Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 27, 2014

Anggota Polis Dikepung

Rempuh Pasangan Kekasih, Anggota Polis Dikepung
Kereta peronda polis yang membawa seorang anggotanya dikepung selepas anggota keselamatan itu merempuh sepasang penunggang motosikal sehingga mati di Sungai Petani pada Rabu
SUNGAI PETANI: Sekumpulan penunggang motosikal menyerang anggota polis di luar tugasan selepas kereta yang dipandu anggota keselamatan itu merempuh sepasang kekasih sehingga mati di Jalan Badlishah di sini awal pagi Rabu.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa yang maut merupakan pembantu kedai telefon bimbit, Norfaezah Budiman, 21, dan penunggang motosikal yang juga kekasihnya, Azwan Shah Ishak.
Difahamkan, dalam kemalangan itu Norfaezah maut di tempat kejadian manakala Azwan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim selepas mengalami kecederaan parah.
Berikutan kemalangan negeri itu, seramai lebih 100 kumpulan penunggang motosikal telah mengepung anggota polis terbabit yang berusia 30-an di lokasi kejadian.
Bagaimanapun anggota keselamatan itu berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa amukan oleh anggota polis trafik yang tiba di lokasi kemalangan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, Azwan dipercayai menunggang motosikal dengan sekumpulan empat penunggang lain.
Tambahnya, ketika itu seorang anggota polis yang sedang memandu di belakang kumpulan tersebut telah merempuh motosikal Azwan sehingga menyebabkan pasangan itu maut.
"Kami telah menerima laporan kemalangan daripada anggota polis terbabit," katanya.
Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. - sumber

1 comment:

  1. Selalunya anggota polis yang merempuh tersebut akan terlepas atau dipertahankan habis-habisan oleh ketua jabatan mereka. Hukuman sebenarnya akan datang dari Allah di mana anak atau ibu bapa anggota berkenaan akan dilanggar oleh lori simen atau lori balak sehingga hancur berkecai dan berterabur otak maka barulah mereka tahu bahawa wujudnya Allah SNT dan pembalasannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa