Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 19, 2013

Artis: Tak Ada Ker Cerita Lain?

Cerita tentang artis hanya berkisar tentang
Nikah, cerai, nikah, cerai dan skandal
Seksi untuk popular dan bergaduh untuk publisiti
Tak ada yang baik untuk dicontohi!

Rabu Jun 19, 2013
Noniswara Dakwa Cedera Ditolak Suami
Noniswara mendakwa pernah cedera kerana ditolak suaminya

PETALING JAYA: Dramatis Noniswara Baharuddin mendakwa pernah cedera sehingga berdarah akibat ditolak oleh suaminya, Datuk Rosman Ridzwan di atas jalan raya ketika memujuk ahli perniagaan itu pulang ke rumah.
Akhbar Kosmo melaporkan Noniswara, 44, memberitahu ekoran kejadian itu dia ada membuat laporan polis bagi melindungi dirinya.
Pelakon itu berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa semasa disoal peguam syarie, Datuk Amli Embong ketika perbicaraan permohonan cerai taklik terhadap Rosman, 56.
Noniswara selaku plaintif membuat permohonan tersebut memberi keterangan secara sebelah pihak selepas Rosman tidak pernah memberi kerjasama terhadap permohonan cerai yang difailkan olehnya sebelum ini.
Permohonan cerai taklik itu difailkan pada 9 Mei lalu mengikut Seksyen 50 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes didengar dihadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus.
Dalam pada itu, Noniswara berkata, tindakan suaminya meninggalkan rumah kelamin sejak 5 September 2012 selain tidak memberi nafkah adalah selari dengan lafaz taklik yang dibacakan defendan pada hari pernikahan mereka pada 31 Julai 2009.
Pada prosiding tersebut, Noniswara turut mengemukakan tiga orang saksi iaitu adik lelaki, pembantu peribadi dan bekas pembantu peribadinya dan mereka mengesahkan keterangan pelakon itu.
Mahkamah menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan permohonan tersebut. - sumber

    No comments:

    Post a Comment

    Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa