Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 21, 2015

Update dengan transkrip - Hisy loyar buruk: Akhbar lagi yang silap!

Dah kena sembur dan hambur kiri kanan
Akhirnya Akhbar yang dikatakan salah lapor

PAS nafi laporan sedia maafkan Umno
TMI - Published: 21 December 2015 10:54 AM
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam.
Takiyuddin berkata, beliau tidak “mendengar atau atau menjawab” soalan berbunyi atau membawa maksud “adakah PAS memaafkan Umno…” pada 1 sidang media selepas menghadiri program Perkasa di Kuala Lumpur semalam.
Ahli Parlimen Kota Baru itu menyalahkan portal The Malaysian Insider dan mengatakan kenyataannya diputar belit
"Sepanjang ditemu bual, saya tidak pernah mendengar atau menjawab soalan berbunyi atau membawa maksud ‘adakah PAS memaafkan Umno…’
"Oleh sebab itu, saya menganggap soalan seumpama itu tidak ada. Justeru, apa-apa ‘jawapan’ kepadanya juga tidak ada, atau datang daripada saya atau apa-apa yang dimaksudkan oleh saya,” katanya dalam 1 kenyataan awal pagi ini.
Menurut Takiyuddin, sidang akhbar diadakan di sebuah dewan dalam suasana bising selepas beliau menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa semalam.
Katanya, kenyataan sikap terbuka dan murah hati PAS terhadap orang lain apabila mereka memeluk parti dan perjuangan untuk menegakkan Islam, dan ia bukan bermakna “PAS mahu menyertai Umno”.
"Apabila ditanya kepada saya apakah langkah yang diambil oleh PAS terhadap isu yang dibangkitkan, iaitu kononnya ‘PAS akan bekerjasama dengan Umno’, saya menyatakan bahawa PAS akan memberikan penerangan ahli PAS tentang kekeliruan, salah faham yang timbul dan juga menangkis tohmahan terhadap PAS dalam isu ini.
"Ia bukan bermaksud PAS akan memberi penjelasan seolah-olah ‘kerjasama dengan Umno akan dilaksanakan,’”katanya.
Selain The Malaysian Insider, portal berita lain seperti Sinar Harian Online, The Malay Mail Online, Malaysiakini dan Mstar Online turut melaporkan perkara sama. – 21 Disember, 2015.

Transkrip sidang media Takiyuddin di Kuala Lumpur semalam:

Katanya, kenyataan sikap terbuka dan murah hati PAS terhadap orang lain apabila mereka memeluk parti dan perjuangan untuk menegakkan Islam, dan ia bukan bermakna “PAS mahu menyertai Umno”.

"Apabila ditanya kepada saya apakah langkah yang diambil oleh PAS terhadap isu yang dibangkitkan, iaitu kononnya ‘PAS akan bekerjasama dengan Umno’, saya menyatakan bahawa PAS akan memberikan penerangan ahli PAS tentang kekeliruan, salah faham yang timbul dan juga menangkis tohmahan terhadap PAS dalam isu ini.

"Ia bukan bermaksud PAS akan memberi penjelasan seolah-olah ‘kerjasama dengan Umno akan dilaksanakan,’”katanya.

Selain The Malaysian Insider, portal berita lain seperti Sinar Harian Online, The Malay Mail Online, Malaysiakini dan Mstar Online turut melaporkan perkara sama.

Berikut adalah transkrip sidang media Takiyuddin di Kuala Lumpur semalam:

Pemberita: Salam perpaduan antara Umno dengan PAS, pemimpin PAS pun beri 1 reaksi positif?

Takiyuddin: Sebagaimana kita semua maklum ucapan diberikan presiden, cuma yang penting kepada kita, perpaduan yang diperjuangkan  PAS selama ini adalah perpaduan dan “unity” berasaskan syariat.

Sebab itu sebagaimana kenyataan presiden PAS, sepanjang masa PAS berjuang atas dasar ini, sampai masanya ada pihak lain yang juga berjuang atau mengambil prinsip yang sama dengan PAS, maka PAS bersikap terbuka bersama-sama menjayakan agenda besar ini. 

Atas kata kunci perpaduan atau perjuangan berasaskan syariat itu kita bersama-sama mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Itu kenyataan presiden kita. Jelas. 

Pemberita: So maknanya PAS bersedia “forgive and forget”?

Takiyuddin: Itu antara ciri yang ada dalam perjuangan kita. 

Perkara ini bukan perkara baharu. Di dalam perjuangan PAS sendiri. Ramai pemimpin parti lain. Parti Umno sendiri. 

Yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik. Diterima dengan hati terbuka PAS. Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan “apply” perkara yang sama. 

Pemberita: Apakah selepas ini PAS dan Umno akan lebih kerap bertemu dalam majlis lain?

Takiyuddin: Itu bergantung perancangan kedua-dua pihak. Kita sekarang dalam proses untuk kita berikan penjelasan yang menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat dan perkara ini. 

Pemberita: Penerimaan ahli bagaimana?

Takiyuddin: Penerimaan saudara boleh melihat sekarang ini. Perkara yang baru memang ada tahap masing-masing. 

Tapi pokoknya dalam kepimpinan PAS, apa yang dibawa presiden PAS ini adalah satu yang bersikap kolektif atas nama parti. Itu adalah “collective decision” daripada parti. – 21 Disember, 2015.

Baca sepenuhnya di sini

7 comments:

  1. kah kah kah
    berita yang paling gembira diterima kelmarin adalah kenyataan Setiausaha Agong PAS dan MP Kota Bharu. Beliau berkata "PAS sedia memaafi UMNO".
    Berita paling gembira jika setia usaha Agong PAS terus mengisytiharkan diri menyertai UMNO.
    Walaupun PAS kehilangan satu kerusi di Parlimen, maka penyokong PAS Kelantan akan terasa beban yang berat yang selama ini dipikul bagaikan telah terlepas.

    ReplyDelete
  2. kelmarin "PAS sedia maafkan UMNO",
    bila orang tanya bila pula UMNo buat dosa dengan engkau, dengan bapa engkau, dengan mak saudara engkau, dengan anak kau, dengan bini kau?. Bukankah kau sendiri pun datang ke kelantan, nak cari makan dengan PAS?.
    ari ni guna alasan mudah!
    saya tak kata!!!!
    wartawan yang telinga pekak,
    wartawan yang tak pandai menulis,
    tiada soalan, wartawan yang tulis jawapan.

    kalau nak masuk UMNO pun tiada siapa yang menangis, tapi jangan libatkan PAS.

    ReplyDelete
  3. Perggggghhhh....Ingat ke Tuang Presideng je cakap flip-flop, rupanya Setiausaha Agung pun 2x5...Parti Islam ke bendenye nihhhh

    ReplyDelete
  4. Ingatkan tuan presiden saja yang mereng, ghupenya penyakit ni dah meghebak dekat orang sekeliling presiden. Bolehlah ghamai-ghamai minta temujanji dengan bahagian psikiatri Hospital Kuala Lumpur. Berubatlah mudah-mudahan cepat sembuh!!

    ReplyDelete
  5. maaf tak maaf bukan urusan orang yang mengatakan
    biar kaum kerabat memali mengatakan usah memandai lebih
    nak join umno join usah libat perkara lepas
    undi kali ni sorry bye bye pas ka umno sama-malun
    melanggar baih ahli parti

    tiada ketaatan dalam pemimpin menyokong pemimpin maksiat

    ReplyDelete
  6. Soalan : Adakah Pas tidak akan maafkan Umno?

    ReplyDelete
  7. Kebanyakkan Peguam yang bijak dalam PAS telah keluar dan sertai Amanah. Yang tinggal hanya Peguam tolol wal bahalul ben flip flop sama seperti Presideng lalok yang kerjanya meruntuhkan agama demi membina legasi kuasa dan wang ringgit atas dunia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa