Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 21, 2013

Sikatak Perasan Gajah

Bila perasan lebih dari realiti
Maka jadilah tin kosong - bunyinya kuat, isinya kosong
Adakah kekalahan BN (kalau berlaku), adalah kerana tidak disokong Perkasa?
Dahlah jadi anjing buruk kepala
Perangai pula mengada-ngada!

Perkasa beri amaran tarik ikrar menyokong MIC, MCA
January 21, 2013


Dalam laporan media baru-baru ini, pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali dalam konvensyen Perkasa di Pulau Pinang mencadangkan supaya naskhah Injil dibakar untuk menghentikan tindakan menghina sensitiviti orang Islam.

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) memberi amaran akan menarik semula ikrar sokongan kepada parti komponen MIC dan MCA ekoran kecaman ke atas mereka dalam isu ugutan membakar kitab Injil baru-baru ini.


Dalam satu kenyataan hari ini, Perkasa menjelaskan kenyataan presidennya Datuk Ibrahim Ali telah disalahtafsir kerana kitab Injil yang dimaksudkan adalah dalam bahasa Melayu.

“Saya mengesahkan Presiden Perkasa ada sebut ayat bakar Bible tetapi beliau tidak bermaksudkan Bible dalam bahasa Inggeris yg sebenar.

“Beliau memaksudkan Bible dlm bahasa Melayu yg menggunakan perkataan Allah dan tulisan jawi,” kata setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali.

Dalam laporan media baru-baru ini, Ibrahim dalam konvensyen Perkasa di Pulau Pinang mencadangkan supaya naskhah Injil dibakar untuk menghentikan tindakan menghina sensitiviti orang Islam.

Ekoran kenyataan tersebut, pemimpin MIC S Vell Paari yang juga anak kepada Datuk Seri S Samy Vellu  mendesak kerajaan segera bertindak ke atas Ibrahim jika tidak mahu hilang undi bukan Melayu.

“Jgn buat kami terpaksa ubah ikrar kami yang kami lafazkan di Perhimpunan Agung Perkasa pada 15 Disember tahun lepas untuk bersatu padu menyokong semua calon BN termasuk MCA dan MIC,” kata Syed Hassan.

Syed Hassan juga mengingatkan MIC bahawa mereka turut memerlukan undi Melayu dalam pilihan raya tahun ini jika mahu menang serta mempertahanan kenyataan presiden mereka tersebut.

“Kepada Vell Paari, Perkasa nak ingatkan beliau yang MIC juga perlukan undi Melayu.

“Perkasa menganggap bible jenis ini bukan bible sebenar dan ia tidak lebih dari tujuan utk mengelirukan umat Islam dan akhirnya akan keluar dari Islam dan memeluk Kristian,” ujar beliau lagi.

Perkasa turut menyelar pengamal undang-undang. Syahredzan Johan yang mengatakan Ibrahim boleh diambil tindakan undang-undang di bawah seksyen 298 dan 505 serta mempersoalkan mengapa beliau tidak menyatakan pendirian dalam isu penyebaran agama lain kepada umat Islam.

Perkasa aktif dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan seringkali mengkritik Pakatan Rakyat (PR) –—gabungan PKR, PAS dan DAP yang dikatakan menggugat kepentingan  Melayu dan bumiputera sepertimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kehadiran Perkasa tidak disenangi oleh sesetengah pihak terutamanya dari PR yang menggangap pertubuhan tersebut mengamalkan perkauman dan tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

3 comments:

  1. KAHKAHKAH KATAK NAK JADI JAGUH! ABU JANGAN LUPA !

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah!!!! Sapa nak ambik pot dgn lu wooiii!!!! BOLEH BLAHHHHHH!!!!!

    ReplyDelete
  3. Gua amat setuju dengan tindakan lu Brahim Ali....bagi percepatkan UMNO kojol.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa