Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 19, 2013

Nasiblah Ko Orang Sabah......

Kenapa sekarang baru merungut?
Dulu kenapa diam?
Yang berikan kerakyatan adalah pemimpin-pemimpin yang Rakyat Sabah juga yang pilih
Sehingga ke PRU 13 pun Rakyat Sabah enggan berubah
Jangan salahkan orang lain jika Indon dan Bangla pun dapat BRIM
Nak salahkan siapa sekiranya ditakdirkan Ketua Menteri pun berketurunan PATI

ADUN API-API PENDATANG INDONESIA?

BERLAKU pertengkaran dalam pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pendatang di Sabah hari ini apabila pemimpin masyarakat Suluk berulang kali menegaskan bahawa seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dilahirkan di Indonesia.

Mohd Zaki Harry Susanto berkata, walaupun lahir di republik itu, Christina Liew (gambar) daripada PKR berjaya menjadi Wakil Rakyat Api-Api.
Mohd Zaki berkata, mereka mendapat maklumat daripada warganegara Indonesia di Tawau yang mengesahkan Liew seorang Cina Indonesia.

Beliau mengetengahkan isu itu kerana hanya kumpulan Bajau dan Suluk disasarkan dalam RCI, jelasnya.

"Jangan hanya sasarkan satu atau dua kumpulan etnik sahaja," katanya lagi.

Bagaimanapun, seorang pesuruhjaya RCI Henry Chin berkata, beliau pasti Liew lahir di Tawau dan beliau mengetahuinya kerana menjadi Ketua Polis di daerah di Sabah itu pada masa itu. (sk)

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa