Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 20, 2013

Kerana SPR, Logikkah Tentera Hadapi Rakyat?

Black 505: Salleh jangan risau, tidak perlu tentera
Harakahdaily,20 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap cadangan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mahu menggunakan bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara terutamanya Himpunan Black 505 pada Sabtu ini sebagai tidak rasional dan relevan.

Bagi DPPWP, cadangan Salleh keterlaluan kerana menganggap perhimpunan tersebut sebagai suatu ancaman kepada negara dan dengan menggunakan tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan dalam keadaan bahaya.

“Mungkin  kenyataan Salleh hanya suatu provokasi bagi menakut-nakutkan rakyat agar menjauhi perhimpunan aman yang dijadualkan pada Sabtu ini,” ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Justeru, tanya beliau apakah pihak polis tidak pernah menangani perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini sehingga terfikir untuk menggunakan khidmat tentera.

“Bukankah negara ini meriah dengan pelbagai siri perhimpunan aman sejak dahulu lagi dan kesemuanya itu berakhir dengan aman tanpa sedikitpun pertumpahan darah?” tanya beliau lagi.

DPPWP menegaskan peserta perhimpunan bukannya pengganas atau penjenayah berbahaya yang mahu menjajah negara.

Katanya, kesemua peserta himpunan hadir dengan santai bersama keluarga tanpa senjata.

Negara ini pula, ujar beliau bukannya berada dalam keadaan darurat sehingga memaksa tentera turun campurtangan.

“Salleh tidak perlu risau dengan perhimpunan ini kerana rakyat bukannya pemberontak yang tidak tahu undang-undang dan hak mereka,” ujarnya lagi.

Tambahnya, semua pihak menghormati perlembagaan, undang-undang dan sistem pilihan raya yang diguna pakai di negara ini.

Bahkan, jelasnya pemimpin perhimpunan berikrar tidak akan menggulingkan kerajaan melalui jalan raya.

Menurutnya, rakyat hanya mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya yang telah ditipu dan SPR perlu bertanggungjawab terhadap kesemua dakwaan ini.

“Rakyat hanya mahukan kerajaan mengambil langkah menangani segera isu penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya dengan rombakan terhadap SPR serta penambah baikan agar PRU14 dijalankan dengan adil dan bersih,” katanya.

DPPWP mengharapkan, cadangan tersebut hanya tinggal cadangan dan tidak akan dilaksanakan menjelang himpunan Sabtu ini.
Katanya, rakyat menyanjung tinggi pasukan keselamatan terutama pasukan tentera yang begitu setia dan ikhlas berkhidmat untuk negara dan wajar tenaga mereka digunakan buat membendung jenayah dan pengganas yang menjadi ancaman sebenar kepada negara.

# Macam cadangan orang mabuk jer?

3 comments:

  1. Cadangan org bodoh. Salleh ni dtg dari keluarga bodoh. Mak bapal dia bodoh bahalol

    ReplyDelete
  2. Law is law.

    Imagine you teach your children YOUR younger ones, to BREAK THE LAW.

    One day, 10-100 years from now, when the country is in ruins from your teaching to others to break the law, imagine how they will curse you for years to come.

    Today, tomorrow, you may feel like a hero.

    If you do not follow the Rule of Law, go stay in the jungle.

    http://rainbowoftruth.blogspot.com/2013/06/perhimpunan-haram-di-padang-merbok-dan.html

    http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/10/ned-dan-penglibatan-ciliknya-di-negara.html

    By the way, while you are all sweating it out, get stuck in the jams and breaking your limbs, abiding to your leaders' call to take to the streets to protest on 22nd June, (the irony is)all your 89 beloved Members of Parliament, elected through the very same election methodology, are taking their oath on 24th June.

    What a joke.

    Now, isn't that HYPOCRISY and DOUBLE STANDARDS of the highest order?

    And you STILL listen to them?

    ReplyDelete
  3. Bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yg bersenjata polis di guna kn krn nk mematuhi Perjanjian Geneva dn untuk menangani perhimpunan rakyat Malaysia yg membantah penipuan dlm PRU 13 tentera di guna kn.Ini utk mematuhi perjanjian apa pula?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa