu, beliau meminta Najib membuktikan keikhlasan 
beliau ketika memberitahu rakyat Malaysia beragama Kristian bulan lepas bahawa kerajaan "tidak lupa" kepada mereka.

Sikap berdiam diri perdana menteri akan menghancurkan konsep 1Malaysia yag dipelopori oleh beliau sendiri, dan dan membuktikan pengkritik beliau betul apabila mengatakan konsep seumpama itu semata-mata bermotifkan politik.

Sentimen Gobind itu turut dikongsi oleh Gerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS), yang berkata, ahli Parlimen Pasir Mas itu telah dibenarkan mengucapkan kata-kata yang ofensif dan mengapi-apikan seperti itu.

"NONEBagaimana boleh sesiapa pun rakyat Malaysia, apatah lagi
pemimpin kerajaan yang waras, terus bertolak ansur dengan orang seperti Ibrahim Ali dan kumpulannya PERKASA?" kata pemimpin MoCs, Francis Paul Siah dalam satu kenyataan.

"Kami amat kecewa dengan perdana menteri kerana tidak berbuat apa-apa terhadap perkara itu. Adakalanya, kita tertanya-tanya sama ada Najib juga adalah perdana menteri Sabah dan Sarawak atau hanya Malaya," kata Siah. - mk