Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 16, 2015

Himpunan baju merah: Apa yang mereka pertaruhkan?

Himpunan baju merah: Selepas ‘konsensus’, maruah parti komponen BN kini jadi pertaruhan 
09:30PM Sept 15 2015
oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Jika memang wujud keperluan bagi Barisan Nasional untuk hadir dengan konsensus yang sebenar, ia adalah ketika mesyuarat majlis tertingginya semalam.
Sejak sekian lama, Umno selaku parti terbesar dalam gabungan 13 parti itu telah menguasai proses membuat keputusan BN.
Sekadar “bersetuju untuk tidak bersetuju” berhubung Himpunan Rakyat Bersatu atau perhimpunan baju merah esok bukanlah keputusan mesyuarat yang dapat diterima.
Dalam mengumumkan keputusannya, Perdana Menteri dan Pengerusi BN Najib Razak dipetik Astro Awani sebagai berkata: “Kita (majlis tertinggi BN) telah berbincang panjang lebar tentang cadangan kumpulan tertentu mengenai 16 September, parti komponen memberi banyak pendapat dan kita setuju untuk tidak bersetuju dengan perhimpunan itu.”
“Ia bukan hari yang sesuai, saya hormat pandangan yang disampaikan dalam BN.
“Jika perhimpunan itu diadakan, ia perlu mematuhi undang-undang negara ini,” katanya lagi.
Sebagai presiden Umno, Najib sebelum ini mengumumkan bahawa parti itu “tidak terlibat” dalam penganjurannya yang sebelum ini dinamakan “Himpunan Maruah Melayu”.
Namun ahli Umno tidak dilarang daripada menyertainya selagi mereka mematuhi undang-undang.
LiowLiow
“Semua undang-undang perlu dipatuhi, bermakna mereka tidak boleh bawa poster yang membawa sentiment perkauman atau menghasut.
“Tidak boleh juga ada perbalahan dan polis juga telah diarahkan untuk membuat kawalan ketat dan mengelakkan laluan yang boleh mencetuskan provokasi,” katanya lagi.
Sementara itu, dilaporkan bahawa ketika mesyuarat itu berlangsung, beberapa pemimpin parti komponen BN telah sekali lagi menegaskan pendirian mereka membantah perhimpunan itu, yang dianjurkan sebagai reaksi kepada Bersih 4.
Malah, The Malaysian Insider memetik presiden MCA Liow Tiong Lai sebagai berkata, “majoriti” parti komponen tidak setuju dengannya.
“Kami mengulangi pendirian kami bahawa masa himpunan tersebut diadakan adalah tidak sesuai dan mempunyai unsur perkauman.
“Ia boleh merosakkan hubungan antara kaum dan memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi akibat tekanan tersebut,” katanya lagi.
Sementara itu presiden MIC S Subramaniam juga menegaskan pendirian parti yang menentang perhimpunan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa pihak berkuasa tidak akan membenarkan apa-apa perarakan di Bukit Bintang, Low Yat dan Jalan Petaling – kawasan majoriti masyarakat Cina di mana perhimpunan itu dirancang akan diadakan.
SubramaniamSubramaniam
Himpunan baju merah, anjuran Persatuan Silat Kebangsaan (Pesaka) yang dipimpin veteran Umno Ali Rustam mendapat lampu hijau daripada DBKL untuk dibuat di Padang Merbok.
Sementara Ali dan penganjur lain mungkin akan mengatakan matlamat perhimpunan adalah untuk “merayakan kesatuan” sempena Hari Malaysia, tidak dapat dinafikan lagi bahawa wujudnya nada perkauman yang dibawa sebahagian penyokong mereka yang mempunyai hubungan dengan Umno.
Najib dan Umno mungkin sekali lagi terlepas daripada menentukan “konsensus” BN tetapi jika ada kejadian tidak diingini berlaku ketika ia berjalan esok, seluruh parti komponen BN perlu membuatkan BN secara keseluruhan bertanggungjawab atas keputusan mereka.
Keputusan yang dibuat sebuah parti atau seorang individu bukanlah konsensus, seperti mana perhimpunan itu yang pada asalnya dianjurkan untuk “mempertahankan maruah Melayu” – mereka harus sedar bahawa maruah mereka sendiri kini menjadi pertaruhan selepas gagal mempertahankan keputusan “majoriti” ke atas Umno.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com

4 comments:

  1. mereka akan kehilangan undi cina dan india

    ReplyDelete
  2. Mat Bahalol aka Mat Mongol mana ada dalam negara

    Sudah chabut lah

    Kacau bilau kalau ber laku si Bacul akan kata "i tak tahu lah"

    Kepala Otak!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa