Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 21, 2015

Kenapa sekarang ni terlalu banyak binatang hidup di kalangan manusia?

Kanak-kanak 4 tahun mati didera

 | December 21, 2015
Mayat mangsa dibungkus dengan tuala dan dipercayai telah meninggal dunia 24 jam lalu.
kanak-kanak-maut_polis_600
PETALING JAYA: Polis menemui mayat budak lelaki berusia empat tahun dalam keadaan dibungkus tuala dan hampir seluruh tubuh penuh dengan kesan luka serta lebam.
Mayat kanak-kanak malang itu ditemui dalam tandas rumah di Lorong Halimah Ja’amat, Kampung Sungai Udang, Klang malam tadi.
Memetik laporan Harian Metro, siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai mati akibat didera dan dipukul teman lelaki ibunya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jiran mangsa kira-kira 7.10 malam sebelum sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.
Katanya, pemeriksaan di rumah itu menemui mayat budak lelaki itu di dalam tandas rumah yang tidak digunakan lagi.
“Hasil siasatan lanjut terdapat kesan luka di bahagian kepala sebelah kiri mangsa, bengkak di kepala, calar dan lebam pada badan, hidung dan mulut berdarah serta kesan dera yang sudah lama.
“Kita turut menemui tuala putih yang ada kesan darah, seluar kanak-kanak, rotan, paip PVC serta batang mop dipercayai digunakan untuk memukul mangsa,” katanya, lapor akhbar itu.
Menurutnya, lelaki berusia 39 tahun dipercayai suspek dan adik iparnya berusia 29 tahun ditahan untuk membantu siasatan.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa adalah anak teman wanitanya yang baru bersalin dan kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Menurutnya, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu.
“Mangsa dipercayai tinggal bersama suspek sejak tiga minggu lalu.
“Mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk pengecaman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

1 comment:

  1. babi pun sayang anak
    ada maunsuia memang dah terok dari babi
    diserata dunia lani
    paliang bnayak ceriat macam ni kalau rajin baca berita dari
    negara adek dajai - Amarika
    sungguh tak terduga perbuatan jinayah yang dilakukan disana
    disini apa kurangnya
    berpaling dari suruhan Allah inilah padahnya semua pakat terkena
    bahana kedzoliman manusia

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa