TAHNIAH GURU TOK MUJTAHID YANG BERANI !!
Tahniah tok ucapkan kepada guru tok kerana walaupun sedondon bersanding di atas pelamin bersama Najib, namun guru tok telah mempamirkan kejantanannya menegur Najib secara berdepan.
Sepanjang ucapannya yg dpt kita dengar dan saksikan, guru tok telah menegur Najib perkara2 berikut;
1. Isu Memali - Sebaik saja guru tok tegur, Najib terus menangis teresak2 dan melutut dan memohon maaf kpd parti tok serta waris2 mangsa memali.
2. Isu rampasan royalti minyak - Guru tok tegur najib tentang mengapa dia rampas royalti minyak di Tganu sewaktu guru tok menjadi MB Tganu sepenggal? Sebaik saja guru tok tegur, esoknya royalti minyak telah pun dikembalikan termasuk di Kelantan.
3. Isu tuduhan Amno kpd parti tok yg menggelar parti tok "Parti Ajaran Sesat" (PAS) dlm satu programnya di Tganu dulu. Bila guru tok ungkit kembali kisah tersebut, sekali lagi Najib meraung atas pentas seraya merangkak melutut kpd guru tok mohon ampun.
4. GST - Guru tok tegur najib tentang GST yg zalim, memerah darah rakyat semua golongan, kaya dan miskin. Tak Islamik, kata guru tok. Bila guru tok sentuh isu ini, esoknya Najib umumkan telah menarik balik GST.
5. Isu 1 MDB - Guru tok kata, mana hilangnya 42 Bilion? Cuba jelaskan dengan jelas agar rakyat tahu. Kenapa gunakan Tabung Haji untuk selesaikan masalah hutang 1 MDB? Bila guru tok kata camtu, Najib cembeng dan kembali tersedu-sedan menangis dan mengaku kesalahannya serta berjanji minggu depan akan selesaikan isu 1 MDB.
6. Kes duit dalam akaun Najib RM 2.6 Bilion - Guru tok kata, kenapa duit derma dari pak syeikh Arab tu mesti masuk dlm akaun peribadi Najib? Adakah untuk bantu Amno atau ISIS ? Mana satu? Kenapa tak berani sebut nama penderma itu? Bila guru tok tinggikan suara bertanya hal itu di hadapan Najib, lantas Najib menghentakkan2kan kakinya sambil menangis dan meraung lebih kuat seraya memohon ampun dan berjanji akan ceritakan kisah sebenar tentang duit RM 2.6 Bilion itu.
7. Guru tok meneruskan tegurannya dengan berani. Guru tok bertanya, kenapa Altantuya dibunuh? Siapa arahkan pembunuhan tersebut dan bagaimana Sirul boleh lari keluar? Bila isu ini disebut oleh guru tok, semakin kuat Najib meraung bagaikan histeria sambil memaut2 bahu guru tok mohon ampun kerana gagal tangani dan jawab isu ini.
8. Guru tok tegur lagi, mengapa tol perlu dinaikkan? Mengapa harga saham felda FGVH jatuh teruk sehingga kini hanya tinggal RM 1.00 lebih je? Mendengar teguran ini, Najib berguling2 ligat atas pentas sambil tidak melepaskan kaki seluar melayu guru tok. Menyesal sangat tok nampak.
9. Akhir sekali, guru tok tegur, " Mengapa tergamak kamu kencing parti ambe beberapa kali dlm isu Hudud? Kenapa sampai sekarang tak boleh bawa masuk sidang bahas dalam Parlimen sedangkan kamu sudah berjanji untuk bantu kami? Kali ini Najib pengsan terus.
Nah !!! Lihat. Betapa guru tok berjaya tegur umarak di hadapannya tanpa ragu dan was2. PKR berani? Dap? Amanah lagi la tak berani macam guru tok.
Semua kisah ini tok ceritakan kepada kamu semua sebagai pengajaran agar sebelum tidur basuhlah kaki dulu. Kalau tidak, jadi macam tok, dapat mimpi2 karut macam kat atas tu tadi.....Kehebatan Hadi terserlah....kikiki
- Aiman Rafoq - 0139478318
Lepas ni ayam din jgn pulak kata husam fitnah pasal UG yek.. Ayam din wajib merangkak jilat tapak kaki husam sebagai tanda mintak mahap.
ReplyDeletein your dreams! terbaik!!
ReplyDeletetak langgar baih ka
ReplyDeletelepas ambo baco hok tok tulih .. ambo pun bernasyid Ya ha na na Ya tontowi ya takiiri Ya abodohii Ya hadi dii ...
ReplyDelete