Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 22, 2014

Pada Saya Palanivel Berkata Benar

Apa Palanivel? Tugas MIC bagi megurangkan majoriti Anwar saja! 
V Shuman07:30PM Feb 21 2014
SEKILAS PANDANG: Bukan rahsia lagi bahawa Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel kerap ditempelak kaum India kerana “lemah” ketika menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat. Bagaimanapun, tindakan terbarunya menyebabkan ramai penyokong setia parti terpinga-pinga.

Akhbar Bahasa Tamil “Thina Kural (Suara Harian)” menyiarkan kenyataan Palanivel berhubung pilihanraya kecil Kajang di muka depannya.
Menurut laporannya, presiden MIC itu berucap di hadapan mesyuarat bahagian di Hulu Langat dan berkata “Anwar (pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan menang di Kajang dan BN akan kalah. Kita (MIC) hanya akan cuba mengurangkan majoriti beliau.”
Kenyataa Palanivel mengejutkan wartawan. Sumber juga memberitahu, perkara itu sudah sampai ke pengetahuan jentera pusat Barisan Nasional dan menaikkan kemarahan pemimpin Umno. Mereka mengharapkan sokongan parti komponen di dalam pilihanraya kecil itu.
Ini bukan kali pertama Palanivel yang merupakan menteri sumber asli dan persekitaran menyebabkan rasa sakit hati di kalangan ahli partinya. Sikap mendiamkan diri menyebabkan ahli parti mahu menyingkirnya dan melantik Datuk Seri S Subramaniam yang lebih lantang selaku pengganti.
Antara aduan yang kerap dilontar ke arah Palanivel ialah beliau terlalu degil dan tidak mendengar kata akar umbi. Palanivel juga memandang sepi cadangan S Vell Paari bagi meletak calon yang kuat di Pulau Pinang bagi berdepan DAP.
Vell Paari mencadangkan bekas bendahari J Dheenagaran dan Henry Benedict Aasirvatham dibenarkan bertanding dengan tiket BN di kerusi DUN Bagan Dalam dan Perai.
Palanivel menolak cadangan tersebut dan berkata DAP menerajui Pulau Pinang dengan baik dan tidak perlu diganggu. Beliau juga berkata beliau rapat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan  Timbalan Ketua Menteri (II) P Ramasamy dan mereka wajar kekal berkuasa.
Kepimpinan begitu menyebabkan MIC hilang identiti selepas PRU12 pada 2008 dan kini berada di dalam dilema. Persepsi di kalangan kaum India ialah parti tersebut lebih dihormati di bawah pimpinan Datuk Seri S Samy Vellu.
Perumpamaan Tamil berbunyi: “Jika kepala tidak betul, ekornya tidak betul.” Mungkin sudah tiba masa bagi Palanivel mendengar mesej yang disampaikan dan mula memulihkan parti tersebut bagi masa depan kaum India.
Jika sukar berbuat demikian, tolong ketepi dan beri laluan kepada pengganti.

2 comments:

  1. Orang jujur seperti Palanivel ini tidak akan lama dalam parti dan kerajaan. Hanya perasuah, penipu dan penyangak sahaja yang boleh kekal memerintah atas tiket BN/UMNOOO. Itu pun di negara 1Malayalam ini.

    ReplyDelete
  2. Seorang pemimpin yang jujur dan pragmatik, bukan seperti kebanyakan pemimpin2 MIC/MCA yang cuma tahu mengampu walaupun jelas tidak benar. Sepatutnya kaum India berbangga dengan seorang presiden parti sepertinya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa