Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 24, 2013

Melayu Masih Sayang Pada Labu-Labunya!

Memang Melayu susah untuk berubah
Melayu juga sukar menerima perkara baru...

Cuba lihat semasa Proton mula-mula dikeluarkan dulu
Tapi sekarang Protonlah yang banyak memenuhi jalan raya

Pakatan mahu hapus persepsi Melayu-Umno
Jamilah Kamarudin | June 23, 2013
Kalau kita lihat keputusan PRU13, orang Melayu masih bimbang kalau Umno kalah apa akan jadi kepada orang Melayu-Islam, kata Mohamad Sabu
AMPANG: PAS meminta kerjasama DAP mengatur strategi untuk menghapuskan persepsi rakyat terhadap Umno sebagai satu-satunya kuasa pelindung survival Melayu serta agama Islam di negara ini. 

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata usaha itu perlu dijadikan agenda utama Pakatan Rakyat dalam masa empat tahun akan datang khususnya dengan mensasarkan pengundi masyarakat Melayu-Bumiputera. 

Menurut Mat Sabu, perkara itu perlu dilihat secara serius jika dilihat berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sehingga menjadi antara punca utama kekalahan besar parti itu.

“Kalau kita lihat keputusan PRU13 bahawa orang Melayu masih bimbang kalau Umno kalah apa akan jadi kepada orang Melayu-Islam. “Ini kejayaan persepsi yang ditanam sejak merdeka sehingga yang menyebabkan rakyat takut akan Umno termasuk isu menjaga nama Allah,” katanya semasa berucap perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat di Hotel de Palma di sini hari ini. 

Katanya, semua pihak kini perlu berhati-hati setiap kali mengeluarkan sebarang kenyataan sensitif yang melibatkan isu agama dan perkauman sehingga memberi kelebihan kepada pihak lawan untuk dieksploitasi. 

“Perkara ni perlu dihalusi dan dibincangkan supaya kita tak merayakan kemenangan satu golongan tapi kekurangan di satu golongan yang lain,” katanya.

Kredibiliti PAS sebelum ini dilihat tercabar sehingga mendesak mereka menyatakan pendirian tegas, antaranya isu negara Islam, hudud, kerajaan perpaduan (Unity Government), dan isu kalimah Allah. 

Selain itu beliau juga berkata kesedaran masyarakat Melayu tentang isu kematian dalam lokap masih lemah sedangkan rekod menunjukkan jumlah kematian tertinggi adalah daripada kaum itu sendiri. 

Katanya, berbanding kaum lain isu hak asasi kurang diperdebatkan dalam kalangan Melayu dan berharap pemimpin Pakatan Rakyat dapat membantu menyeimbangkannya. 

Beliau sempat memohon maaf kerana ketidakhadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa perhimpunan Blakcout505 semalam dan konvensyen hari ini disebabkan mengalami masalah kesihatan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa