Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 30, 2013

Betullah Tuu... Tapi Janganlah Ambil Kesempatan

Setakat mana bersihnya daftar kita?
Memang tidak ada yang boleh diperakui bersih seratus peratus
Janganlah pula mengambil kesempatan pada kelemahan kita sebagai manusia

Takkan tak perasan pemilih yang didaftarkan dengan alamat karut marut?
Atau sehingga 20 orang pada satu alamat?
Bila ditanya atau dipertikaikan,
Mulalah menjawab dengan angkuh dan berbelit-belit

SPR: Tiada Negara Dalam Dunia Boleh Jamin Daftar Pengundi Bersih 100%
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa supaya peristiwa yang berlaku di Sabah sehingga mengakibatkan tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak dikaitkan dengan integriti SPR hari ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jaminan kepada daftar pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan dipastikan dibuat secara telus dan lebih ‘bersih’.
“Apa yang berlaku pada 1990 jangan dibandingkan dengan sekarang, itu (RCI) pun sedang berjalan dan kita tak tahu keputusannya. Yakinlah daftar pemilih Malaysia ini adalah bersih, kalau tak bersih, kamu boleh periksa sendiri dan beritahu SPR,” kata Abdul Aziz.
Belia berkata, pihak SPR sedaya upaya akan menjadikan daftar pengundi dikemaskini setiap hari, namun tidak menolak kemungkinan ia tidak mampu dibersihkan seratus peratus kerana perkara itu adalah mustahil.
“Dalam dunia ini, walaupun di negara maju mana sekalipun, tiada daftar pengundi 100% bersih. Kamu beritahu saya. Biar saya tanya dia macam mana dia buat (daftar pengundi bersih).
“Kalau hari ini kita dah bersihkan, minggu depan ada 10 orang meninggal, ia akan dikiradirty, lucut kewarganegaraan juga dirty, dari semasa ke semasa, setiap hari kita bersihkan daftar pemilih mengikut undang-undang untuk pastikan ia bersih,” tambah beliau.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Portal PRU 13 Online, Gerbang Informasi Pilihan Raya di Putrajaya pada Rabu.
Sehubungan itu, bagi menjadikan daftar pengundi lebih bersih dan telus, SPR turut menggesa semua pemilih atau pengundi bekerjasama dengan SPR mengemaskini maklumat masing-masing.
“Kalau tak bersih, sama–sama kita kena bersihkan, yang alamat salah, kena tukar alamat di JPN dan beritahu SPR. Masih sah dan bukan pengundi hantu kalau tinggal di tempat lain, alamat di tempat lain. Setakat ini daftar pemilih Malaysia adalah bersih. Boleh periksa sistem kita, sistem kita rigid,” katanya lagi.
Setakat ini 13.3 juta pengundi telah didaftarkan sebagai pengundi bagi PRU-13, tambahan kepada 2.6 juta berbanding Pilihan Raya Umum ke-12.
Walaubagaimanapun tambahnya, peningkatan jumlah tersebut tidak perlu dipertikaikan memandangkan PRU-12 sebelum ini adalah pada tahun 2008.
“Ini satu benda yang positif, ramai dah sedar dan mendaftarkan diri untuk mengundi. Dulu 2008 sekarang 2013. Nilai matawang pun dah berbeza. Selain itu ada beberapa faktor lain seperti bilangan pengundi, kategori pengundi yang berbeza. Pengundi biasa dan pengundi awal juga meningkat. Malah petugas-petugas SPR pun meningkat kepada 240 ribu orang,” kata Abdul Aziz.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa