Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 25, 2014

“Kajang by-election : The beginning of the end? The kiss of death? For whom?”

Adakah rakyat Malaysia nampak gambaran keseluruhannya? 
Ng Kee Seng 11:30AM Feb 25 2014
KOMEN: Gambar yang tersebar di Facebook ini menampakkan situasi sebenar politik Malaysia hari ini.
Ia adalah peringatan yang baik mengenai bahaya jika isu ekonomi dan sosio-politik tidak dilihat sebagai sebahagian dari isu utama.
Ahli politik berjaya dengan hanya berkata-kata dan tidak melakukan.
Ada yang mengatakan bahawa ahli politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat tidak banyak berbeza.
Itulah realiti politik. Dan realitinya adalah memilih pihak yang paling sedikit salahnya – atau anda akan sama-sama lemas dalam kapal yang sama.
Penyokong setia UMNO akan sentiasa mempersoalkan masa lampau Datuk Seri Anwar Ibrahim; semasa dia masih seorang ahli UMNO dan timbalan perdana menteri.
Adakah ini bermakna yang tiada siapa yang boleh berubah, walaupun sedikit?
Masa kinilah yang lebih penting dan akan memberi kesan secara langsung terhadap negara.
Peguam dan aktivis politik; Haris Ibrahim, penyelaras Asal Bukan UMNO, menulis analisa mengenai perkembangan politik di Malaysia pada 20 Februari, bertajuk: “Kajang by-election : The beginning of the end? The kiss of death? For whom?
Haris melihat dua sebab di atas kesemua spekulasi media dan orang awam menjelang pilihanraya kecil bertarikh 23 Mac ini.
Jelas yang PKR semakin berpecah disebabkan Menteri Besar Selangor; Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Maka timbul spekulasi yang ini punca sebenar pilihanraya ini terpaksa dilakukan.
Keduanya dan yang paling penting, unit perhubungan awam PKR gagal menguruskan peletakkan jawatan ADUN terdahulu; dan pencalonan Anwar dan sebabnya.
Haris melihat kepentingan merumuskan usaha pengarah strategi PKR; Rafizi Ramli dalam menyebarkan sebab-sebabnya:
  • PKR berhadapan masalah dan cabaran di Selangor yang memerlukan campurtangan;
  • Jika Perdana Menteri;  Datuk Seri Najib Tun Razak dilucutkan jawatan, UMNO akan dikawal oleh golongan sayap kanan yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad, dan taktik-taktik kotor akan mula digunakan bagi merampas Selangor;
  • Walaupun pentadbiran Khalid telah menetapkan tahap yang tinggi bagi integriti dan kesederhanaan dalam pengurusan wang rakyat, masih ada lagi perkara yang boleh diperbaiki. Selangor mesti menjadi bukti bahawa Pakatan layak ke Putrajaya; dan
  • PKR dan Pakatan bakal berhadapan serangan UMNO dan perlu diperkuatkan bagi mempercepatkan reformasi dan mematahkan serangan politik UMNO.
Haris juga berpendapat yang pandangan Rafizi yang paling penting perlu dinyatakan semula sepenuhnya.
“Sebab inilah keputusan mempertandingkan Anwar Ibrahim dalam kerusi DUN kerana ia akan memberi kami pilihan, jika perlu. Adakah ini bermakna perubahan kepimpinan dalam kerajaan Selangor? Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi kepimpinan kami akan bersedia jika UMNO menimbulkan masalah”.
Dengan kata lain, laluan Anwar ke Selangor adalah supaya PKR ada pilihan jika Khalid perlu digantikan.
Haris menambah: “Masuk pula hero PKR; Surendran bagi mendiamkan pengkritik.”
Haris adds: “Enter PKR’s latest gun-slinger, Surendran, to silence the critics.
““Kebanyakan kritikan ini adalah reaksi spontan, tiada hujah yang baik dan memaparkan ketiadaan pemahaman mengenai parti dan politik,” jelas Surendran dalam sebuah kenyataan hari ini…Pengkritik ‘Serampang Kajang’ gagal memahami yang demokrasi moden tidak akan berfungsi dengan baik tanpa adanya perebutan parti-parti bagi mendapatkan kelebihan politik dan undian. Dan ini boleh diperolehi dari cara-cara yang sah, termasuklah pilihanraya kecil”, dia dilaporkan berkata kepada Malaysiakini.
Haris membalas: “Jawapan pendek saya kepada Surendran adalah kerana saya memahami lumrah politik berparti lah saya hanya berkhidmat di luar parti politik.
“Dalam laporan Malaysiakini yang dirujuk di atas, Azmin dikaporkan berkata yang dia tidak boleh dipersalahkan dalam pergolakan di Selangor, dan berkata yang dia tidak boleh mengarahkan Anwar untuk melakukan apa-apa.
“Tetapi sumber saya memberitahu sebaliknya. Azmin dilaporkan memberitahu Anwar yang kalau Khalid tidak meletakkan jawatan, 11 ADUN PKR negeri itu akan meletakkan jawatan dan seterusnya menjerumuskan negeri itu ke dalam konflik.
“Kemudian, banyak juga laporan menyatakan yang pemimpin Pakatan lain tidak tahu-menahu mengenai perkara yang menyebabkan kerusi DUN Kajang dikosongkan.
“Saya diberitahu yang ini tidak benar. Paling tidak, mereka mengetahui yang Azmin berkeras mahukan Khalid diturunkan. Dan mereka menyebelahi Azmin dalam hal ini. Cuma mereka tidak bersetuju yang Khalid digantikan Azmin sebagai MB, seperti yang dihajatkan Azmin.
“Ramai dalam PKR juga berpendapat sebegini, termasuklah Anwar. Sebab itu mereka perlukan “pilihan”, seperti yang dikatakan Rafizi. Jika semua ini betul, saya bersimpati dengan Anwar kerana dia tersepit.
Namun timbul pula persoalan, mengapa bukan sahaja PKR, tetapi juga Pakatan, yang mahukan Khalid dipecat? Saya meneliti dengan lebih mendalam.
“Semenjak kebelakangan ini, dia tidak dapat dihubungi ahli exconya, tidak seperti dahulu. Banyak perjanjian dilakukan tanpa perbincangan dengan ahli kanan parti, tidak seperti dahulu.
“Dia senyap dalam isu kalimah ‘Allah’ dan serbuan ke atas Bible Society of Malaysia. Isu Syabas juga masih tidak selesai.”
Haris bertanya: “Adakah kerajaan Pakatan Selangor menuju ke arah pergolakan yang tidak akan diselesaikan, jika mereka cuba menjatuhkan Khalid selepas pilihanraya Kajang?
“Lebih teruk lagi, akan adakah sabotaj dari kalangan ahli mereka sendiri yang bekerjasama dengan pihak lawan, untuk menidakkan kemenangan yang dilihat bakal menjadi milik Anwar di Kajang?
“Siapakah di antara mereka yang akan mendapat untung paling besar, dengan menjadi pegar makan padi di Kajang?
Pada saya, jawapannya ada pada gambaran keseluruhan, seperti yang ditunjukkan dalam gambar bot tenggelam ini.

1 comment:

  1. Kepada ketua MCA Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai,

    Kami ingin memberitahu bahawa ketua cawangan MCA Gombak YIP KUM FOOK dan ketua pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, nama mereka sangat kotor di masyarakat Cina sebab mereka halau Sami Buddha keluar dari BUDDHA KUIL SAMNAK SAMBODHI, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, kepong, Kuala Lumpur.

    Untuk kemenangan pilihan kecil, Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun, kami harap peminpin MCA dan parti komponen BN, jauhkan orang yang tersebut di atas.

    Kalau tidak parti MCA tentu akan kalah dengan lincin

    Sekian, Terima Kasih

    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa