Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 17, 2015

Malaysiakini salah tafsir ke?

Kenyataan tiada kaitan dengan siasatan dana RM2.6b


Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk 'MACC: Not all donations are bribes' yang disiarkan pada 12 September 2015 dan laporan susulan bertajuk 'MACC, stop giving your own definition of ‘donation' dan 'What do you call RM2.6b ‘donation’ found in personal account?' bertarikh 15 September 2015.
Saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat pada 12 September 2015 sama sekali tiada kaitan dengan siasatan isu dana RM2.6 bilion yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ingin ditegaskan bahawa saya hanya membuat kenyataan secara umum mengenai perkara ini apabila diminta oleh wartawan bagi memperjelaskan takrifan “derma” dan“rasuah” bersandarkan peruntukan dalam Akta SPRM 2009 dan nas undang-undang.
Saya juga telah menyatakan bahawa selaku Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), saya tidak terlibat dalam siasatan kes yang dimaksudkan. Sebaliknya hanya memberikan penjelasan seperti yang diperjelaskan dalam ceramah pendidikan masyarakat SPRM.
Perkara ini telah dijelaskan kepada wartawan yang menghadiri sidang media pada 12 September 2015 di mana wartawan MalaysiaKini tidak hadir.
Siasatan bukan di bawah penyeliaan saya, sebaliknya persoalan berkaitan siasatan perlu dirujuk kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Dato' Sri Mohd Shukri Abdull yang bertanggungjawab ke atas siasatan yang dimaksudkan.
DATUK MUSTAFAR ALI timbalan ketua pesuruhjaya (pencegahan) SPRM

1 comment:

  1. Nie sekor lagi jenis manusia yg tak amanah.....dia nie beri makan keluarga dia makanan haram kerena tak menjalankan amanah yg ada pd dia....sumpah pembohong mcm nie lah...MACC nie pun mmg rasuah pun...cuma cara rasuah dia saje halal...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa