Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 29, 2013

Siapa Yang Lebih Celaka?

Mana lebih celaka dan sial
Makhluk yang pecah maklumat kepada musuh berbanding yang menjual negara melalui Mykad projek kerana kuasa (undi)?

Published: Jumaat Jun 28, 2013 MYT 2:03:00 PM
Lahad Datu: Nombor Dalam Perbualan Telefon Yang Dipintas Kepunyaan Anak Tertuduh
KOTA KINABALU: Satu daripada nombor dalam perbualan telefon yang dipintas oleh polis adalah kepunyaan anak lelaki anggota polis yang dibicarakan kerana menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti keganasan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lahad Datu ASP Ang Seow Aun, yang juga pegawai penyiasat kes, berkata nombor 0138888359 didaftarkan atas nama Mohd Esham Hassan.
"Berdasarkan siasatan saya, pemilik nombor itu ialah anak lelaki tertuduh," katanya.
Ang memberi keterangan pada perbicaraan Detektif Koperal Hassan Ali Basari kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah beliau menerima permohonan daripada Supt Anwar Ahmad dari ibu pejabat Cawangan Khas di Bukit Aman untuk memintas perbualan telefon seorang anggota polis pada 15 Februari.
Beliau berkata, pintasan komunikasi itu diperlukan untuk memperoleh maklumatkeselamatan dan memastikan hubungan tertuduh dengan penceroboh Kampung Tanduo.
Pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan 18 saksi.
Hakim P. Ravinthran menetapkan 4 Julai untuk mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa