Astro Awani - Diterbitkan pada Februari 01, 2016 20:30 MYT
Menurut kenyataan itu, Singapura tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang penggunaan sistem kewangan sebagai perlindungan (refuge) atau pembiayaan haram. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Perhubungan Komersil dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura telah merampas "sejumlah besar" akaun bank berhubung penyiasatan syarikat pelaburan strategik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan dua agensi berkenaan pada Isnin.
Kenyataan itu yang disiarkan di portal berita Singapura, Channel News Asia, berkata pihak berkuasa negara itu sekeras-kerasnya tidak akan bertolak-ansur dengan aktiviti pengubahan wang haram yang berlaku di Republik itu.
Laporan itu dikeluarkan sebagai respon pertanyaan media, berbunyi:
"Singapura tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang penggunaan sistem kewangan sebagai perlindungan (refuge) atau pembiayaan haram. Dari pertengahan tahun lalu, Jabatan Perhubungan Komersil dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura telah menjalankan penyiasatan secara aktif bagi memantau sebarang aktiviti pengubahan wang haram dan beberapa kesalahan di Singapura.
"Sehubungan dengan penyiasatan itu, kami telah mencari dan akan terus mencari maklumat dari institusi-institusi kewangan serta menemuramah beberapa individu, dan telah merampas sejumlah besar akaun bank,"
Laporan itu turut menyebut, Singapura akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat.
"Kami telah memberi respon kepada permintaan luar yang telah dibuat dengan memberikan maklumat bagi membantu siasatan kami. Oleh kerana, penyiasatan sedang dijalankan, kami tidak dapat memberi apa-apa maklumat lanjut pada peringkat ini."

Good job Singapora..!!
ReplyDeleteThumbs UP...!
Siasat ... Bicarakan.... Bersalah....tangkap dan humban kedalam penjara....
ReplyDeleteHong Kong kasi bunyi skit.. kah kah kah
ReplyDeleteApa benda pulak yg akan terpaksa digadai kpd Singapura nanti?
ReplyDeleteHarap orang pontian, jaga baik2 Pulau Pisang,.jangan tergadai pulak kat Singapura,.dah lah Pulau Batu Putih melepas begitu saja,.kunci mulut pok jib n mat masln tu,.baik2,...
ReplyDelete