TPP hilang ditemui- tragisnya dalam tong bersimen
01:40PM Sept 16 2015
oleh Robin Stanley Augustin
SEKILAS PANDANG: Bersemadilah dengan tenang Kevin Anthony Morais
Pelbagai laporan berita kini telah mengesahkan apa yang ditakuti ramai akan berlaku.
Kurang dua minggu selepas dia diculik, mayat Timbalan Pendakwa Raya berusia 55 tahun telah dijumpai dalam sebuah tong minyak bersimen, yang dibuang di kawasan berpaya USJ 1.
Penemuan mayat oleh polis itu telah mengakhiri operasi mencarinya dan diharapkan memberikan sedikit ketenangan kepada keluarganya.
Morais telah berkhidmat dengan SPRM sebagai timbalan pengarah undang-undang dan pendakwaan selama lebih sedekat lamanya, sebelum dipindahkan kembali ke Jabatan Peguam Negara (AGC) beberapa bulan lepas.
Kemudian, pada 4 September, Morais meninggalkan rumahnya di Menara Duta dalam sebuah kereta Proton Perodua kerajaan berwarna kelabu.
Dia tidak sampai ke pejabatnya dan cubaan menghubunginya menemui kegagalan. Bimbang, keluarganya melaporkan kehilangannya pada 5 September.
Keesokan harinya, polis menemui sebuah kereta terbakar di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak, yang kelihatan seperti samada sebuah Honda Accord, atau sebuah Perdana (kumpulan kereta Perdana terakhir yang dibekalkan kepada kerajaan oleh Proton adalah binaan semula Accord).
Nombor kasis kereta sudah dilupuskan dan tiada orang dijumpai dalam kenderaan tersebut.
Kenyataan dari polis dan pelbagai laporan media telah memberikan petunjuk apakah sebenarnya yang berlaku kepada pegawai kanan kerajaan berusia 55 tahun itu. Rakaman CCTV yang diperolehi polis mendedahkan kereta Morais dipintas di Jalan Telawi, Bangsar, di mana beberapa orang menculiknya.
Seorang lagi penculik kemudian memasuki kereta mangsa dan kedua-dua kereta berlalu pergi.
Beberapa media melaporkan yang Morais kelihatan tertekan beberapa hari sebelum penculikannya dan memberitahu teman serumahnya yang dia sedang menguruskan sebuah kes yang sukar.
Terlalu banyak persoalan yang masih belum terjawab, tetapi kita semua tahu pengakhiran tragedi malang ini.
Kes ini kini menjadi kes bunuh dan polis perlu mendapatkan keadilan untuk Morais.
Laporan berita yang timbul mendedahkan terdapat tujuh orang suspek, termasuk doktor tentera yang telah ditahan berkaitan dengan kes ini dan polis percaya ia mempunyai kaitan dengan kes rasuah di mahkamah Shah Alam yang Morais kendalikan.
Walaupun polis sudah menemui mayat, beberapa persoalan serius perlu ditanyakan kepada pasukan penguatkuasa itu.
Abang Morais, Charles telah mengecam tindakan polis yang dikatakan lambat bertindak, apabila mereka mengambil empat hari untuk memeriksa CCTV tentang bagaimana Morais hilang.
Mengapakah polis mengambil masa yang lama untuk memeriksa rakaman CCTV?
Pada zaman ini bukankah itu yang sepatutnya polis lakukan dahulu?
Mungkin sudah sampai masanya untuk pegawai kanan kerajaan, terutama sekali mereka yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang, diberikan perlindungan sepanjang masa atau perlindungan polis.
Doa dan simpati kami kepada keluarga Morais yang kini berdepan masa sukar.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di robinstanley@hckmedia.com
Mendiang Kevin seorang pegawai dan lelaki baik – Gani Patail
TRP - UPDATED: Sep 16, 2015 04:11pm
Abdul Gani hadir di Hospital Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa. Foto fail TRP
Mendiang Kevin seorang pegawai dan lelaki baik – Gani Patail
TRP - UPDATED: Sep 16, 2015 04:11pm
Abdul Gani hadir di Hospital Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa. Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, 16 September:
Bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan mendiang Kevin Anthony Morais sebagai pegawai yang baik dalam menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Pendakwa Raya.
“Dia seorang pegawai dan lelaki yang baik,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), dekat sini.
Beliau yang hadir kira-kira jam 1.30 tengah hari ke HKL, mengakui berbuat demikian bagi memberikan sokongan kepada keluarga mangsa.
Menurut Abdul Gani, Morais sering mengendalikan kes -kes besar sepanjang menjawat jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Pagi tadi, polis yang dibantu bommba dan penyelam, mengeluarkan tong dram yang mereka percayai berisi mayat Timbalan Pendakwa Raya berusia 55 tahun itu.
Tong dram itu dibuang ke dalam kolam di belakang Sekolah Cina Chee Wen di Taman Subang Mewah.
Mayat dibawa ke HKL bagi mengenal pasti identiti mangsa.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Morais berhubung penemuan mayat itu.
“Semua anggota kerja SPRM berasa simpati terhadap insiden yang melanda Kevin Morais, yang berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang selama 10 tahun sebelum kembali ke Pejabat Peguam Negara pada Julai 2014, dan berharap keluarganya akan tabah menghadapi insiden ini.
“Kehilangan Kevin Morais adalah kehilangan besar kepada institusi yang mendukung undang-undang negara,” luah SPRM dalam satu kenyataan hari ini.
Suruhanjaya itu berharap mereka yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan.
Seorang doktor perubatan pusat perubatan tentera, yang berdepan dakwaan rasuah oleh Morais, adalah antara tujuh yang ditahan berhubung insiden itu.
rasuah punya pasal sudah sanggup bertindak macam ni
ReplyDeleterasuah musuh no 1 negara
gp tak dengar suara lama dah
hb pun dah tak bersuara
dah terok
Apalah erti laungan menghapuskan rasuah tapi zahirnya tidak menampakkan apa-apa tindakan yang berkesan. Undang-undang tidak lagi menjadi sempadan buat mereka yang mengamalkan rasuah, malah bila tergugat mereka mudah saja menjadi liar dan brutal.
ReplyDeleteYg dah sahih terlibat dgn rasuah tidak akan terhapus kesnya dgn cara membunuh pendakwa raya.......tetapi perasuah yg belum sabit kesalahanya yakin dgn membunuh pendakwa/penyiasat, kesnya akan hilang begitu sahaja.......
ReplyDeleteIni macam cerita tuya tuya jugak
ReplyDeleteOrang lain jadi kambing hitam lepas 6 bulan senyap lah dia tengok tengok bebas kat australia jugak kot kalau tak kat london
Modus Operandi sama saja
Apa hal Colonel Soljal nak buat kerja bodoh pasal 700,000 rengget saja pon
Kalau 700,000,000 dolar itu ada baloi jugak
Pau Pau Pau Mat Kampau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Mat Kampau sendiri pon tak boleh percaya lah
Apa pendapat Tun Mahathir agak nya?????
Ha ha ha ha ha ha ha
Ketawa besar Tun !!!!!!!!!
Lucu nya semua jadi bila Mat Bahalol tak ada kat Malaysia pulak macam dah di rancang ????
Pau Pau Pau.,,,,..,
Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!!!!!!